kalau tak jelas sangat tulisan tu, tekan ctrl +, kalau rasa tulisan tu kecik sangat, tekan ctrl - ....mekaseh! enjoy your reading!

Sunday, January 17, 2010

[aduhai azhariyy?] - siapa mahu jawab ini?





klik untuk besarkan imej.

katanya, azhari sekarang banyak yang memainkan perasaan perempuan..
banyak yang lagho dari yang benar2 beramal dengan ilmunya.

ada yang mahu respon?

sila.
saya letih mahu berjawab sorang-sorang.

Friday, January 15, 2010

dalam senang, awasi kealpaanmu.

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitu aturan Tuhan

Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya

Usah mengharapkan ke segalanya
Dalam perjuangan penuh pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
Begitu ajaran Tuhan

Hasbiallah, Hasbunallah
HasbiRabbi jalallahu Ya Allah

Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Dalam jiwamu itu

Sunday, January 10, 2010

Kelakar.

Kelakar.

Aku ditegur mereka-mereka yang dulunya menidakteguri aku.
Mereka-mereka yang banyak hurt aku tak kira sedari bila.

Teman plastik, dua tiga menjak ini, tiba2 berderet2 kawan yang di sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dan dari mana2 ceruk mengaku pernah bergembira sama. pernahkah? hairan.

Mana pergi kau orang selama ini? selama dulu tidak pernah bertegur pun. mengata belakang lagi ada. padahal sekelas selama 3 tahun. ape motif baru mencari sekarang? sudah insaf?

aku pendendam?
mungkin.
katanya, "lupakanlah smua itu", "masa itu kan budak2, kita tak matang"
bagi aku, itu bukan satu alasan. jika benar masa itu kita masih tidak faham dan tidak matang, kenapa aku begitu sedar dan mengerti? kenapa pedihnya sampai kini aku rasa? kenapa pijar dikeji dulu masih berbahang?

kenapa kamu lupa?
kenapa aku harus dipaksa untuk lupa?

tapi aku perlu berterima kasih juga. tanpa semua kejatuhan, tidak mungkin aku berjiwa begini. lebih kental, kurang goyah dari dahulu. kukira itu cukup.

aku lebih selesa terus-terusan buat tidak kenal kamu. lebih bahagia. tiada rasa bencana.

tapi ini aku lah.
kalau kamu tak suka, menjauhlah.

aku pun sudah biasa hidup tidak beramai.
lebih aman. lebih rasa disayang.

sebenarnya aku nak cakap, kalau kamu tak sayang aku pun, aku sudah ada yang menyayang.

Tuhan aku tu pun Maha Penyayang.

kan?





Thursday, January 7, 2010

mak saya yang comel (^_^)

"mak saya cakap, kalau nak tengok rupa isteri kita bila dah tua macam mana, tengok mak dia, bila saya tengok mak awak tadi, senang hati saya"

haha.

kalau ada orang cakap macam ini,

[gelak suka hati]

tengah rindu-rinduan sama emak.
bila mak nak online ni?

Coretan anda?