kalau tak jelas sangat tulisan tu, tekan ctrl +, kalau rasa tulisan tu kecik sangat, tekan ctrl - ....mekaseh! enjoy your reading!

Monday, May 25, 2009

Di mana boleh cari ramai Melayu?


Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu
Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senget atau siapa dia penghulu
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
BOleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

sekadar perkongsian, dapat dari email (^_^)

Saturday, May 23, 2009

appreciate the differences

Wahai jiwa-jiwa yang tenang..jangan sekali kali kamu..
Mencuba jadi Tuhan dengan mengadili dan menghakimi
Bahawasanya kamu memang tak punya daya dan upaya.
Serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yg sejati..
Bukankah kita memang tercipta lelaki & wanita
dan menjadi suku suku bangsa.. yang pasti berbeza
bukankah kita harus saling mengenal dan menghormati
Bukan untuk saling bercerai berai dan berperang angkat senjata
Karena, sesungguhnya iblis..ada dan bersemayam..
Di hati yang penuh dengan benci...
dihati yang penuh dengan prasangka.

Thursday, May 21, 2009

luahan yang jarang bermakna bila diucapkan

Aku Cinta Padamu - hanyalah ungkapan si dia-dia yang tidak semestinya benar2 cintai engkau.

"Cinta ini
Ku persembahkan
Setulus hati kasih
Kepadamu
Seandainya engkau mengerti
Hanya kau yang ku miliki
Dalam hidupku"

nah, kalau andainya kamu ragu, katakan padanya, "Tuluskan hatimu mencintai aku ?"

bimbang juga nanti temberang dia-dia itu mula terbongkar dan kamu-kamu ungkit-mengungkit:-

"Mula ku kau kenali, gunung sanggup didaki
Setelah hati dicuri, telefon pun tak sudi
Ingatkah siapa membawa senyuman tika duka
Benar kata Dr M, Melayu mudah lupa

Berikan semula potret ketika bersamaku
Pulangkan Hello Kitty hadiah di hari jadimu
Mungkin nanti kau tahu rasa sakitnya hati
Bila masa dan usaha bagai tak dihargai"

apa kau fikir ungkitan kau mampu mengembalikan dia-dia yang jelas tidak setia itu? lupakanlah. kumbang bukan sekuntum, bunga bukan seekor. Jika kau ungkapkan kata cinta pun, belum pasti dia akan kembali.

masih ada mereka yang 'bijak-tapi-kurang-cerdik' berhitam-putihkan kata-kata bersyarat:

Dan harus kau sadari
Bila ingin bersamaku
Jangan cuba kau ingkari
Cubalah untuk setia..

kau fikir setiap perCUBAan berakhir dengan kejayaan kah?
nanti bilang si dia-dia itu, "aku sudah cuba tetapi tidak berjaya mencintai kamu"
kau juga yang gigit jari.

Perpisahan itu selalu terjadi
Kepada insan yang bercinta
Ataupun manusia
Yang berperasaan benci

mengapa terus mengharap menanti? dah orang tidak sudi.

"Tiada kemaafan di sini
Kau ragut degupan hati ku ini
Akan ku jejakimu, kemana jua
Hingga akhir masa, sayang"

kalau kau biar dendam sekalipun, kau mahu ganggu gugat hidupnya? kau serupa hantu.

cinta bukan terletak pada kata-kata, rindu bukan madah bicaranya.

kau bukan tak pernah dengar kata-kata Ajai pada Nurul,
"semakin hari aku rasalah kita macam makin serasi. kau rasa tak???
dan aku rasa kau pun tahu apa pengakhiran mereka.

sebenarnya dalam entry ini, aku mahu khabarkan pada kau, aku bukan hairan sangat sama kisah cinta kau, tapi aku layankan sahaja, kau kan kawan aku.

kau lihat ni, gara-gara bercinta:-

-Grades are down from A's to D's
-Way behind in history
-Lost yourself in fantasies
-Dreaming is all you do

jadi kau tahu apa maksud aku kan? terpulang kau..
____________________________________________________________________

"Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa"

"pengusa alam
tolonglah pegangi aku
biar ku tak jatuh
pada sumur dosa yang terkutuk
dan menyesatkan cintaku"

p/s: yang ini, kau perlu tahu. aku bukan nabi yang bisa sempurna, aku tak luput dari dosa. hari ini aku tegur kau, hari esok mana tahu, kau pula yang tegur aku. kita kan kawan (^_^)

Tuesday, May 19, 2009

apasal la ye?

Buat renungan

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
Halang!!!

Renung2kan Dan Selamat BeramaL!!...


Saturday, May 9, 2009

ETIKA KESELAMATAN – pesanan khas

Dari Pengerusi Perubatan Cawangan Tanta, memetik kata-kata beliau di dalam forum-PCT,

Dengan nama ALLAH YG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, selawat dan salam utk junjungan mulia MUHAMMAD S.A.W, mohon segala petunjuk Nya untuk topik ini dikeluarkan.

Sahabat2 sekalian, kebelakangan ini kes2 jenayah yg berkait antara mahasiswa Malaysia dan penduduk setempat semakin meningkat, jesteru itu satu etika dikeluarkn utk kita mengambil langkah berjaga-jaga bg mengelakn kejadian yg tidak diingini berlaku.

ETIKA KESELAMATAN RUMAH


1.Keselamatan rumah:
a.pastikn rumah ditinggalkan dlm keadaan berkunci.
b.mana2 ruang rumah yg berpontensi untuk meloloskn diri melaluinya, diminta utk ahli rumah mengubahsuainya/membaikinya
c. tinggalkan/keluar rumah dgn bacaan Doa dan tawakal kpdNya

2.Keselamatan barang2:
a.sentiasa perhatikn barang2/duit yg disimpan di rumah
b.simpan di tempat yg selamat

3.Urusan/Hubungan dengan masyarakt arab tempatan:
a. tidak digalakan membawa org asing masuk ke rumah
b. jika keadaan amat memerlukan utk org asing masuk ke rmh(cth;nk baca meter gas,baiki paip dll) pastikan sekurang-kurangnya ada 3 org ahli rumah ketika itu

Harapan yg tinggi utk kita semua mengambil berat tentang perkara ini, kerna mencegah itu lbh baik drpd mengubati.

________________________________________________________________________________________________________________________

Pesanan ini pula datangnya dari Timb.Pengerusi Perubatan Cawangan Tanta.

Pesanan khusus buat akhawat tersayang,

Memandangkan jenayah yang berlaku di sini berkadar terus dengan penambahan pelajar-pelajar Medic-Malaysia yang kaya dan bergaya..

Firstly, peringatan buat semua, kita sekarang ada kat negara orang,
So, harap sangat jaga keselamatan diri dan barang2,
Tolong jangan pandang remeh perkara ni dan buat keadaan kat sini cam kat Malaysia,
Sye x berniat nak mengongkong atau membataskan pergerakan korang,
Cuma sye risau apa-apa perkara kronik berlaku kat korang,
Takut irreversible, sudahla jauh dari mak ayah,
Jangan susahkan diri sendiri bila tak amik perhatian terhadap keselamatan..
Harap sangat korang amik perhatian perkara ni..
Terutamanya berkaitan keluar malam dan shopping/jalan2 kat Awwal Bahr..

Secondly, spesifically, berkaitan menaiki tut2 (motor yg cam keta tu) dari Ma'rad ke Kafr Esom atau dari Kafr Esom ke Ma'arad,
Harap sangat-sangat korang bawak teman sekali (pg mana-mana pn better bwk kawan, please..),
Sama-samalah kita jaga keselamatan kawan-kawan kita dan diri,
Kalau dah xde teman, cuba jgk carik sape2 yg sanggup teman,
Kalau xde jgk, x payah naik, okey?

Thirdly, more specific, disebabkan ada akhawat yang kurang selesa dan mahu mengambil langkah berjaga-jaga,
Harap sangat-sangat sape2 yang nak beli beras kat Ma'rad tak bawak tut2 betul2 depan rumah jual beras tu,
Kalau boleh berhenti jauh sikit (kat Kedai Subermarket ke, kat U-Cafe ke..)
Takut umah diorang jd perhatian n akan dianggap koperasi yang ada banyak duit dan seterusnya berpotensi untuk dirompak..
Tambahan lagi rumah mereka nampak lebih mudah dimasuki..

Selain dari rumah supply beras, rumah-rumah lain dan juga markaz tidak mengapa jika dibawa tut2 depan rumah, InshaAllah.. (rumah saya pun xpe )

Itu saja pesanan setakat ini, all terms n conditions are applied..

Untuk akhawat Kafr Esom yang tabah dan sabar,
Kalau ada cadangan lain yang applicable terutamanya tentang beras dan tut2 sangat-sangat dialu-alukan,

Harap Maklum.

Maaf kalau terkasar bahasa dan terlalu mengawal korang..
Dan terlalu banyak larangan dan peraturan..
Islam pun galakkan supaya berhati-hati kan?

Smg Allah ganjari kesabaran korang..

_______________________________________________________________________________________________________________________

pesanan dari saya, selaku pemilik/tuan rumah beras,
tolonglah~ tolonglah~

Cara-cara membeli beras,

1 . Memaklumkan kepada kami bahawa anda mahu datang membeli beras.

2 . Missed call/ call/ SMS ketika sudah sampai didepan rumah. [sekiranya bersama tut-tut, jauhkan sedikit kenderaan ini daripada rumah kami]

3 . Bawa beras balik ke rumah anda. Terima kasih


sahabat2, kalau dah sampai depan rumah, buatlah missed call ke, telefon dulu ke, atau SMS. Ini adalah kerana, dikhuatiri ada arab yang meniru ketukan pintu dan kami yang mamai mungkin akan buka pagar kerana TIDAK TAHU! apa-apa pun, kami punyai 'own reason' kenapa ia seharusnya tidak begini. Rumah ini kecil, dan seperti yang kak husna sani-timb pengerusi pct cakap, agak mudah dimasuki. Saya menyeru sahabat2 sekalian memahami permasalahan ini.


Mohon maaf atas segala kesulitan!

Harga beras 25kg – LE84

!!!~SELAMAT DATANG~!!!

Friday, May 8, 2009

53

Pada tarikh 8 mei 2009, saya menamakan entry saya dengan numerik 53.

Kenapa angka 53?

A . tahun merdeka?

B . umur emak saya?

Jawapannya, umur mak saya~ ahahaha


Entry ringkas untuk 'wish birthday' beliau~!

HAPPY BIRTHDAY OMMA~ hehehe

mak-beijing 08


Wednesday, May 6, 2009

Motivasi sejenak dikala imtihan


Imtihan oh imtihan.

Setiap tahun ada je kalimah ni terpacul dari mulut kita. Sama ada dalam bentuk keluhan, semangat, ataupun bersahaja. Entry kali ini bukanlah nak berbincang tentang imtihan, tetapi sebagai sedikit perkongsian untuk motivasi bersama.

Kisah 1 : [di sekolah rendah]

Ketika saya di bangku sekolah rendah, ketika darjah 1, bulan puasa, saya selalu curi-curi berbuka puasa, takut emak marah. Di sekolah makan di kantin, balik rumah berpura-pura kelaparan. Tapi benda yang tidak baik biasanya dapat dihidu oleh emak saya. Saya kanak-kanak yang aktif. Bila berpuasa saya akan jadi 'totally' lemah tak berdaya dicampur sikap malas. Jadi bila saya sudah makan di sekolah, kadang-kadang saya tidak berjaya menyembunyikan keaktifan saya. Emak saya jadi 'curious' dan kebetulan kawan saya pula seorang yang 'baik hati' memberitahu beliau, bahawa saya selalu menemani dia makan di kantin. Kantoi sudah!! Apakan daya, nasi sudah jadi bubur. Kena marah, dipiat telinga, dirotan dan sebagainya. Untuk itu, 'parents' saya mempertaruhkan sebuah basikal sebagai ganjaran, dan saya berpuasa penuh sejak dari darjah 2. Ini motivasi saya yang pertama.

Kisah 2 : [di sekolah menengah]

Saya merupakan wakil rumah sukan untuk acara lempar cakera. Cikgu yang bertanggungjawab melatih saya ketika itu, memberi saya RM5 semasa latihan kerana saya berjaya melepasi jarak target yang beliau letakkan [RM5 cukup besar ketika itu]. Tetapi atas beberapa sebab tertentu, ketika acara sukan yang sebenar, ketiga-tiga balingan saya 'out' dan saya kalah. Tahun berikutnya, saya dipilih sekali lagi untuk acara yang serupa, tetapi kali ini, cikgu hanya akan memberi saya RM5 sekiranya saya menjadi johan acara tersebut. Dan Alhamdulillah saya berjaya mendapatkan RM5 tersebut. Motivasinya, untuk mendapat sesuatu, saya kena berusaha hingga ke akhirnya.

Kisah 3 : [semasa SPM]

Emak cakap, kalau dapat masuk Universiti dalam Negara, akan diberinya sebuah laptop. Walaupun result saya biasa-biasa sahaja, namun tawakal saya tinggi untuk diterima masuk ke Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) [sekarang Pusat Asasi UIAM]. Alhamdulillah, sebiji laptop diterima.

Kisah 4 : [Universiti Tanta]

Permohonan saya untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir selepas matrikulasi diterima, dan saya mendaftar di Universiti Tanta dalam bidang perubatan. Takdir tuhan, saya gagal di tahun pertama. Emak cakap bukan sebab saya tidak pandai, tetapi kurang motivasi. Ketika kawan-kawan lain sibuk di tahun 2, saya di tahun pertama lagi, semangat saya kadang-kadang turun juga. Terfikir akan duduk lama di Mesir. Saya minta motivasi dari emak. Cuba teka, apa motivasi kali ini yang emak saya pertaruhkan agar saya naik tahun? Hehehe [gelak seorang diri]. Emak cakap, kalau naik tahun boleh kahwin! [gembira tak?] Saya tidak tahu anda. Tetapi sebagai motivasi, saya terima jugalah.


MAINTAIN SEMANGAT BELAJAR.

1. Selepas anda habis mengulangkaji, anda hadiahkan diri anda dengan benda atau perkara yang anda suka. Sebagai contoh, saya meletakkan limit habis baca dan buat latihan satu buku, saya akan beli ais krim vanilla. Saya seronok kerana target saya selesai dan saya boleh makan ais krim.

2. Belajar di saat akhir menimbulkan banyak reaksi yang kurang menyenangkan. Tertekan, serabut, dan macam-macam lagi yang dialami. Benda yang mudah juga dirasa beban. Apa yang perlu anda lakukan ketika ini? RILEKS. Ambil nafas, duduk tegak, bangun dan berjalan. Lupakan buku sebentar. Buatlah benda yang anda suka. Setelah merasa lega, sambung membaca.

3. Kalau anda jenis yang rapat dengan keluarga, ambil masa untuk menelefon mereka, Tanya khabar mereka dan minta mereka mendoakan anda.

4. Masa bersama tuhan jangan diabaikan. Kalau hari biasa [bukan periksa] anda solat dan mengaji dalam tempoh 10 minit, tambahkan masa itu. Bila masa kita dengan tuhan dijaga, ada berkat dan masa seolah panjang tempohnya untuk kita 'study'. InsyaALLAH. [p/s: kalau dapat bangun untuk bertahajud, adalah lebih baik]

5. Jangan bergaduh dengan kawan-kawan. Masa periksa adalah tempoh emosi perlu dijaga. Jangan menyakiti hati kawan dan terlalu ambil hati dengan kata-kata mereka. Berlapang dada dan biarkan diri anda mengawal emosi. Jangan emosi yang mengawal diri.

6. Selalu kata pada diri 'Aku boleh berjaya'. Kalau si A boleh dapat Mumtaz, takkan anda tidak mahu juga.

7. Bagi yang akan pulang ke Malaysia, motivasi anda, 'kena lepas semua paper, kalau tak aku tak boleh balik'. Pasti 'study' dengan gigih. (^_^)

8. Rehat dan tidur yang cukup. Kalau tak cukup rehat, badan cepat letih dan 'mood' membaca akan berkurang. Tidur yang berkualiti adalah dalam lingkungan 4-5 jam sehari. Tidur yang berlebihan juga adalah tidak elok tau kawan-kawan!


Jadi kesimpulannya, motivasi perlu seiring dengan anda. Saya seorang yang rendah tahap motivasi diri. Acapkali juga dimarahi emak kerana sering bersungut itu ini. Tambah-tambah musim periksa ini, banyak la masalah-masalah yang sebelum ini tidak difikirkan, difikir. Jadi kelebihan saya adalah, pantang diganjarkan sesuatu. Ada yang pantang dicabar dan sebagainya. Anda bagaimana? Tepuk dada sendiri, diri anda hanya anda sendiri yang lebih mengerti. Wallahua'lam.

p/s: teringat klip video 'the hero lies inside you'. Klik sini untuk tonton. Sangat berguna untuk anda yang kurang motivasi diri macam saya.


Coretan anda?