kalau tak jelas sangat tulisan tu, tekan ctrl +, kalau rasa tulisan tu kecik sangat, tekan ctrl - ....mekaseh! enjoy your reading!

Wednesday, February 27, 2013

Ayam Masak Merah

Entri ni aku nak bagitahu macam mane orang/kita/aku/kau melihat dari pelbagai sudut akan sesuatu perkara tu. Sebab benda ni, from my own view, jadi awal-awal aku nak pesan, maaf kalau tersilap melabel.

Untuk memudahkan korang baca entri kali ni, aku akan namakan watak dalam ni dengan alphabet A, B, C, dan seterusnya. Aku nak bagi contoh senang faham je.

AYAM MASAK MERAH.

A: "sedapnya, elok gula garam, lengkap rencah. memang kena la dengan selera aku."
-golongan jenis terima aje. tak berkira. mungkin segelintir datang dr golongan yang mudah kena tipu. jenis ikut kdaan, bila mood baik, memang licin pinggan dilahap.

B: "pedasnya. macam mana nak makan ni. membunuh selera betul la."
-golongan selektif. mana yang nak je diambil. bende yang lain dari kebiasaan -akan ditolak.

C: "eii ayam dah lembik, ayam tak goreng dulu la ni, takpun mesti masak lama sangat ni. patut masak kuah dulu, baru masuk ayam yang dah digoreng. ish tapi lapa, makan ajela."
-golongan yang komen macam-macam tapi bila terdesak, merelakan je diri untuk terima.

D: "wahh AYAM. my favourite all the time."
-golongan yang memang taksub. sedap tak sedap, tu semua belakang kira. sebab? sebab dah suka sangat. orang macam ni, susah kita nak bangkang pendapat dia"

E: "huk aloh, tawar gila. tak ada rasa ayam merah" *pegidapurtambahgaram*
-golongan yang nampak kekurangan, dan cuba perbaiki dengan berusaha memulihkan keadaan.

F: "ayam ni sembelih ikut cara betul ke tak aa?"
-golongan teliti. kaji dalam sangat. cuma jangan sampai jadi paranoid.

G: "alaaaa, tak mahu la ayam masak merah. nak ayam chop ke ayam grill ke"
-golongan memilih. demand besar. tak cukup dengan apa yang ada depan mata. nak bermewah-mewah.

H: "Alhamdulillah, rezeki aku hari ni lauk ayam. mak abah kat rumah lauk apa la ye"
-golongan bersyukur seadanya. bila buat sesuatu bukan fikir diri sendiri aje, tp fikir orang lain juga.

The point is, ini semua kita. semua kita pernah komen itu ini. manusia memang macam tu. aku pun macam tu. the difference yg kita boleh buat ialah, what we choose to be.

iman manusia ni turun naik, ada hari emosi, ada hari sedih, ada hari nak buat baik, ada hari terhasut dek syaitan. semua kemungkinan boleh terjadi.

hari emosi, cakap mungkin jadi kasar sedikit, ada singgung hati kawan sedar mahupun tak sedar. hari sedih mungkin menjauhkan diri dari public, kawan mungkin terasa ingatkan kita ada masalah dengan dia. ada hari nak buat baik tapi disalahtafsir oleh orang. ada hari lemah jatuh tersungkur dengan hasutan syaitan, nak bangkit sakit.

cuma aku nak kata, aku faham. sebab benda yang sama aku rasa.
aku faham.

jadi kalau tiba-tiba aku terjudge pendapat seseorang, aku akan pikir balik selepas tu, apa yang aku buat tu salah. bangun balik, minta maaf. manusia ni tak lari buat silap.

satu je aku salu pesan kat diri sendiri, dan aku harap orang boleh sentiasa ingatkan aku.
"kalau tak suka dengan pendapat seseorang, kita jangan sampai tak suka dengan empunya pendapat sekali"

sebab we tend to dislike/disagree dengan pendapat dari orang yang kita tak suka :)

p/s: jangan ada benci.

kita yang pilih untuk jadi jahil atau jadi orang yang berilmu.>










Tuesday, February 26, 2013

entry tak ada tajuk. membebel aje.


setelah sekian lama tak menaip.
hari ni entry mungkin panjang.
mungkin berbelit.
lantak lah

nak luahkan.
tak ada sebab yang spesifik.
cuma mungkin sekarang jam 1 pagi dan aku sendiri tak tahu nak call siapa nak luahkan perasaan.

jangan ada keyboard warrior mana pulak nanti yang pandai nak suh mengadu pada tuhan.
ye aku tau. memang kalau ada masalah kena mengadu pada tuhan.

tapi tuhan pun tak ada cakap tak boleh kongsi masalah pada manusia.
atau tulis untuk lepaskan sikit bebanan perasaan kan.

berbalik pada point nak cakap pada entri kali ni.


1. lasik. dan komplikasi?
- makhluk mana tah rajin datang tanya aku pasal komplikasi yang aku KONONNYA alami masa aku buat lasik 7 bulan lepas.
- mana datang cerita pasal complication pun aku tak tau. sedar-sedar dorg dah ckp,
"ada orang cakap aritu akak ade complication post-lasik"

2. pindah umah.
- even jiran sendiri kot tanya aku pindah mana. sedangkan aku takde kemana-mana pun. bila aku tanya jiran aku ni, mana dia dengar rumors ni, dia ckp ade org yg ckp. bile aku tanya, sumber dipercayai ke, dia ckp
"tak dipercayai la kot"
- boleh pulak kan jadi isu aku berpindah randah. eheyy seronok tul yek korang bercerita.

3. isu kawen senyap.

- sebenarnya takde isu mende pun. cumenya tibe tnampak status di fb tgh bincang psl kes kawen senyap dan status yang menyatakan kawen kena hebahkan.
- aku faham dan aku tahu kalau kawen kena hebahkan. dan aku nampak kat mana kelebihan dengan menyebarkan berita tentang pernikahan. mengelak fitnah dan sebagainya.
- yang aku tak faham ialah, kenapa bila pengantin tu x hebahkan kepada certain people, then certain people tu perlu nak up status bagai.

kalu aku lah, aku akan jemput few people aje pun. and sorry la bebudak tanta ni, jangan harap aku nak jemput yang dah pernah cari gaduh ngan aku tuh. sorry ey. lantak korang la nak cakap aku ni x sebarkan perkahwinan ke ape ke. dah ko tak kamceng ngan aku..siap buat musuh pulak, jangan nak ada hati la nak aku jemput.. buat spoil majlis kawen je bila aku nak kena tengok muka kau. get it?

lagipun perangai beberapa bebudak tanta ni bukan aku tak tau. kau bagitau ke, kau tak bagitau ke, rumors memang spread like wildfire. ade je yang nak dipercakapkan.
bende tak ada isu jadi isu. ye kan? sape penah kena? angkat tangan. ok good. kita senasib.

jujurnya pada aku lah, dalam pada aku pun naik gak status, itupun sempena merujuk status org lain yg naik dlu tu. kire aku tergolong la jugak dlm kalangan yang naik status nye haaa. aku actually dah bersara lamaaaa dah dari dunia mendengar gossip, bergossip, mendengar cerita, membuat cerita, menyebar cerita ni. lamaa sangat dah sebab aku rasa tak aman duduk dalam dunia kutuk mengutuk caci mencaci ni.

aku dah hidup dengan penuh low-profile la katenye, duk pun umah xde housemate, lebih senang menyendiri dari timbul salah faham kmudian hari ni pun dan memacam aku dengar cerita pasal aku. tahniah la yang suke bawak cerita tu. tak faham aku ape yang korang nampak kat aku ni yang seronok sangat nak buat hot story.

grrr. okbai.














Coretan anda?