kalau tak jelas sangat tulisan tu, tekan ctrl +, kalau rasa tulisan tu kecik sangat, tekan ctrl - ....mekaseh! enjoy your reading!

Friday, February 25, 2011

dia yang kurindu

akhirnya.
YEAH YEAY YEAH :D

mak cakap, mak nak support tiket pegi balik ke Kelantan via AirAsia.
apa yang best?
korang tanya apa yang best?
eiiihh, korang tak tahu keeee??
I pegi KELANTAN ni sebab nak jumpa my sweetheart..
yela, my sweetheart yang chubby manja nakal cerdik bijak comel dan lain lain lagi.

tak lain tak bukan, Aisyah Humaira'

mesti dia rindu I jugak..hahaha yela, I yang jaga dia masa dia kecik..


comel kannnn!

jangka tarikh pegi 27, 28 feb, 1 dan 2 mac. kira 4 hari 3 malam.
tentatif tak tahu lagi.

p/s: tiba-tiba zaty ngn ainaa [both my sis] cakap nak join jgk..mak pulak cakap okay..aihh ni la akibatnya cerita tentang aisyah ni banyak sangat..semua orang da jatuh sayang dgn dia.. xpela, asalkan Aisyah sayang acik Alia jeeee :D hehehe

Thursday, February 24, 2011

Malaysia - Outing dengan Safya


okay everybody.
best thing do happen.
and for my case, semalam seharian bersama my bestie Safya Sani sampai arini, memang cunns..
haha.

Etceli mula-mula Safya cakap housemate dia Lina akan turun from Penang untuk buat Visa. So, Safya ajak aku join sekali. dapatlah kunun jadi drebar tak bertauliah kejap. lagipun Safya datang dari Johor kot. Orang-orang jauh ni, memang kena bersambut :D so, plan nak g buat Visa kat kedutaan Mesir ditetapkan pada : 23hb Feb bersamaan hari rabu

Alih2 last minute [malam sebelum projek g wat visa] Lina cakap tak dapat join, and since Safya dah pun sampai ke KL, kitorang proceed jugaklah ke Jalan Rhu. Risau jgk tak dapat masuk Mesir kalau tak ada Visa.

ajak my sis Zaty untuk teman. tQ ye Zaty. haha



Fetch Safya kat LRT Abdullah Hukum, then terus gerak gi kedutaan Mesir. pakcik yang garang semacam tu cakap kitorang kena isi borang lengkap2 dulu baru submit. so patah hati tak dapat settlekn Visa, and kitorang blah camtu je. hajat dihati nak jalan2 tapi mak cakap mak kena g Bangi so drop by TNB Bangsar [ye, kat LRT Abdullah Hukum tu] then mak bawak kitorang g makan.perghhh sedap okay makan kat kedai tu..apetah nama dia, Safya pun enjoy je makan ikan dia sampai mak cakap "kuat jugak kamu makan" hahahaha :D

pastu gerak balik Subang, and mintak izin abang Safya yang duduk kat Puncak Jalil supaya bagi kebenaran Safya sleep over kat umah aku. yeayyy berjaya :D

paling best, malam tu ada pulak ceramah kat surau rumah aku, sempena maulidur rasul, rezeki la Safya dapat makan-makan lagi malam tu + sambal belacan favourite dia. makan je banyak, gemuk nye tidakkk..jelesshhh betul aku.

Kitorang plan gi kuar tengok movie esoknya [ye, arini ye puan-puan]
cube teka cerita ape~~ hahaha ok cerita 18 tahun keatas :D
~NO STRINGS ATTACHED~
kat sunway pyramid je, sebab pas tengok movie nak hantar Safya balik.
jammed teruk okeh, sebab orang balik keje.




dekat gila rumah abang Safya dengan umah kitorang, so balik2 dari hantar Safya,
here I am, updating my blog.
dan mengantuk gila.

okay dah terbabas menaip..Goodnight everyone!

Sunday, February 20, 2011

Malaysiaku terchenta!

hahaha...berjumpa lagi dalam rancangannnnnn..eh3, mengarut plak.

okay, best gila balik Malaysia..
korang rasa heaven tak kalau apa yang korang tak dapat buat di negara orang, korang dapat buat di negara korang sendiri walaupun dua tahun sekali *jarang-jarang*

ni list yang aku happy buat sepanjang berada di Malaysia. *jakun*
p/s: korang yang duduk Malaysia, takyah kondem aahhh, korang memang selalu dapat buat

1. MAKAN MAGGI/MAMEE perisa yang variety.
2. perkasakan lagi skill driving.. [walaupun adik-adik berlagak diorang lagi terror bawak kereta]
3. naik LRT coach perempuan. eh? ok ok KTM sebenarnya.. --> refer gambar kat bawah.
4. MAKAN chicken chop kat kedai yang memang selalu satu family makan chicken chop..mmpphh kedai ni memang first class la bab2 chicken chop..hahaha
5. Keluar ngan member sekolah. untuk ni, thanks Iffah sebab sudi bawak I jalan2..haha and sempat g majlis kesyukuran my friend yang nak fly g Brisbane with Kazimah.
6. MAKAN nuggets ---> all time fav. [sbb kat egypt memang tak makan bendalah ni] *jimat*
7. habiskan stok makanan ringan Abah e.g Jacker.
8. kacau bibik kat dapur. hahaha bibik cakap aku kena pandai masak kalau nak kahwin.
9. boleh call orang tanpa risau kredit habis.. yang ini tQ very much kat mak sebab bil henpon I ditaja 100% oleh mak..haha sorry mak. bukan selalu.
10. dapat duduk dengan family. yang ni, bukan letak last sebab paling last, tapi sebab PALING BEST :D apa-apa pun ,family tetap comes first :D

ahh letihnya menaip. rehat dulu!

Wednesday, February 16, 2011

sudah tiba di Malaysia!

okay, u all.. I da selamat sampai ke bumi Malaysia 11hb Feb 2011.. arrive at KLIA tengahhari tu dalam pukul 12.30tghari macam tu.

Alhamdulillah..
terima kasih banyak-banyak untuk semua yang doakan keselamatan I sepanjang kami di Mesir, Jeddah, dan atas flight.

Ya!
diakui, masa evacuation dan revolution yang berlaku kat Mesir ni,
keadaan sangat tak best,
BUT,
masa ni la, I mengenal pasti sapa kawan yang betul-betul care kat I.
terima kasih korang!

ok lah, malas pulak nak update lebih2..
nanti rajin-rajin, I update lagi,
yela internet laju 5Mbps,
daripada dok update blog, baik surf puas2 ---> merujuk kepada kelembapan line internet di Egypt.. *demand* [masih bersyukur etceli]

ok, till then, adios amigos

Thursday, February 3, 2011

balik Malaysia?

dengar cerita kitorang akan dibawa balik ke Malaysia!!!
bila bila??

sapa tau?

Wednesday, February 2, 2011

tak lari dari silap


bukan bertujuan memburuk-burukkan. cuma kami dipesan agar maklumat yang salah tidak disebarkan. selalu je jadi kes macam ni. tiba2 airport alex,kaherah.


untuk makluman mereka yang xtahu lagi, kaherah dan alexandria(iskandariah) adalah dua tempat yang berbeza..totally berbeza.. jarak between dua tempat ni 120KM according to the map la. kalau naik tren 2jam jugak la dlm tu.


please please please, dengar berita yang sahih je ;)

sepanjang rusuhan

keadaan mesir sepanjang rusuhan :

 

1. ribuan rakyat mesir membuat rusuhan bermula selepas subuh sehingga waktu perintah berkurung (pkul 6ptg).

2. antara spots yang paling teruk adalah cairo,alexandria dan suez.

3. banyak balai polis telah dibakar dan lebih kurang 6000 banduan telah terlepas.

4. that's why banyak jenayah yang berlaku. sbgai contoh cubaan rompakan bank bersenjata berdekatan asrama MARA,Alex (sb tu ade kete kebal..dan disebabkan kami 'jakun tak pernah tgk kete kebal', tu yang ade bergambar..dan hakikat bergambar adalah senyum. bukan sedih@menangis..senyum bukan bermakna kami main2)

5. sepanjang tempoh perintah berkurung, terutamanya kawasan blacklisted,RANDOM SHOTS merata2.. boleh kata jadi lullaby utk tido.

6. malam2 dengar org menjerit pencuri,ceroboh rumah dan kemungkinan pencuri tu masuk rumah mase tgh2 escape dari org ramai ade. then (bang..bang..bang!!) pastu dgr ambulans dtg. bukan sekali dua.tido pn mcm tak tido.students sume dalam ketakutan.malam2 tutup lampu. cakap dalam gelap.takut.

7. selepas gelombang kedua, sebuah stesen bas+van (the so called mau'af gadid) dah kena bom.

8. salur air utama kawasan alexandria dah dipecahkan.

10. banyak trucks dan kereta polis dibakar dan meletup. (di depan mata sendiri).

11. even gas pemedih mata yang polis tembak pn masuk sampai dalam rumah. kami pulak yang pedih sampai ke dalam tekak.

 

ni just info sebelum pihak kerajaan mengumpulkan students medic alex di tmpt2 tertentu. lepas drpd waktu ni, kami terputus dari keadaan luar. just tgk updates from al-jazeera..

dan kami banyak terima rumors yang boleh dikatakan memberi mcm2 harapan sementara berada di sini).kami tak salahkan sape2 malah berterima ksih pd malaysia. (membuktikan malaysia SGT BAIK kerana membenarkan students malaysia duduk lama2 kat mesir sementara rakyat negara lain dh lame been evacuated) :p

buat pihak yang tak berpuas hati,mungkin anda tidak cuba berada di tempat kami. tak cuba faham perasaan keluarga kami.letakkan anda pada keadaan kami.kalau nak cakap mengada,benda tu dah lama sb benda curi dan gaduh2 di mesir bukanlah benda ganjil.kami dah immune. tapi bila keadaan dah sampai tahap rase duk dalam rumah pn dalam ketakutan,rasenya wajar utk kami diberi bantuan.'ala kulli hal,alhamdulillah wa syukru lillah.. doakan keadaan dan perjalanan kami dipermudahkan Allah.

sumber:- http://www.facebook.com/notes/nurrul-amrah/httpkrisismesirnasibrakyatkitablogspotcom/191756410852469

Pengalaman yang tak terlupakan

Assalamualaikum..

sedikit sebanyak kronologi apa yang berlaku pada aku di Tanta.

first sekali, aku mmg tak expect langsung benda nih akan jadik kat aku sendiri. biase nye kita tgk berita tentang perang sana sini, rusuhan sana sini dll..sekarang, bayangkan benda ni jadik senirik kat kita.

26 JANUARI 2011 - Twitter kena block. Reasonnya, sebab Mesir nak halang penyebaran maklumat tentang akan berlakunya rusuhan dan demonstrasi. Jadi penyebaran maklumat tentang tempat demo akan terhad.

27 JANUARI 2011 - Arini ader rusuhan kecil2an kat area sini lepas solat jumaat. But tak teruk mane pon. Sbb time tu senang org ramai bley berkumpul. Approximately 9 malam waktu Mesir (3 pagi waktu Malaysia) , sebelum FB dah di block. sempat jugak tengok update2 kawan2 yang cakap twitter da boleh bukak. then, refresh-refresh, FB pulak yang tak boleh bukak. Cuak kejap la. Sbb dah tak dapat nak update apa-apa. Nak tambahkan worse, tetiba tenet pon takde jugak.



28 JANUARI 2011 - bangun pagi2 je, sempat aku sms mak aku, kak long, and my fiancee. cakap maybe line pon takde sbb line tenet dah takde.

message tu berbunyi:

6:40 AM @ 28/01/11 "Salam mak, now Egypt tengah sekat internet, tak dapat nak online through handphone/laptop/apa-apa. Twitter, Facebook da kena block. k tu je, bgtau sbb nt mak risau xde update je.hehe k.wslm

pastu ada aku tambah message pada my fiancee: "kalau dapat message ni, reply k."


sempat la jugak kak long n Azril reply. pastu dalam pukul 8AM kot, handphone da start tak ada coverage. sebab dalam 7.20AM tu sempat lagi SMS Eema sebab dia mintak no. tepon unit hisbah. Pulak dah tak ada line ni, memang kacau la jugak. internet tak ada, kalau handphone pn x fungsi, nak contact dunia luar macam mana? memang berdoa agar line tepon cepat ada.


29 JANUARI 2011 - 10AM, nak taknak kene jugak kuar rumah utk tau ape yg tjadi sekarang kat kawasan ni. nak jmpa senior tanya kenape internet tak ada and line tepon tak dpt. sambil2 terpikir nak beli something utk bekalan stok umah. sampai kedai baba (ex tuan rumah) banyak la info dapat.  Baba cakap rusuhan teruk kat Mesir, ada demonstrasi nak gulingkan Housni Mobarak. Baba ada cakap jugak, student Malaysia jangan risau sangat, sebab tengok aku tiba2 capai tepung, gula, susu, telur etc2. Then, setelah sehari suntuk semalam hidup macam dalam gua (tenet xde, tepon pn xley gne) tibe2 tengok handphone dah ade nyawa2 coverage. Alhamdulillah. time tu rase happy gak la. sempat beli topup sebarang 40genih kot. sbb prepare kalau emergency. sempat aku call la mak aku inform ape yg jadi. Disebabkan kene beli pape brg - diorg cakap bekalan maybe takde, kitorang ke Bank lah nak cucuk mencucuk~ jalan jam pastu tentera2 berderet2. ada kawan yang ke supermarket cakap kereta kebal da beratur along the road tu. masa ni la dpt info yg mengatakan mesir dah isytihar DARURAT. zon kuning. uih~! cuak.



* ni arahan dr PMRAM utk kitorg. utk keselamatan. kene catit sbb risau terlupe ke ape ke. Ustaz Amin yang call masa ni*


30 JANUARI 2011 - berkurung je dalam rumah sebab dah dimaklumkan perintah berkurung (curfew) dari pukul 4PM - 8AM.


31 JANUARI 2011 - aku and farawahida keluar cari topup. buat bekal sbb skg ni mmg boleh  calling2 sahaja. SMS memang pending. time kuar tu, ader insiden yang buat gelabah jugak la. tengah-tengah nak beli topup kat kedai ni, satu trak tentera stop kat betul2 depan kedai tu. masuk dengan senapang/pistol/ape jela yg korang namakan benda ni. dia nak beli kredit jugak. tapi sebab topup dah sold out, ammu kedai ni jawab kredit da abes. kelam kabut balik rumah. topup pn tak dapat. yang dapat cuma beli tokmiyah bil batotis.

ni antara gambar yang sempat di snap, walaupun tak clear dari handphone berpixel rendah ni, but ada la jugak kenangan. trak biru tu trak tentera.


* malam nye, dpt 1 lg arahan dr pihak PMRAM. kene catit jugak..keselamatan diutamakan..*




1 FEBRUARI 2011 - beli macam2 makanan utk stock selama 4-5 hari. tapi dalam keadaan sekarang yang terdaya nak telan cuma ayam KOKI (ayam goreng segera). sampai rasanya, stok dalam peti dan kat rumah ni boleh tahan sebulan (untuk 4 orang)

1. KOKI-  7 paket [sepaket ade 12ketul]

2. telur - 3 papan

3. beras - 25 kg

dll spt tepung gula susu minyak bawang kentang.


HARINI - line internet dpt lepas waktu asar (3 lebih ptg waktu mesir). ya Allah, aku rase bernafas sikit la. thanks Edd sbb kau dgn excited nye bgtaw dah ade tenet. Alhamdulillah, sbb dah boleh call Malaysia untuk maklumkan keadaan. Boleh check berita untuk tau kejadian. Boleh update FB :D yey :) 

bila jadi macam ni, dapatlah dikenal pasti siapa kawan sebenar. Yang sanggup call dari Jordan, Nadhirah, thanks! Family yang call pagi petang siang malam ececeh, dan lain2 yang sudi drop by kt wall FB untuk tanya kabar :( waaa terharu! Doakan keselamatan kami disini ya. 

update terbaru ley tengok ni 

http://jpmk.info

http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/

source gambar kereta kebal - FB ayub rizal.

Coretan anda?