kalau tak jelas sangat tulisan tu, tekan ctrl +, kalau rasa tulisan tu kecik sangat, tekan ctrl - ....mekaseh! enjoy your reading!

Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Sunday, May 2, 2010

what i need to do.


Yap.
I need to lose SOME weight before my wedding.

Duh~~
Any tips friends?

I mean, any tips yang berkesan, mudah dan cepat.

Monday, March 30, 2009

TERAPI MUSIM PERIKSA!

sharing the information from the perubatan_mesir@yahoogroups.com

TERAPI PERNAFASAN UNTUK SAKIT KEPALA & KELETIHAN


Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas? Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bedanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin).

Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh.

Jika anda merasa lelah, tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Lakukan ulang-alik. Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas, lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin. Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga cepat sekali marah.

Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat? Sebelah kiri atau kanan? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat lelah. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, anda akan merasa segar kembali dengan cepat. Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa.

Saya biasanya merasakan sakit kepala dan rasanya perit. Kemudian saya berjumpa doktor dan beliau bergurau, "Anda akan sembuh jika berumah tangga!" Doktor itu tidak bicara kosong. Apa yang dia sampaikan adalah berdasarkan teori dan testimoni. Selama itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya mengambil ubat tetapi tidak sembuh. Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri . Dalam kurang dari satu minggu, sakit kepala saya sembuh. Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu hingga sekarang, sakit kepala saya tidak berulang lagi.

Ini adalah pengalaman saya sendiri. Nasihat saya, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut. Ramai orang telah mencuba dan berhasil. Ini adalah terapi alami, tidak seperti makan ubat yang dalam jangka panjang memungkinkan kesan sampingan. Jadi kenapa anda tidak mencubanya? Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.

Yang paling utama, jika ingin bunuh diri, cubalah menutup kedua-dua lubang hidung anda (sebelah kanan dan kiri) dan lakukan kira-kira 2 jam, maka anda tidak akan merasakan apa-apa sakit lagi selepas itu.

Sunday, March 8, 2009

Sudah Tibakah Saatnya?

Tengahari tadi, saya mengambil 2 biji pil Vitamin C 250mg. Sebagai langkah berjaga-jaga tidak mahu terkena selsema kerana lagi dua hari saya perlu menjadi pengacara majlis.

Sedang sibuk menyiapkan teks ucapan lengkap dengan gaya, saya ke dapur mencari sesuatu untuk dikunyah. Biasalah, musim sejuk memang terkenal dengan kelaparan yang mengganda. Tambahan pula saya tidak bersarapan pagi tadi.

*buka peti*
*sedih*
*tiada makanan yang boleh dimakan segera*

*buka peti bahagian frozen food*
*nampak udang*

*senyum*

Jadi, kesimpulannya, udang tersebut saya goreng bersalutkan tepung segera dari Malaysia dan kemudian saya makan dengan roti whole wheat (menu diet saya).

Cukup 4 ekor udang sudah saya telan, saya baru tersedar bahawa, selepas pengambilan pil vit. C, adalah mudarat jika diikuti dengan memakan udang!

Oppss... I did it~

Berikut adalah forwarded message yang saya pernah dapat lewat Yahoo Messenger tentang ambilan pil Vit.C diikuti dengan memakan udang.

[Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C !!. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.]

*diam*
*sebak*
*cakap dalam hati, nak mati dah ke aku ni?*

saya terus menaip kata kunci arsenik di skrin laptop dan berjumpa satu laman yang bagi saya amat berguna untuk panduan kita bersama.

klik sini

*tangan mengurut leher..kepala sudah terasa pening*
*diam*
*mungkin dah tiba saatnya*

izinkan saya pergi dulu...

p/s: kalau ada kesempatan dan umur yang panjang, saya akan terjemahkan ke bahasa melayu apa yang dipaparkan dalam laman berkenaan.

oh ya, saya sudah cuba makan telur 3 biji tadi (^_^) berkesankah ya?

YA ALLAH, SELAMATKAN AKU!

Saturday, December 13, 2008

~LIFE SAVING~

ARTIFICIAL RESPIRATION

Definition : life saving when respiration is arrested and rapidly stared after stoppage of respiration.


Method :


(A) Temporary Resuscitation:

1- Mouth to mouth breathing.


Firstly, the operator should lie to a right angle of the supine patient. The neck of the patient is at frst extended, then the lower jaw is held upward by the thumb. After clearing the mouth secretions, the patients nose is closed. The operator must first take a deep inspiration from atmosphere and expires it into the patients mouth ensuring an air tight connection. Then the operator withdraws his mouth, and so the elastic recoil of the patienst chest leads to a passsive expiration. This procedure is repeated 15 times per minute.

2- Schafer method.


The patient is placed in prone position. the operator astride the patient, facing his head and press his hand on the lower ribs on each side of the patient. This process allows the air out [expiration]. The operator next withdraws the pressure of his hands, the patient's thorax restores the resting condition and air rushes in [inspiration]. This process in also repeated 15 times per minute.

3- Rocking method.
The patient is fixed on a rocking board and is tilted to an angle of about 45°. So that his head and feet alternatively take up and down positions. In feet downward position, the abdominal viscera pull on the diaphragm and inspiration occur, while in head downward position, the abdominal viscera presses on the diaphragm and expiration occur.

(B) Prolonged resuscitation:

1- Drinker's method.

The patient is placed with his head outside in an air tight tank. Alternative negative and positive pressure are obtained in the tank by electrical pump. The chest respectively.

2 - Inflator or ventilator.
For applying intermittent positive pressure of O2 or air and mask that fits over the mouth and nose of the patient or connected with endotracheal tube. Thus, air or O2 is forced into the lungs of the patient during the positive pressure cycles and then after that allows the air to flow passively out.

Nantikan terjemahannya..huhu

Saturday, September 6, 2008

TARBIYAH ALLAH = UJIAN

UPDATE: Alhamdulillah Izzuddin dah sihat sepenuhnya dan dapat 5A dalam peperiksaan UPSR :) syukran semua yang doakan




Gambar sebelah kiri Ahmad Kamal Tajuddin, kanan Ahmad Kamal Izzuddin.

Smalam dikejutkn dengan berita, abang (Izzuddin) masuk hospital [pggil abang sbb dia kembar sulung]..

Doktor sahkan izzuddin sakit Idiopathic Thrombocytopenic Purpura:-

-idiopathic = asal pnyakit x diketahui
-thrombocytopenic = platlet darah kurg [darah pembeku]
-purpura = muncul bintik2 pd bdn

platlet yg kurg dalam darah boleh menyebabkan pendarahan dan jika tidak dirawat, boleh menyebabkan darah keluar dari mane2 rongga badan.

both of them akan ambil UPSR x lama lagi.3 days to go.kesian diorg.

Di kesempatan bulan puasa yg mulia ini, saya memohon sesapa saja untuk mendoakan keselamatan, kesejahteraan, dan kejayaan mereka,semoga Allah juga akan mempermudahkan urusan kita baik di dunia mahupun di akhirat.syukran semua. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa kalian.

more info boleh layari sini

Saturday, August 30, 2008

~KURANGKAN MAKAN, KURUSKAN BADAN~

entry kali ni sempena ramadhan..
mak yang bagi idea untuk title kali ni..hehe

Ramadhan sebagai medan mengawal nafsu makan.
nanti ada orang akan cakap saya ni asyik cakap pasal makan sahaja..huhu
alasannya mudah, orang memang suka makan..

Cara diet mudah bulan Ramadhan:-
1. Bangun untuk mandi pagi. [bgun awal pagi dan mandi sebelum subuh ---> boleh kurus tau]
2. Sahur. [sahur adalah penting sebagai sumber energy anda sepanjang hari]
3. Banyakkan meminum air masak/kosong. [melancarkan perjalanan darah, mengelak dari berlaku hypertensi,dll ---> boleh surf tenet untuk maklumat lebih lanjut]
4. Makan buah2 sebelum berbuka.
5. Makan secara sederhana, jangan terlampau berat/sehingga perut penuh. [selain mengelak mengantuk ketika solat terawikh, perut juga perlu dibiarkn kosong sedikit untuk diisi moreh..hehe ---> mkn moreh tu pn jamah aje la]
6.
Elakkan:-
* minuman bergas.
* junk food - jajan - makanan yang kandungan nutrien rendah ---> rujuk pek makanan untuk nutritional information.
* Makanan berminyak dan yang boleh menggemukkan.



few tips to share:~
>>!! [1] !!<<
~minum air boleh kurangkan berat!!
~air dalam badan akan hilang jika kita minum banyak air.
~perumpamaan yang pelik dan kurang masuk akal, tapi jika difikirkan mempunyai banyak kelebihan.perhatikan contoh yang saya sediakan dibawah.

minum air banyak = tambah air dalam badan

tambah air dalam badan = buang air banyak
[buang mineral yang badan tak perlukan]

buang air banyak = pergi tandas banyak

pergi tandas banyak = senaman ringkas

senaman = bakar kalori

bakar kalori = turun berat badan

oleh sebab itu,
minum air banyak = turun berat badan

caranya mudah sahaja, pundi kencing kita hanya mampu menampung 750ml air.
minumlah banyak air [berliter-liter air kosong] dalam masa sehari.mudah dan cepat.

p/s: minum air tu pula, janganlah air yang bergula.air masak..!!

>>!! [2] !!<<
~jangan berlapar untuk berdiet!!
~berikut adalah senarai makanan untuk menurunkan berat.

pagi - sarapan ringan [biskut, roti untuk alas perut sebelum makan tengahari]
tghari - ayam/ikan/daging seberapa banyak :D dengan syarat nasi hendak sedikit.
ptg - sup sayur/sup daging/sup ayam/tomyam ---> tanpa nasi~! hehe

atau

pagi - makan berat ---> bg yg suka mkn sarapan dan tidak makan tengahari
ptg - nasi dan lauk [lebihkan lauk dari nasi]

>>!! [3] !!<<
Kurangkan ambilan gula. [~W.A.J.I.B~]
buah-buahan antara pembekal gula yang tinggi ---> ambil buah-buah sekadarnya :D [jangan tak ambil langsung!!]

[terasa sungguh dengan entry kali ini..saya pun nak kurus jugaklah..ahaha]

--------------------------------------------------------------------------------------------
pheww~~
berchatting dengan mak amat melenguhkan..
walaupun mak akan call yahoo messenger tu,
but she prefer to menaip instead of bercakap..
bila ditanya, mak akan cakap seronok menaip ni~ [ape kehal lah]
nway, love my mum and dad..miss them all very2 much..

and diquote dari sesi ber ' YM ' dengan mak td:-

jadikan moto ramadhan kali ini "kurangkan makan, kuruskan badan"
atas alasan yang sangat tidak relevan..
"susah ustaz nak tanggung kamu makan nanti" ---> tak tahu la ustaz mana yang mak maksudkan..
mak lately ni..bab-bab mengarut memang advance lah..ada je telatahnya..

yang paling best, ber 'YM' dengan mak kali ni sebab abah yang suruh mak wish me happy ramadhan kareem..huhu
and chatting until 3am malaysia...
sungguh tak sedar masa berlalu..sorry ganggu tidur mak..

pasni rajin-rajin la mak buka blog yong ye...yong mentioned your name banyak-banyak..haha

Friday, August 22, 2008

why losing weight is so hard but gaining weight is so easy?

entry kali ni biar terkena batang hidung sendiri..bukan menyindir sape2..hakikatnya hnya mereka yang alaminya shj yg faham kenapa menurunkan berat badan sangat sukar, tetapi untuk menaikkn berat badan sangat mudah~!

kes 1:
You just went away for the weekend and when you came back to find that you gained 5 kg over the 3 days spent. In your disbelief, you quickly curse the food you have took during the weekends...haha [sounds familiar rite?]

kes 2:
you just finished your diet program and successfully lost 10kg in one month.you gain another 10kg in first two weeks right after the program.[huhu, mesti sangat geram dengan situasi ni..hehe]


based on surveys made:
90% cubaan untuk menguruskan badan gagal
.
The main reason is because choosing the wrong way!!
JANGAN sesekali anda terperangkap dan termasuk dalam peratusan ini!

kesalahan: Kurangkan makan seperti tidak makan malam.
mengakibatkan: Otot mengecut, air dalam badan mengurang dan kadar metabolisma
turun mendadak. Lemak masih kekal.
akhirnya: Kurus sekejap, semua kg yang hilang datang kembali bersama
beberapa kg lagi sebagai saguhati.

kesalahan: Ambil pil kurus.
mengakibatkan: Selera makan langsung hilang, loya, pening-pening, jika tersalah ambil, kesihatan terjejas.
akhirnya: Kurus sekejap, jika berhenti ambil pil, selera makan datang kembali dan gemuk semula.

kesalahan: Makan buah-buahan sahaja.
mengakibatkan: Badan menjadi kurang bertenaga kerana nutrisi tidak lengkap dan seimbang. Tekanan
kerana terpaksa makan makanan yang sama berulang-ulang.
akhirnya: Diet tidak kekal lama, mudah berputus asa!

Masalah
Lemak terlalu banyak
Kebanyakan Diet
Pengurangan otot & air, tubuh didera
Selepas Diet
Otot tiada untuk pembakaran kalori
Tubuh simpan lebih banyak lemak!

selepas memerhatikan beberapa ketika..kesimpulan yang dapat diambil ialah :-


Cara betul untuk langsingkan badan:

jika lemak terlalu banyak,bekalkan nutrisi lengkap kepada tubuh kita, bina otot, tingkatkan kadar metabolisma[bersenam dan sebagainya].kesannya, otot terbina, lemak dibakar setiap hari, kerana tabiat nutrisi yang baik, badan lebih segar sepanjang hari, daya tahan terhadap penyakit terbina secara semulajadi.

Bagaimana untuk dapatkan nutrisi lengkap dan seimbang?
Pakar pemakanan menyatakan bahawa, kita terpaksa makan 4000 kalori dalam
sehari untuk dapatkan nutrisi yang lengkap dan diperlukan badan!



Apa yang akan berlaku sekiranya kita makan 4000 kalori?
Secara purata, lelaki membakar 2200 kalori sehari, manakala wanita hanya 1800 kalori.
Kemana perginya lebihan 2000 kalori lagi? Tentunya ke sel-sel lemak kita
dan inilah sebabnya, berat badan kita semakin hari semakin naik
dan penampilan kita menjadi tidak menarik!

Lihat contoh dibawah untuk gambaran yang lebih jelas;

Fakta: Sepinggan mee goreng 770 kalori
Fakta: Secara purata, masyarakat Malaysia makan 1000 kalori sekali hidangan
Fakta:
Untuk langsingkan 1kg tubuh kena bakar 8000 kalori
Fakta: Wanita bakar 1800 kalori sehari
Fakta: Lelaki bakar 2200 kalori sehari


Kiraan pengambilan kalori

Sarapan Nasi lemak + Teh Tarik 1000 kalori
Makan Tengahari Nasi campur + Teh O Ais 1100 kalori
Makan Malam Nasi campur + Air Kosong 1100 kalori
Jumlah kalori 3200 kalori

semakin tinggi nilai kalori yang diambil, semakin PERLU kita bekerja keras memastikan pembakaran lengkap setiap kalori yang diambil. diingatkn sekali lagi, kepada diri sendiri jua, jangan tahu makan sahaja, bakarnya tak reti..hehe

* * * * * * * * * * * * * * *

P/s: khas untuk pelajar mesir [akhawat terutamanya-->sebab takde tempat kita nk beriadah setiap hari]

senaman-senaman otot boleh dilakukan ketika:-

1. masak [bergerak keseluruh ruang dapur sehingga selesai masak = 3 km berjalan kaki, bayangkan berapa kalori yang berjaya dibakar!! amazing kan?~~]
2. sebelum tidur [stretching dahulu..sit up 30 kali..minum air kosong..n then tido lah]
3. bangun daripada tidur [jangan terus bangun dari katil, duduk seketika, gerakkan tangan kedepan dan kebelakang, kaki diluruskn -->lakukan aktiviti ini lebih kurang 5 minit]
4. study [apabila sudah tidak fokus, hehe ----> sila lihat lampiran..hahaha]

To those yang mengantuk mse study especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)
Selamat Mencuba!!

selamat meregang2..hik3


ni ala taichi sikit la…
sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni…
untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan…
buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit…
buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula…
jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin
sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali
buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Monday, August 18, 2008

khasiat susu ibu..

previously, tanta di kuasai kanak2 yang baru dilahirkan...
hampir 10 org berjaya menghirup udara dunia..
ahlan diucapkan kpd mereka..mabruk utk yg bru melahirkn lah...
melihat kepada bayi yang baru lahir,alia terfikir tentang kebergantungan mereka terhadap satu-satunya sumber makanan mereka iaitu SUSU..

~GALERI BERGAMBAR dan budget comel..ahaha~


~ me n da little kiddo (aisyah) ketika bru 2 hari dilahirkan ~


~ she's up to this [2 month] rite now ~


~ comparing the kids, both were born with da same weight - 3 kg (^_^) ~
[dari kiri : aisyah 2 month, afifuddin newly born ---> tgk afif nanti da 2 bulan chubby mcm aisyah x..hehe]


~ Aisyah Humaira' binti Mohd Nurul Hisyam - serikandi alaf baru ~

we begin here :

MENGAPA PENYUSUAN SUSU IBU PALING SESUAI
UNTUK BAYI

Penyusuan ibu menampilkan kelebihan untuk bayi anda. Antaranya:

* Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar.
* Susu ibu, khasnya kolostrum, mengandungi bahan-bahan antibodi yang boleh melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan seperti cirit-birit, bronkitis dan radang paru-paru.
* Susu ibu juga mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut bayi.
* Susu ibu mengandungi zat khusus yang penting untuk perkembangan otak.
* la mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam kaedah penyusuan lain.
* Susu ibu memberikan khesiat terbaik untuk bayi.
* Berbeza daripada susu lain, susu ibu boleh diperolehi dengan mudah pada bila-bila masa. Jadi, tiada masalah membancuh atau memanaskannya sebab ia sentiasa pada suhu yang sesuai.
* Memberikan bayi keselesaan dan ketenangan emosi yang diperlukannya.
* Menjalinkan hubungan kasih sayang yang lebih mesra antara bayi dan ibunya, berbanding dengan cara penyusuan lain.



[english section]
Wiki defined breast milk as a milk produced by a human female which is usually fed to infants, toddlers, and young children by breastfeeding. It provides the primary source of nutrition for newborns before they are able to eat solid food and digest a wider variety of food. Breast milk is fed to the infant by a variety of methods: breastfeeding, baby bottle, and so on.

Breast milk is the ideal form of nutrition for newborns, but for mothers who are unable to breastfeed or who decide not to, infant formula is a good alternative. If you feed your baby with a commercially prepared formula, be assured that your baby's nutritional needs will be met. And you'll still bond with your baby just fine. After all, whether with breast milk or formula, feeding is an important time of connection between mother and baby.

The decision to breastfeed or formula feed your baby is a very personal one. But here are some points you may want to consider as you decide which is best for you and your kids.

Breastfeeding: The Advantages

1. Infection-fighting. Antibodies passed from a mother to her baby can help lower the occurrence of many conditions, including:

* ear infections
* diarrhea
* respiratory infections
* meningitis

Other factors help to protect a breastfed baby from infection by contributing to the infant's immune system by increasing the barriers to infection and decreasing the growth of organisms like bacteria and viruses.

2. Beneficial for premature babies and may also protect children against:

* allergies
* asthma
* diabetes
* obesity
* sudden infant death syndrome (SIDS)

3. Nutrition and ease of digestion. Often called the "perfect food" for a human baby's digestive system, breast milk's components - lactose, protein (whey and casein), and fat - are easily digested by a newborn's immature system.

4. Contains all the vitamins and minerals that a newborn requires.

5. Free. Breast milk doesn't cost a cent. And because of the immunities and antibodies passed onto them through their mothers' breast milk, breastfed infants are sick less often than infants who receive formula.

6. Different tastes. A mother will need 500 extra calories per day to produce breast milk, which means that she should eat a wide variety of well-balanced foods. This introduces breastfed babies to different tastes through their mothers' breast milk, which has different flavors depending on what their mothers have eaten.hehehe

7. Convenience. With no bottles to mix and sterilize and no last-minute runs to the store for more formula, breast milk is always fresh and available. And because breast milk is store at body temperature, there's no need to warm up bottles in the middle of the night. It's also easy for breastfeeding mothers to be active - and go out and about - with their babies and know that they'll have food available for whenever their little one is hungry. So happy with this statement. Ahah~!

8. Obesity prevention. Recent studies indicate that breastfeeding might help prevent childhood and adult obesity.

9. Smarter babies. Recent studies suggest that children who were exclusively breastfed for 6 months have IQs 5 to 10 points higher than children who were formula fed.

10. "Skin-to-skin" contact. Many mothers really enjoy the experience of bonding so closely with their babies. And the skin-to-skin contact can enhance the emotional connection between mother and infant.

11. Beneficial for mom. The ability to nourish a baby totally can also help a new mother feel confident in her ability to care for her baby. Breastfeeding also burns calories and helps shrink the uterus, so moms may be able to return to their pre-pregnancy shape and weight quicker. In addition, studies show that breastfeeding helps lower the risk of pre-menopausal breast cancer and also may help decrease the risk of uterine and ovarian cancer.

Breastfeeding: The Challenges

Common concerns of new moms, especially during the first few weeks and months, may include:

Personal comfort. Secara personalnya, ramai kaum ibu berpendapat menyusukan bayi itu leceh, kerana mengundang ketidakselesaan.

Latch-on pain. Melecet mungkin sebagai alasan kerana salah teknik menyusukan bayi.

Time and frequency of feedings. Memerlukan masa yang banyak. Kebanyakan ibu merasa terganggu kerana sibuk dengan urusan harian.

Eatings alots. Susu ibu menyebabkan ibu sering merasa lapar. Ini adalah kerana ibu perlu men’supply’ bayi dengan susu. Ibu akan mudah merasa kering, cepat penat dan sebagainya.


Limiting caffeine. Perlu mengurangkan pengambilan minuman berkaffein



Reference: http://kidshealth.org/parent/pregnancy_newborn/feeding/breast_bottle_feeding.html

________________________________________________________________________________


[bahasa melayu pulak lah..ahaha]


Susu Ibu mempunyai nutrisi yang lengkap untuk bayi termasuk kandungan karbohidrat, lemak dan protein. Ia juga mempunyai segala khasiat seperti vitamin, mineral, hormon dan antobodi yang diperlukan oleh bayi untuk membesar. Dan TIADA.. saya ulangi.. TIADA.. susu-susu formula.. susu lembu atau susu kambing yang setanding dengannya untuk tumbesaran bayi.
Ok lah.. anda memang meminati susu formula atau susu lembu… Tak pe.. tapi anda harus ingat..
• Jika susu formula diberi kepada bayi di bawah umur 1 tahun, gejala alahan atau allergi akan meningkat untuk bayi anda.
• Susu formula atau susu lembu memang ada vitamin dan mineral setelah ditambah oleh pakar-pakar untuk menyamai susu ibu… Walaupun begitu, ciptaan Allah tetap yang terbaik… antibodi tidak boleh ditambah di dalam susu formula… ini menjadikan susu ibu makanan paling power bayi..
• Susu ibu adalah percuma… tak payah pergi supermarket beli.. jimaaaattt…
• Hygienic… yelah tak payah jerang air panas, tak payah cuci botol… so si bapa, abah dan ayah tak payah bangun malam cuci botol dan buat susu… (eleh… memang tak pernah bangun pun!)…
• Anak lebih rapat dengan ibu yang menyusukan menggunakan susu ibu...
• Ibu yang inginkan badannya cepat langsing boleh mengamalkan penyusuan ibu kerana otot rahim lebih cepat mengecut dan lemak di badan akan digunakan untuk menghasilkan susu.


Tapi kan… ramai ibu-ibu yang biasanya anak pertama… mengeluh.. bukan tak nak bagi… tapi tak cukup.. atau alasannya anak tak nak minum… walaupun alasan tersebut memang ada logiknya.. tapi mari kita sama-sama tengok...
• Bila bayi menghisap puting, hormone prolactin terhasil di kelenjar pit uitari di dasar otak, seterusnya hormone oxytoxin di hasilkan, menyebabkan pengecutan kelenjar susu..maka susu dihasilkan dan masuk ke mulut bayi. Semakin banyak bayi menyusu, maka lebih banyak prolactin terhasil jadi lebih banyak susu terhasil. Maknanya….. Kalau susu tak ada… bukannya kita berhentikan bayi itu dari menyusu.. sebaliknya kita kerapkan lagi susuan… nak elakkan bayi dehydrated.. kita sediakan juga sedikit susu formula sementara susu ibu nak terhasil.
• Kadangkala kita mengikut pantang terlalu “strict”… Tak salah ye puan-puan… tapi macamana kita nak harapkan susu yang terhasil 2000 ml sehari (banyak tu.. boleh buat berniaga..hhehe)… :kakakaka:kalau kita minum air pun 100 ml je sehari… Minum air kena cukup... Saya tak pasti kenapa orang tua strict sangat dengan air ni.. kadang-kadang depa kata nanti “kembang”… apa entah yang kembang… Menurut teori oleh Pakar saya… mungkin zaman dahulu, luka di tempat bersalin tu tidak berjahit (yelah dulu-dulu kan bersalin kat rumah).. kadang2 koyak tang sana- koyak tang sini… so nak elak dari luka tu terjangkit kuman, maka dikurangkan minum air, supaya kuranglah terkencing… bila kering cepat luka baik. Tapi sekarang luka dah berjahit, ada pulak antibiotik.. saya rasa alasan tu dah tak releven
• Sekali lagi pasal pantang… susu ibu ini terhasil daripada pemakanan ibu yang seimbang… susu ibu kurang kalau ibu makan terlampau berpantang… contohnya nasi beberapa suap dengan ikan kering… buah-buah tak makan langsung… sayur pun tak makan… sup tak boleh minum (sup pun air).. susah kan.. ibu yang lepas melahirkan perlu makan makanan yang seimbang… kalau buah itu tak boleh… buah ini sejuk… awak beli je buah-buah luar negara.. epal ke apricot ke… susah jugak orang2 tua kita nak klasifikasi kan… tak tau mana sejuk mana panas…
• Cara menyusu yang tidak betul. Sekiranya puan-puan tidak ada pengalaman menyusu, maka berlajarlah dari yang mempunyai pengalaman. Bantuan boleh didapati daripada klinik-klinik ibu mengandung atau hospital mesra bayi.
• Tak nak bagi susu ibu sebab anda sibuk bekerja? Takut anak anda tak nak kat pengasuh? haaa..sekarang ni ada caranya... kalau anda betul2 sayangkan bayi anda... lihat di bawah...



Tak Bohong! Memang boleh masuk dalam freezer. Saya pun pernah buat… Walaupun mendapat tentangan daripada family awal-awal dulu… Kata mereka nanti anak kembung.. anak sakit… susu tak elok… Saya teruskan juga… Hasilnya, anak-anak saya mendapat susu ibu sehingga 5-6 bulan walaupun orang rumah bekerja. Mudah aje.. guna breast pump, masukkan dalam bekas plastik kecik… letak tarikh.. masukkan di dalam freezer (beku). Susu dalam freezer boleh tahan 3 bulan!
• Susu ibu di dalam suhu bilik tahan 4-8 jam
• Susu ibu di dalam fridge bawah tahan selama 5 hari - 1 minggu (letak kat belakang)
• Susu ibu di dalam freezer tahan selama 3 bulan – 6 bulan. (Wow! Tak tahu pun!)
• Untuk mencairkan susu beku, jangan guna microwave, air panas, atau air menggelegak. Cuma rendamkan di dalam air suam kuku atau air biasa sebelum digunakan, atau letakdi fridge bawah beberapa jam sebelum direndam di dalam air suam. Kemudian boleh transfer di dalam botol...


Di zaman teknologi, bidang perubatan juga telah berubah. Kajian demi kajian menunjukkan bahawa Ibu menghasilkan susu yang sangat baik untuk anak mereka. Kasihan sekiranya, para ibu tidak menganugerahkan susu ciptaan tuhan kepada anak mereka disebabkan oleh kejahilan mereka sendiri atau kejahilan ibu-bapa mereka. Pantang-larang tidak berubah sejak zaman berzaman… tetapi ilmu pengetahuan sentiasa ke hadapan...

Tuesday, August 12, 2008

SUDUT KESIHATAN - blood group [kumpulan darah]

arini alia bru je abes satu paper repeat [anatomy]
pergh..selesai la sudah satu madah yg susah itu..huhu
skrg nk tumpu untuk physiology pulak..
anyway dihari bsejarah ini, sempatlah kiranya alia nk wish mabruk
utk keluarga ustaz hafiz samuri n kak salwa, dikurniakn cahaya mata pertama..
n to kak salwa..sorry sbb mase akak call suh teman g spital, alia tgh exam..
[sorry for not being there for u, dear]

today's best topic to discuss together ialah BLOOD GROUP..
smgt nk pergi exam physio lah ni..ahaha

CLASSICAL A-B-O SYSTEM.
1. Group A - darah merah ada antigen A, antibodi (beta [β] agglutinin)
2. Group B - darah merah ada antigen B, antibodi (alpha [α] agglutinin)
3. Group AB - darah merah ada kedua-dua antigen A dan B, tiada antibodi(agglutinin)
4. Group O - darah merah tiada antigen, antibodi (beta [β] dan alpha [α] agglutinin)



jadi, blood group dinamakan berdasarkan kehadiran antigen pada permukaan darah merah



kumpulan darah kita akan ada kena mengena dengan kumpulan darah anak-anak kita dan keturunan kita!! mari kaji jadual ni..



sekarang baru kita tahu kita ni ikut darah siapa..hehe mak ke ayah?? :D

anyway sbelum tu kite kne la buat test utk mgetahui kita ni darah ape.
pengujiannya mudah..x mnyakitkn pun :P

Anti-A = Bertindak balas dgn darah A menghasilkn gumpalan2 kecil.
Anti-B = Bertindak balas dgn darah B menghasilkn gumpalan2 kecil.
Anti-D = Mengesan rhesus darah.rhesus positif akan menghasilkn gumpalan pada darah.

lihat rajah :-




Rh

Rh terbahagi kepada dua.positif dan negatif.individu yang Rh positif bermaksud mempunyai Rh agglutinogens, manakala Rh negatif bermaksud tiada Rh agglutinogens.
Rh sgt penting dlm kehidupan. kurangnya pemeriksaan kumpulan darah dan rhesus anda memberi implikasi yang merbahaya.

-KEPENTINGAN Rh DALAM KEHIDUPAN-
1. Blood Transfussion[Pendermaan darah] - sekiranya penderma darah ber Rh negatif menderma kepada individu ber Rh positif, gumpalan darah akan terhasil dan hemolysis(darah pecah) akan berlaku kepada darah yang disalurkn oleh si penderma.
2. Erythroblastocyst Foetalis - merupakan penyakit keturunan yang hanya effect foetus(bayi). jika ayah adalah Rh positif manakala ibu adalah Rh negatif, bayi yang pertama dihasilkan ber Rh positif. sedikit sahaja darah bayi yang mungkin ter salur kepada ibu semasa proses kelahiran mengakibatkn penghasilan anti Rh(antibodi) oleh badan ibu.semasa kelahiran anak kedua, darah ibu bertindak melawan sel darah anak mengakibatkn darah bayi pecah.kematian didalam kandungan akan terjadi.sekiranya bayi msih hidup ketikan dilahirkn, peratusan untuk bayi menderita penyakit anaemia(kurang darah merah) sangat tinggi.

TREATMENT untuk Eryhtroblastocyst Foetalis
1. usual treatment - menggantikan darah bayi dengan Rh negatif sementara Rh positifnya dibuang.

2. passive immunization - suntikan anti Rh antibodi kepada ibu untuk menghalang antibodi terhasil semasa kelahiran pertama.

AMALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT~ pesanan khas khidmat penaja :P

P/s : Alia berdarah A rhesus +ve.. korang lak cmne? :D

Coretan anda?