kalau tak jelas sangat tulisan tu, tekan ctrl +, kalau rasa tulisan tu kecik sangat, tekan ctrl - ....mekaseh! enjoy your reading!

Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Wednesday, October 31, 2012

Tilam dan bantal kekabu

Memang legend. Dulu arwah opah ada kebun (kebun ke?) kekabu belakang umah. Pepagi dah bangun gi kupas buah kekabu, then asing biji, tapis bagai semua tu.. Ada je nak dibuat tilam la, bantal la..

As a matter of fact, smpai skrg, we all stil guna bantal kekabu kat rumah. All thanks to opah's hard work. Tak lupa mak jang yg mewarisi all that talent. I use to think that my mom tak tau how to do it..sekarang taktahula, have to ask her la tomorrow..keke ^^

Tilam kekabu pulak, camne eh nk cerita rupa dia, saiz mcm tilam biasa, but tilam tu cotton berpetak petak, i once tengok dengan mata sendiri how opah's amazing handwork masukkan kekabu tu dlm buluh kot then tolak msuk dlm tilam tu.. Sumbat sampai padat.. Fuyyyooo selesa baq hang~~

Entry kenangan, credit to my cousin, Meor yg membangkitkan hal ini via twitter. Nak nangis lak rase terkenang kemalasan gua and jadi penonton setia je tengok opah buat kerja..hadoii ape la punye cucu sulung..sorry opah :-(

Dear readers, minta sedekahkah alfatihah to my opah ya.. Semoga beliau tenang tenang di sana, dan tergolong dalam kalangan solihin.. Al-Fatihah

Friday, June 10, 2011

kenapa saya suka makan mee maggi





ENTRI KHAS SEMPENA HARI BAPA SEDUNIA.

kenapa makan maggi?
sebab setiap kali makan maggi,
akan teringat pada abah.
abah lah yang mengajar makan maggi ni.
walaupun mak bising-bising tak bagi makan,
abah tetap masak jugak.

pulak tu, di suanya ke mulut kitorang anak anak.
heaven okeh, gune chopstick pulak tuh..kah3 :D comel sungguh la..

mee maggi bahaya..ye, saya tau,
tapi kadang2 je pun saya makan :D
xpe kan :)
kan kan kan :)


MAK TAK MARAH KAN? :)

Friday, March 18, 2011

Egypt, here I come

haaaa, jap lagi nak naik bas dah. bertolak ke KLIA pas timbang2 barang kat masjid Shah Alam.

good bye malaysia!
mak, abah, zaty, hafiz, ainaa, izzuddin, tajuddin.............JAGA DIRI ok..

YONG SAYANG KORANG SEMUA!

via wifi masjid shah alam through my Nokia Express Music 5800.

Saturday, March 12, 2011

Port Dickson setelah 2 tahun

ya betul tu..
da lebih dari 2 tahun aku tak menyinggah ke PD.
pergh, air dia jernih dah..tak caya gi la tengok sendiri..
haha

cuti2 cmni seronok pandang je laut, dduk kat balkoni tambah angin sepoi-sepoi..
mak dapat kondo TNB untuk 3 hari 2 malam. 11, 12, 13hb Mac.
semalam sampai2 je terus check in dan siapkan dinner.
then karaoke sejam dengan abah n hafiz..hahaha lagu2 zaman abah jelaaa ktorg nyanyi :D

td pg2 bgun trus get ready mandi laut, then g swimming pool plak masa air dah makin surut.
balik2 trus rasa macam kembong air :D arghhh!
mak ckp mak ada meeting esok, so kena balik malam ni..

oh ye, bru2 ni UMNO ada bagi duit RM500 untuk duit saku sempena evakuasi,
spend RM100 cmtu untuk blanja family makan..
then hantar mak smpai kat kereta. zaty n hafiz ikut balik jgk, ada kerja.
so tinggal lah twins, ainaa aku ngn abah. esok ingat nak mandi lagi lah before balik..hhahahaha :D

p/s: aku da tau tarikh balik ke Mesir, iaitu 18hb Mac ni. mebi tak update dak pasni! urgh..busy2

Friday, February 25, 2011

dia yang kurindu

akhirnya.
YEAH YEAY YEAH :D

mak cakap, mak nak support tiket pegi balik ke Kelantan via AirAsia.
apa yang best?
korang tanya apa yang best?
eiiihh, korang tak tahu keeee??
I pegi KELANTAN ni sebab nak jumpa my sweetheart..
yela, my sweetheart yang chubby manja nakal cerdik bijak comel dan lain lain lagi.

tak lain tak bukan, Aisyah Humaira'

mesti dia rindu I jugak..hahaha yela, I yang jaga dia masa dia kecik..


comel kannnn!

jangka tarikh pegi 27, 28 feb, 1 dan 2 mac. kira 4 hari 3 malam.
tentatif tak tahu lagi.

p/s: tiba-tiba zaty ngn ainaa [both my sis] cakap nak join jgk..mak pulak cakap okay..aihh ni la akibatnya cerita tentang aisyah ni banyak sangat..semua orang da jatuh sayang dgn dia.. xpela, asalkan Aisyah sayang acik Alia jeeee :D hehehe

Thursday, February 24, 2011

Malaysia - Outing dengan Safya


okay everybody.
best thing do happen.
and for my case, semalam seharian bersama my bestie Safya Sani sampai arini, memang cunns..
haha.

Etceli mula-mula Safya cakap housemate dia Lina akan turun from Penang untuk buat Visa. So, Safya ajak aku join sekali. dapatlah kunun jadi drebar tak bertauliah kejap. lagipun Safya datang dari Johor kot. Orang-orang jauh ni, memang kena bersambut :D so, plan nak g buat Visa kat kedutaan Mesir ditetapkan pada : 23hb Feb bersamaan hari rabu

Alih2 last minute [malam sebelum projek g wat visa] Lina cakap tak dapat join, and since Safya dah pun sampai ke KL, kitorang proceed jugaklah ke Jalan Rhu. Risau jgk tak dapat masuk Mesir kalau tak ada Visa.

ajak my sis Zaty untuk teman. tQ ye Zaty. haha



Fetch Safya kat LRT Abdullah Hukum, then terus gerak gi kedutaan Mesir. pakcik yang garang semacam tu cakap kitorang kena isi borang lengkap2 dulu baru submit. so patah hati tak dapat settlekn Visa, and kitorang blah camtu je. hajat dihati nak jalan2 tapi mak cakap mak kena g Bangi so drop by TNB Bangsar [ye, kat LRT Abdullah Hukum tu] then mak bawak kitorang g makan.perghhh sedap okay makan kat kedai tu..apetah nama dia, Safya pun enjoy je makan ikan dia sampai mak cakap "kuat jugak kamu makan" hahahaha :D

pastu gerak balik Subang, and mintak izin abang Safya yang duduk kat Puncak Jalil supaya bagi kebenaran Safya sleep over kat umah aku. yeayyy berjaya :D

paling best, malam tu ada pulak ceramah kat surau rumah aku, sempena maulidur rasul, rezeki la Safya dapat makan-makan lagi malam tu + sambal belacan favourite dia. makan je banyak, gemuk nye tidakkk..jelesshhh betul aku.

Kitorang plan gi kuar tengok movie esoknya [ye, arini ye puan-puan]
cube teka cerita ape~~ hahaha ok cerita 18 tahun keatas :D
~NO STRINGS ATTACHED~
kat sunway pyramid je, sebab pas tengok movie nak hantar Safya balik.
jammed teruk okeh, sebab orang balik keje.




dekat gila rumah abang Safya dengan umah kitorang, so balik2 dari hantar Safya,
here I am, updating my blog.
dan mengantuk gila.

okay dah terbabas menaip..Goodnight everyone!

Friday, June 4, 2010

KU MAHU



Sesaat ku terkesima
Pada indah personamu
Sekilas kau senyum padaku
Ku larutkanmu dalam kasihku

Sesaat ku terpesona
Pada warna ceriamu
Sayangnya telah ku hidu
Semua paparanmu palsu

Indah impian cintaku
Namun realiti tak seharum
Yang ku impikan kerna
Cintamu tak sejati

Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan

Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Yang ditabur terdorong hawa nafsu
Semua yang kau beri tak bernadi dan tak kan menjadi erti

Selamanya takkan ku lupa
Kau ajar ku seksa
Kau pandai berkata-kata
Hingga aku derita

Selamanya ku berjaga-jaga
Tak sanggup ku terkena
Cukuplah sekali terluka
Kan ku ingat sentiasa

Indah impian cintaku
Namun realiti tak seharum
Yang ku impikan kerna
Cintamu tak sejati

Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan

Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Yang ditabur terdorong hawa nafsu
Semua yang kau beri tak bernadi dan tak kan menjadi erti

Aku bukanlah boneka mu
Ku tak rela dipermainkan
Lebih baik sendiri
Dari terseksa di tangan mu

Apa yang aku mahu

Indah impian cintaku
Namun realiti tak seharum
Yang ku impikan kerna
Cintamu tak sejati

Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan

Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Yang ditabur terdorong hawa nafsu
Semua yang kau beri tak bernadi dan tak kan menjadi erti

Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan

Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Yang ditabur terdorong hawa nafsu
Semua yang kau beri tak bernadi dan tak kan menjadi erti




Thursday, June 3, 2010

ditekan, tertekan, tekanan?



Sekarang ramai mempertikaikan kenapa ada sesetengah perempuan kawen awal walaupun tak habis belajar lagi.. lagi tertekan bila bakal suami baru kerja tak sampai setahun. kesian perempuan itu sebab tak dapat sokongan kawan2.. kalau ye pun tak suka jangan la serang perempuan itu habis2an. cakap perempuan itu rugi la, tak puas enjoy la, n yang paling best, "dah ready ke nak kawen? baru setahun kenal."


mesti perempuan itu sedih sebab kawan rapat sendiri makin jauh dari dia sejak dia cakap dia dah nak kawen. kawan2 lelaki pulak terus tak berani nak tegur sebab takut tunang perempuan itu marah padahal mereka ok je. yang lagi sedih bila ada orang tak suka dengan berita gembira perempuan yang akan kawen di usia muda ni. tak suka sebab mereka kata perempuan ini suka la dah ada orang tanggung.. kalau macam tu kawen la awal jugak. lagi tertekan kalau perempuan itu tak memberitahu kawan2nya yang dia dah bertunang..


perlu ke kenal lama2 pastu baru kawen? memang la perlu.. tapi kalau dah takdir jodoh seseorang itu datang cepat sebelum sempat kenal lama2, perlu ke kita tolak takdir? takdir kamu tak sama dengan takdir orang lain. jangan samakan diri kamu dengan orang lain. jangan kata "ko kenal dia tak sampai setahun dah bertunang, pastu mesti la dah nak kawen. nanti ko menyesal sebab tak kenal hati budi dia..." personally, kalau nak ikut kenal dulu hati budi sebelum kawen, sampai mati pun kita tak kan boleh kenal seseorang tu sebab manusia berubah.. bukan skeptikal tapi tak kan dah kenal 3,4 tahun baru boleh nak kawen? nak kawen bila2 masa pun boleh asalkan dua2 pihak dah ready. memangla kamu dah kenal pasangan kamu 2,3,4 tahun, tapi jangan konfiden sangat yang kamu dah faham dia 100%.

apa2 pun kat sini tak salah kawen cepat atau lambat, tapi jangan kondem keputusan orang kalau ia tak kena dengan 'cara' awak. jangan letak syarat kat orang lain.

p/s: ada orang kata tunang tak elok kecoh2, si lelaki kena dah ada kereta, rumah dan harta sedikit baru boleh masuk meminang, si perempuan kena pandai masak baru boleh kawen, kalau nak dengar semua kata orang, tak boleh hidup la cam ni.

**************************************************************************************

copy dr blog chinut, semoga kamu kuat!! benda ni biasa la dialami oleh orang macam kita. aku pun ade lalui benda camni.. tapi apa-apa pun, ALLAH knows! ;)

quote: 'Aku akan jaga hubungan dengan manusia.Tetapi aku tidak akan sesekali mencari redha manusia.redha nas ghayah la tudrak (redha manusia matlamat yang x akan kamu capai)-imam syafie. nak jaga hati semua orang takleh.jd, buatlah sesutu yang Allah redha, walaupun manusia tak suka. jangan buat yang sebaliknya.. :)


kebahagian sebenar ialah apabila diri rasa dirahmati oleh Allah...bkn apabila diri rasa disayangi oleh manusia sbb kasih syg manusia ada pasang dan surutnya~

Sunday, May 2, 2010

ini mesir

Yang pelik-pelik itulah istimewanya Mesir.

Pagi tadi, ke kuliah untuk exam practical jam 8.30,
then, masa lintas jalan, ada sebuah traktor yg warna kuning tu. Macam picture bawah ni.

Macam biasa, traktor ni tiada masalah untuk dibawa ditengah jalan, even dalam kawasan bandar. Ini pemandangan biasa di sini, thus, we should be more be careful untuk lintas jalan.

Apa yang menariknya,

tempat bertanda arrow merah tu, terdapat seorang pakcik arab di dalamnya. Tapi, sebab dah pernah nampak perkara yang sama, so buat-buat x endah je la, just 'WoW' dalam hati sebab pakcik tua tu berani gila duduk kat dalam benda alah tu.

Malang tidak berbau.
Tiba-tiba bising kat kawasan depan sikit dari jalan besar tadi. Rupa-rupanya pakcik tadi dah terjatuh kat atas jalan raya tu. OMG! So dengan penyakit 'suka-menyemak-nak-tahu' apa yang berlaku, intai la kat celah-celah orang ramai tu. walaupun tau dah lewat nak pergi exam Dah ramai arab mengerumun kt pakcik tu.

Korang agak-agak apa yang berlaku?

Fateh : Kaki kena lenyek!!
Safya : Pakcik tu mati?!

huh~ negative nye korang. hahaha
anyways friends and reader sekalian, pakcik tu just jatuh dan luka-luka sikit.
but still ngeri dan tak dapat bayangkan if something happen kn!

okay. end.

diceritakan oleh fatih nur'afidah after exam tadi. pergh, takutnya.

****************************************************************************

Exam praktikal dah berakhir, so sekarang tumpu untuk exam written pulak. Doakan saya ya kawan-kawan.

Ada senarai short-listed food-really-teringin right now.
1. chicken chop - aaaaaaaaa~~ tulun2..nak sangattt!


2. udang masak sambal tumis.
3. burger ayam lengkap dengan mayonis, dan salad, dan tomato dan sos black pepper.
4. takoyaki
5. spagetti




and yang no. 5 tu even dah banyak kali makan kt pizza hut sini, still tak jemu. Chicken chop oh chicken chop, siapa yang nak volunteer masakkan untuk saya?

Harap-harap emak kirim udang masak sambal beliau. mak jangan lupa kirim pada Azril ya after reading this entry.

ok goodluck kawan-kawan yang exam. love you all (^_^)

Monday, April 19, 2010

Lifeline 4 Gaza dan demam imtihan.


Entry #1

Ini entry menyokong NGO yang melancarkan program ini.
[termasuk PCT dan PERUBATAN]

LIFELINE4GAZA


marilah sahabat-sahabat, sedikit sumbangan anda untuk kempen ini.

Talian Hayat Untuk Gaza!
'Kempen LE100 Seorang'.

--------------------------------------------------------

quote:-

Syazana : Le 100 ni besar pulak bila nk wat derma, tapi kecil nilainya bila dibawa ke City Star kan?

Ummul Hani : Belanja kat fathallah beratus genih untuk kenyangkan perut sendiri xde masalah pun, beli baju beratus genih rilex je, beli tiket balik Malaysia beribu-ribu genih ada je duit, tapi nak menyumbang LE 100 untuk Palestin rasa berat? Ayuh LE 100 seorang!

Fazilah : They need support from people like YOU and ME!

Ini antara contoh yang saya copy paste dari status YM dan forwarded message.
Tepuk dada tanya diri sendiri. Apa sumbangan yang telah kita beri untuk saudara se-ISLAM kita di sana?

--------------------------------------------------------

Mereka perlukan sumbangan kita. tapi kita tidak akan mampu mengangkat senjata berperang di sana. Gunakanlah peluang yang ada ini untuk sama-sama membantu.

Siapa tahu, mungkin ini adalah sumbangan terakhir kita sebelum nyawa kita di ambil semula oleh-Nya. Moga-moga usaha kita yang sedikit ini menjadi berat timbangan kita di hari akhirat kelak.

LE 100, bayar pada wakil-wakil yang dilantik!

Tidak cukup duit? Tiada tajaan? Tidak mengapa. Moga dengan amal yang sedikit ini ALLAH ganjarkan lagi rezeki yang berlipat kali ganda.

Oh ya, tiada paksaan. Renung-renungkan dan selamat beramal ;)

____________________________________________________________________

Entry #2
oh, saya rasa sudah demam pula! Stress imtihan.

Artikel mengenai stress

Obat oh obat. doakan saya sihat ya kawan-kawan.

Tuesday, March 2, 2010

teladan~

Si Isteri terlalu marah, marah nya meluap-luap. Di rasakan suaminya tidak memahami perasan dan kehendaknya. Dia marah, marahnya berlanjutan, sakit hati dengan karenah suaminya. Tawar hati!


Si Suami puas meminta maaf pada si Isteri, memujuk dengan pelbagai cara, tetapi marah si Isteri tidak jugak reda. Si isteri merasakan perlu untuk berjumpa kaunselor pasangan untuk meluahkan segala benak di hatinya kerana dirasakan si suami terlalu ego dan tidak akan faham kalau ditegur secara terus.

Si suami bersetuju untuk bertemu kaunselor pilihan si isteri.


Hari yang ditetapkan telah tiba, dan mereka berdua masuk kedalam bilik kaunselor.


Mereka berdua duduk menghadap kaunselor dan si Isteri mula menceritakan begitu begini pada kaunselor. Si Suami duduk diam, tetapi menarik muka.

Belum sempat si Isteri menghabiskan bicara,Kaunselor memberikan mereka berdua sebatang pen dan sehelai kertas setiap seorang.

"Saya hendak kamu, secara ikhlas dan telus, tuliskan apa-apa perkara kurang senang dan tidak disukai kamu terhadap pasangan kamu"


Si Suami pun mula menulis, begitu juga si Isteri. Masing-masing mencatit apa yang mereka fikirkan.


Kemudian setelah 10 minit berlalu, Kaunselor menyuruh si Isteri bacakan apa yang dirasakan tidak patut pada si Suami, kemudian giliran Si Suami pula.


Si isteri membacakan " Suami saya seorang yang kadangkala ego, kadangkala berlagak dan kadangkala lambat memberikan respon apabila kami berbicara, dia juga kadangkala berkira dengan saya, Dia juga sukar bergaul dengan rakan-rakan saya. Selain itu dia juga macam bagus sangat bila berbicara"


Giliran si Suami pula, "Isteri saya seorang yang tidak tetep pendirian, kadang-kala bercakap begitu begini pada orang lain, tetapi lupa pada diri sendiri, dia juga seorang yang moody, kadang kala kalau mrah, marahnya berpanjangan, sukar untuk berbicara dengannya ketika dia marah. Dia juga ambil masa yang lama untuk bertenang.


"Baik! Kalau begitu, saya nak kamu tulis perkara yang kamu suka pada pasangan kamu pula" Arah kaunselor pada mereka berdua.


Si Suami dan si isteri mula menulis seperti diarahkan. Mereka diberi masa 10 minit.


"Baik, kamu dahulu" Kata kaunselor pada Si Suami.


"Isteri saya seorang yang baik, dia hormat pada mertua saya, ibu-bapa nya, kasihkan anak-anak kami, dia juga patuh pada perintah Allah, dia menutup aurat, dia solat dan melakukan semua kewajiban sebagai seorang Muslimah. Dia juga pandai memasak, pandai juga menjahit serta megemas rumah. Dia juga pandai mengurut badan saya ketika badan saya lenguh dan sakit-sakit. Dia juga ada di sisi saya ketika saya sakit. Selain itu, dia juga sering mengigatkan saya mana-mana perkara yang saya lupa dan nasihatkan saya sekiranya melakukan kesilapan."


Kemudian kaunselor mencelah "Itu sahaja?"

"Ada lagi" Jawab si Suami.

"Isteri saya juga seorang yang cantik dan pandai berhias , dia juga pandai menyejukkan hati saya ketika saya marah, ketawa nya membuatkan hati saya senang. Saya suka senyuman nya, dia seorang yang peramah dan pandai bergaul, pandai mengambil hati tetamu dan kenalan saya, dia juga bijak menguruskan wang dan keperluan rumah".


Kelihatan si Isteri mendengar, mukanya merah, tetapi senyuman terukir di bibirnya.


Kini giliran si Isteri membacakan apa yang dicoretkan di atas kertas sebentar tadi.


"Suami saya seorang yang penyabar, dia juga seorang yang rasional, tenang dan berwawasan. Jarang dia memarahi saya dengan kata-kata kasar bahkan menasihatkan dengan kata-kata penuh hikmah. Dia juga seorang yang rajin berkerja, mahukan yang terbaik buat saya dan anak-anak. Dia juga tidak kekok menghabiskan masa minggunya di rumah bersama saya dan anak-anak. Suami saya juga menunaikan kewajiban terhadap agamanya. Dia solat, mengaji dan lain. Dia juga menghormati orang tua termasuk mertua dan ibu bapanya. Dia juga tidak merokok, tidak juga bergaul dengan kawan-kawan yang suka membuang masa. Dia banyak mengajar saya perkara-perkara baru yang saya tidak tahu, dan tidak kisah mengulang ulang supaya saya faham. Dia juga seorang yang smart, rambutnya kemas dan berpakaian baik. Dia juga seorang yang pandai membuat lawak dan membuatkan saya ketawa.Dia juga banyak berkorban demi saya."

Si Suami tertunduk, medengar dengan baik, di sebalik raut wajahnya, terserlah senyuman.



Kaunselor bersuara " Kamu nampak dan sedar tak sekarang, kebaikan pasangan kamu melebihi keburukan atau tidak senang kamu, Syaitan menutup segala kebaikan-kebaikan pasangan kamu pabila marah!" Kadang-kadang kebaikan pasangan kamu tidak kamu endahkan, tetapi keburukan yang dicanang!"

Suami dan Isteri berpadangan, kedua-dua menitiskan air mata, lalu si Isteri menarik tangan si suami dan menyalamnya serta dicium tangannya. Si suami mengusap kepala isterinya.

"Abang, maafkan sayang, Sayang terbawa-bawa dengan hasutan syaitan sampaikan kebaikan-kebaikan Abang selama ini saya tidak nampak, hanya nampak buruk Abang sahaja, Abang lah terbaik untuk sayang!" Tangis si Isteri pada si Suami.

Kemudian, Si suami bersuara " Abang juga begitu, sayanglah terbaik untuk Abang, maafkan salah silap Abang selama ini ya".


Kaunselor tersenyum dan berkata " Kamu berdua perlu ingat, tiada insan yang sempurna di dunia ini, masing-masing punya kelebihan dan kekurangan, yang penting kamu terima pasangan kamu dengan ikhlas dan melengkapi satu sama lain".



Suami Isteri tersenyum, menganguk membenarkan kata-kata kaunselor separuh abad itu. Mereka mengucapkan terima kasih pada kaunselor dan keluar.

Mereka berdua mengenggam erat tangan masing-masing dan saling membalas senyuman.

p/s: tQ utk super senior abg saifullah azmi-smaskp

Sunday, January 17, 2010

[aduhai azhariyy?] - siapa mahu jawab ini?





klik untuk besarkan imej.

katanya, azhari sekarang banyak yang memainkan perasaan perempuan..
banyak yang lagho dari yang benar2 beramal dengan ilmunya.

ada yang mahu respon?

sila.
saya letih mahu berjawab sorang-sorang.

Saturday, August 1, 2009

Memang ALLAH sengaja!

Sekadar renungan bersama……

Memang Allah sengaja....

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL. Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan laranganNYA. . PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA


10 JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM...

Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.

3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.

4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.

6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.

8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.



9 Pembaziran Yg Sering Kita Lakukan...

"Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada 9 pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:

Ilmu pengetahuan
- Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

Amalan
- Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

Kekayaan
- Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

Hati
- Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

Tubuh badan
- Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

Cinta
- Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

Masa
- Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

Akal
- Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

Zikir.
- Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Wallahu'alam.

Semoga Allah s.w.t memberi kekuatan untuk kita amalkan.
Wassalam

Friday, May 8, 2009

53

Pada tarikh 8 mei 2009, saya menamakan entry saya dengan numerik 53.

Kenapa angka 53?

A . tahun merdeka?

B . umur emak saya?

Jawapannya, umur mak saya~ ahahaha


Entry ringkas untuk 'wish birthday' beliau~!

HAPPY BIRTHDAY OMMA~ hehehe

mak-beijing 08


Monday, January 12, 2009

Me, Myself and I


I'm an angel, I'm a devil,
I am sometimes in between.
I'm as bad it can get,
And good as it can be.
Sometimes I'm a million colors.
Sometimes I'm black and white.
I am all extremes.
Try figure me out. You never can.
There's so many things I am.

I am special.
I am beautiful.
I am wonderful
And powerful,
I'm unstoppable.
Sometimes I'm miserable,
Sometimes I'm pitiful,
But that's so typical of all the things I am.

I'm someone filled with self-belief
And haunted by self-doubt.
I've got all the answers.
I've got nothing figured out.
I like to be by myself.
I hate to be alone.
I'm up and I am down.
But that's part of the thrill,
Part of the plan,
Part of all of the things I am.

I'm a million contradictions.
Sometimes I make no sense.
Sometimes I'm perfect.
Sometimes I'm a mess.
Sometimes I'm not sure who I am.

I LOVE BEING MYSELF
I LOVE WHOEVER I AM..

Sunday, October 5, 2008

5 oktober 2008

Great things in my life is, whenever I feel down or need some advice, there's mom, the rest of my family and a few of my friends around me. They always keep me calm~ Thank God!

Today me and mom talks a lot through YM. Though she refused to answer my call. Well positively thinking is she prefer to menaip instead of bercakap. Harap mak kuat hadapi hakikat natijah examku, seandainya mak tak kuat, anak mak ini apatah lagi. Maaf mak!

Mrs. Kamarulzamil: Salam Yong,

Mrs. Kamarulzamil: Tadi ada masalah network. Down sekejap
DR.SITI NUR ALIA: oh ok
DR.SITI NUR ALIA: pstu smbung la balik
Mrs. Kamarulzamil: Beginilah, mungkin Yong boleh jumpa lecturer Yong dan bertanyakan dimana silap Yong agar Yong boleh improve. Tell him, that you want to improve yourself and need him to show your mistakes.
DR.SITI NUR ALIA: yes...sure i'll do..
Mrs. Kamarulzamil: Ask him whether the facts are wrong or the way Yong answer the paper.
Mrs. Kamarulzamil: To deal dgn arab ni, kita must be polite. We can't show that we are smart or better than them 'cos they are the lecturer.
Mrs. Kamarulzamil: They have taught thousands of students.
Mrs. Kamarulzamil: Mungkin Yong boleh tanya Shakir sbb dia 2nd year students.
Mrs. Kamarulzamil: Memanglah kena jaga tertib berckp dgn guys. Tp kekadang kena tanya juga sbb nakkan ilmu. We can't just guessing. Get the facts right.
DR.SITI NUR ALIA: yeah..btul la tu
DR.SITI NUR ALIA: ok
DR.SITI NUR ALIA: will try my best
DR.SITI NUR ALIA: insyaALLAH

Mrs. Kamarulzamil: 1st thing, Yong kena muhasabah diri. What went wrong?. I'm confident that you can do it. Tp Yong selalunya being carried away with your emotion. You gotto be tuff.
DR.SITI NUR ALIA: baik mak..

Mrs. Kamarulzamil:
1st
- What's your nawaitu?. To study or sight seeing?.
2nd
- build up minat/interest. In medic there's no hanky panky business. It is a matter of people life.
3rd
- build up determination to strive.
4th
- Work /study hard. Remember, Semua dijadikan sama, cuma mereka yg cepat dan rajin akan dpt.
5th
- work/study hard and smart tanpa jemu.
6th
- jgn campur aduk study dgn benda2 lain. Being new in medic study, you gotto forego and sacrifice certain things. Unless you're already in 3rd year and stable, then you may do other things too.
7th
- Yong got to take care of yourself first and be responsible & accountible with your study. Study come first 'cos it is your future. No body can help you if you can't help yourself.
8th
- involve less in other activities such as social activities. Remember Prof Razali said, 1 week jer boleh pergi ziarah rumah senior atau jemputan, kemudian the rest of your life is study. It maybe bored, but that life of a Doctor.

Mrs. Kamarulzamil: Mak tengok pun yong masih mcm kat M'sia. Sibuk dengan social activities. Medic study can't afford to do that, 'cos life of a medic student is books.
DR.SITI NUR ALIA: byk things to sacrifice?..
DR.SITI NUR ALIA: ok...pasni yong x get along with thos stuff dah...end up this year aje..ok?
Mrs. Kamarulzamil: Yeah ... betul tu. No hanky panky, it's a matter of death of live. Lepas ni, please avoid bertelingkah/ berbalah-balah sesama rakan atau sesiapa walaupun kita di pihak yg betul. Ingat sabda Rasulullah S.A.W.
Mrs. Kamarulzamil: Apabila kita berbalah, kita akan emotional dan tidak dpt kawal perasaan. Hence, akal kita akan dikawal oleh hati n perasaan + syaitan. Akal tak leh berfikir. Ilmu akan hilang.
DR.SITI NUR ALIA: ok mak...insyaALLAH
Mrs. Kamarulzamil: Kita kena kawal emosi. Don't let emosi control you and put you down, eventhough while you're having your period.
Mrs. Kamarulzamil: Last dan the biggest things to do; Munajat dan tahajjud minta pertolongan daripada Allah S.W.T agar dipermudahkan segala amalan, ilmu dan urusan pembelajaran, mudahkan mengingati pelajaran & kebajikan Yong.
Mrs. Kamarulzamil: Ikhlaskan diri kpd Allah. Jgn melengah-lengahkan solat. Jaga ibadah dan sentiasa berdoa dan mengingatiNya agar Dia tidak melupakan Yong dlm senang dan susah.
DR.SITI NUR ALIA: hmm ok
Mrs. Kamarulzamil: Jaga pemakanan. Banyakkan makan tamar dan buah-buahan yg disebut dlm Al-Quran serta madu lebah. sbb makanan berkenaan menguatkan ingatan. Banyakkan membaca Al-Quran sekurang-kurangnya 100 ayat.
DR.SITI NUR ALIA: sehari?
Mrs. Kamarulzamil: Baca Al-quran selepas maghrib sampai Isyak atau lps subuh hingga terbit fajar hari-hari. Jgn tinggalkan solat sunat.
Mrs. Kamarulzamil: Buat solat hajat selepas solat fardhu kecuali selepas subuh & asar. Tak semestinya 1/3 mlm. 1/3 mlm tu yg afdal.
Mrs. Kamarulzamil: Kurangkan berckp yg bukan2. Semasa memasak pun kena hafal pelajaran medic. diulang berkali-kali n never miss any words.
DR.SITI NUR ALIA: hurm...very tough~ [sigh]
Mrs. Kamarulzamil: Samalah mcm mereka yg buat hafazan. Bukan senang nak hafal 30 juzuk kecuali mereka yg gigih dan bertekad serta berusaha bersungguh-sungguh disamping tidak jemu berdoa.
Mrs. Kamarulzamil: Kalau berdoa tu kenalah betul-betul. Minta Allah permudahkan Yong mengingat dan menuntut ilmu (asalkan ilmu) yg memberi menfaat. Hanya Allah sahaja yg memberi penentuan.
Mrs. Kamarulzamil: Lg pun Allah berfirman, mintalah ... aku akan memperkenankan permintaan hamba-hambaNya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah.
Mrs. Kamarulzamil: So ... sucikan hati, kuatkan tekad dan azam. Ingat nawaitu Yong dulu dan cari kekuatan dan kemahiran dalam menuntut ilmu.
DR.SITI NUR ALIA: insyaALLAH mak..
DR.SITI NUR ALIA: :)

Mrs. Kamarulzamil: Kekadang teknik kita belajar tak betul, itu yg kantoi. Jgn sesekali kurang senang atau benci dgn guru/lecturer kerana ianya akan pull you down. Anggaplah kesusahan itu cabaran.
Mrs. Kamarulzamil: Ramai orang susah .... lihat kekawan Yong di SMASKP dulu (spt xxxxx dll). Tp Alhamdulillah mereka tabah dan telah berjaya ke menara gading.
Mrs. Kamarulzamil: Kesusahan ini ada bermcm-mcm, ada disbbkan RM, ada disbb keluarga yg berpecah belah, ada disbb masalah keluarga dll. Kita boleh dianggap beruntung sekiranya kita tiada mempunyai masalah berkenaan.
Mrs. Kamarulzamil: Kita akan merasa rugi sekiranya permasaalahan berkenaan adalah disebabkan oleh sikap kita sendiri. Kita perlu cekal dan bersungguh mencari kelemahan dan kekuatan kita agar kita boleh move forward.
DR.SITI NUR ALIA: ...
Mrs. Kamarulzamil: Last jgn asyik melayan perasaan. Bercinta atau yg sewaktu dgnnya kerana ia akan mengganggu fikiran dan penghalang kpd kejayaan. Cintailah Allah kerana Allah akan mengkotakan janji-janjiNya.
DR.SITI NUR ALIA: err....I got what u mean...
Mrs. Kamarulzamil: Baca balik artikel yg emak hntr pd Yong dulu mengenai Anak Pelarian Kampuchea vs Anak Malaysia, Tidak sekolah tapi masuk u dan Sesusahan mengajar erti kejayaan.
DR.SITI NUR ALIA: ok...
Mrs. Kamarulzamil: Kalau Yong baca kisah Syed .... Al-Bukhari ,millionaire Muslim di Msia, lagi sedih. Dia dulu tak dpt sekolah sbb miskin dan kerja menjaga lembu/ kerbau. Tp sekarang jutawan ke 8 atau 10 di Msia. Kawan emak dulu-dulu pergi Mesir buat Medic, semua 100% lulus termasuklah yg very-very pendiam n tak banyak cakap.
Mrs. Kamarulzamil: Sekarang mereka dah jd ketua Pengarah di Hospital2 Kerajaan. Ingat apa kata Makcik Ana; nak jadi Doktor kena PANDAI dan RAJIN. Ingat tak?
Mrs. Kamarulzamil: Ptg tadi singgah rumah kawan abah di Puchong (Yong ingat rumah tepi tasik yg buat rumah terbuka PAS dan jumpa Madam Fizik yong dulu). Anak sulong dia lepas DQ baru jer pergi Mesir pd 10/09 bawah tajaan JAIS. Dia pergi ke Shubro (ambil Qiraat).
Mrs. Kamarulzamil: Anak ke 2 di KUIS Bangi buat Syariah & undang2, ke 3 dan 4 SAMBEST (tkt 4 n tkt 1) n ke 5 darjah 2.
Mrs. Kamarulzamil: Mak harap Yong jgn terpengaruh dgn keadaan sekeliling
DR.SITI NUR ALIA: mksud mak?
DR.SITI NUR ALIA: pngaruh ape?
Mrs. Kamarulzamil: Mak harap Yong jgn terpengaruh dgn keadaan sekeliling Yong, kerana Yong mempunyai misi dan visi yg sukar laluan untuk mencapainya sekiranya di buat sambil lewa.
DR.SITI NUR ALIA: pngaruh ape yg mak maksudkan
DR.SITI NUR ALIA: yong x fhm..
Mrs. Kamarulzamil: Maksud emak, terpengaruh dengan situasi org kahwin ler.
DR.SITI NUR ALIA: mak ckp pasal kahwin la ye?
Mrs. Kamarulzamil: Kawan-kawan emak dulu kahwin juga semasa study, tp bila dah tahun 3-4. Bila dah mantap.
Mrs. Kamarulzamil: Kalau yong accept offer syariah/ usuluddin dulu-dulu, kalau nak kahwin tu tak per lah. sbb pembiayaan tak banyak.
Mrs. Kamarulzamil: Ini Yong fikirkanlah USD 7000 = RM 25,000 setahun x 6 tahun = RM 150,000 equivalent sebuah rumah.
Mrs. Kamarulzamil: Jd ckp dgn kekawan lain yg sewaktu dgn Yong, belajarlah dengan tekun dan lupakan kesenangan /keseronokan yg sementara kerana pembiayaan duit emak bapa atau Baitulmal (duit rakyat/umat Islam) yg bnyk digunakan utk pembiayaan.
Mrs. Kamarulzamil: Belakang parang kalau diasah SETIAP HARI, Insya Allah akan tajam juga. Inikan pula akal manusia.

Mrs. Kamarulzamil: Mak nak yong fokus dlm pelajaran. Klu mak tak ada nanti siapa nak biaya Yong?
DR.SITI NUR ALIA: mak marahkn yong?
Mrs. Kamarulzamil: Tak marah, tapi disappointed sikit, sbb mak tahu Yong tak fokus. Hati/fikiran berbolak-balik. Bawalah doa (mak tak ingat doa tu) agar Allah tetapkan hati kita dari berbolak balik.
DR.SITI NUR ALIA: ya muqallibal qulub..sabbit qulubana ala dinik wa ala to'atik
DR.SITI NUR ALIA: whai pmbolak balik hati..teguhkanlah hati2 kami dalam agama dan ketaatan kepadamu.
Mrs. Kamarulzamil: Yong physically, fighter (tough) tapi emotionally Yong tak kuat sbb EQ Yong kurang. Unlike Izzaty, physically dia tak tough, tp hati dan azam keras. She can make a come back. Dari straight B's boleh dapat 3A, 7B dlm SPM. Kira oklah tu. Dia ambil tuition pg, ptg siang mlm
Mrs. Kamarulzamil: Tuition Kasturi, PAKSI, TNB dan miss Naire. Dia tak complaint penat atau susah.
Mrs. Kamarulzamil: Sekarang kt IIC, Account dia dapat 2nd highest in class.
DR.SITI NUR ALIA: mak.. I dont have the opportunity like her..tuition etc..
Mrs. Kamarulzamil: You have the best school. Unlikely her, the school couldn't be bordered. Nak pass ke atau tidak.
Mrs. Kamarulzamil: If she were still at SAMTKKB, maybe the result will not be as what she got.
Mrs. Kamarulzamil: Allah has given you the BEST CHOICE. The school ABIM, SMASKP have given the best education compare to Izzaty.
Mrs. Kamarulzamil: Who's on earth expected you to be given a chance to study in Egypt in Medic. Even 9 -10As student didn't get a chance like you.
DR.SITI NUR ALIA: yes..
DR.SITI NUR ALIA: I wish I wud say the same thing..
Mrs. Kamarulzamil: What you have to do to thanks Allah for what He has given u and fully utilised the opportunity that has been given to u.
Mrs. Kamarulzamil: Like Prof Razali said, only people with interest and put more effort can succeed. Though you may get 10As, but if you have no interest or do not put an effort, you will not succeed.
Mrs. Kamarulzamil: I've talk to Hana, she said, 1st year was tough since she's not familiar with the system. Now she's ok. manage cope up with the study.
DR.SITI NUR ALIA: yela..hana dlu jayyid aje mse first year..n she do say this to me..if dia dpt putar balik mase..dia xmo amek medic..heh~
DR.SITI NUR ALIA: hana yg terer tu pn ckp cmtu...aiyoo..ssh la yong cmni
Mrs. Kamarulzamil: She said, study in Egypt is quite easy compare to those study in UK or Australia. Abg Meor langsung tak dpt balik sbb project tak menjadi-jadi. He has to sacrifice tak balik M'sia.

Mrs. Kamarulzamil: Mak ingat nak tidur lah jam dah 1:40 am. Besuk mak kerja.
DR.SITI NUR ALIA: ok mak..
DR.SITI NUR ALIA: errr...by the way..
DR.SITI NUR ALIA: just want to say... I LOVE YOU
DR.SITI NUR ALIA: I LOVE YOU with ALL MY HEART
DR.SITI NUR ALIA: mak.. I wish u were here
DR.SITI NUR ALIA: tgk my life kt mesir ni
Mrs. Kamarulzamil: So refresh you mind and heart. Think clearly with open mind and open heart. You gotto put 1001 effort and strive hard.
Mrs. Kamarulzamil: Tinggalkan yg harus n makruh. Buat yg fardhu dan Sunat dulu.
Mrs. Kamarulzamil: Bila mind and heart dah stable, maka bolehlah buat yg fardhu Kifayah pula. We must give priority in life and take one at a time.
Mrs. Kamarulzamil: Jgn jdkan kesusahan satu penghalang kpd kejayaan. Semua orang susah, cuma mereka yg tahu bagaimana nak menghadapi dan mengatasinya akan merasakan ianya senang.
Mrs. Kamarulzamil: Bukan senang nak senang. Tp kita tidak perlu bersusah payah untuk susah.
Mrs. Kamarulzamil: Don't worry, Allah is always with u as long as u remember Him all the time (dalam senang n susah).
Mrs. Kamarulzamil: Kalau kita mengingati Allah semasa SENANG, Allah akan mengingati kita semasa susah. Berlapang dadalah denganNya.
DR.SITI NUR ALIA: ok mak..tq
Mrs. Kamarulzamil: Bnykkan bermunajat kpdNya. Sebelum baca buku tu bacalah doa-doa yg boleh menguatkan ingatan. Jgn fikir benda yg tak mustahak dan tak penting untuk difikirkan.

Mrs. Kamarulzamil: Jgn lupa hntr penyata expenditure Ogos & Sept tau!
DR.SITI NUR ALIA: ha ye
Mrs. Kamarulzamil: Yong JAIS dah bagi RM 5000. Dah lah kira bagus lah tu.
DR.SITI NUR ALIA: baik lah
DR.SITI NUR ALIA: iyer baik.~~
DR.SITI NUR ALIA: oh ye
DR.SITI NUR ALIA: nt yong bg offer letter dr IPT
DR.SITI NUR ALIA: bru td doc kuarkn utk student baru..so yong mintak utk yong skali
DR.SITI NUR ALIA: mne tahu boleh minta mane2 tajaan dgn offer letter
DR.SITI NUR ALIA: btul x?
Mrs. Kamarulzamil: Iyer. Study hard ok. Jgn banyak ragam. Yong ada ramai adik-adik. Penat mak
DR.SITI NUR ALIA: huhu
DR.SITI NUR ALIA: ok mak
DR.SITI NUR ALIA: syg mak
DR.SITI NUR ALIA: muah3
Mrs. Kamarulzamil: oklah dah jam 2:00 pg. Mak nak tido.
Mrs. Kamarulzamil: Illa liqa maas salamah.
Mrs. Kamarulzamil: Study .................hard & smart. Be good to your prof and ambil hati mereka.
Mrs. Kamarulzamil: Doa pd Allah


_________________________________________________________________

[SPEECHLESS]
---> mode sekarang~

Wednesday, September 17, 2008

emak dan email :)

Nature
Assalamualaikum Yong,
Izzuddin & Tajuddin telah selesai UPSR, tinggal PSRA yg akan diadakan pd 22 - 24/09/2008.
Td pergi SJMC, medical check-up Izzuddin & Tajuddin. Looks ok.

Sekarang kalau dapat 5A kena duduk Aptitude Test untuk ke SBP. Mak minta SBPI (aliran agama). Tak tentu dpt. Saingan banyak.
Bulan posa ni banyak ujian .... sibuk hal-hal duniawi (kerja, anak-anak, urusan rumah dll), masa yg terhad, berebut untuk mendapat ganjaran daripadaNya dll. Cabaran dan dugaan memang banyak untuk mengalihkan fokus kita dari mengingatiNya kpd perkara lain yg tidak begitu penting.

Jd jgn terpedaya dgn hal-hal duniawi. Kejarlah urusan Allah yg sememangnya amat luas dan banyak ganjaranNya di bulan Ramadhan ini. Jgn hijabkan keistemewaan Lailatur Qadr dengan pergaduhan kecik. Allah kita memberikan keistemewaan dan rahmatNya pd mereka yg memutuskan siraturrahim (ingat 2). Perkara kecik jgn dipanjangkan, segala pemberian mesti ikhlas dan jgn diungkit-ungkit kerana ia akan merugikan (sifar nilai). Bantulah sesama kekawan n sahabat kerana Allah akan membantu Yong dalam segala urusan.

Berdoalah dan dekati diri dengan Allah, agar Allah mempermudahkan segala urusan Yong dalam pelajaran & urusan lain.
Sewaktu stress atau tension, avoid berbicara dgn orang lain. Sbb akan menyakiti orang lain atau diri sendiri.
Belajarlah bersabar, kerana sabar itu se 1/2 daripada Iman. Jgn ingat kita shj betul, kerana kekadang ianya merupakan satu kebetulan.

Kita dtg ke bumi Anbiya dgn nawaitu yg murni dan menfaatkan bumi Anbiya dgn mendekati diri kepadaNya.
Banyak bermuhasabah diri, tanam semangat jatidiri utk belajar dan perhambakan diri kpdNya semoga hidup sentiasa diberkati.
Setiap orang ada jatidiri masing-masing. Belajar menghormati diri sendiri dan orang lain. Jgn terlalu emosi, sbb kita akan rugi.

Ikut hati, mati. Ikut rasa, binasa.
Salam sayang daripada Emak seisi keluarga. Illa Liqa' maassalamah.

Siti Zaleha binti Syed Sa'ari
Ketua (Quality Assurance),
Pejabat Ketua Maklumat, Bahagian ICT
Tenaga Nasional Berhad
Tingkat 38, Menara TM
Tel : 03-2246 6032/ 019-7126021 Faks : 03-2246 6122

Sunday, June 29, 2008

sekadar berkongsi apa adanya~

[diterima menerusi email]-syukran pd sahabat yg mengirimnya~!

Assalamualaikum wrth.

Kepada sahabat yang... Single/Solo/ Kesepian. ......

Cinta layaknya seperti seekor rama-rama, semakin kalian mengejarnya, semakin jauh ia terbang meninggalkan kalian. Biarkan 'rama-ramamu' terbang kemana saja ia suka, siapa tahu, bila ia lelah dan tidak sadar akan kewujudanmu, ia bakal mengibaskan sayapnya kearahmu, menumpang teduh dari panas hujan badai duniawi dalam keadaan yang kau tidak sangka. Mungkin saja 'rama-rama' yang kau kejar itu, bukan 'rama-rama' yang Allah peruntukkan buatmu..

Cinta bisa membuatmu bahagia, tapi most of the time, cinta itu sifatnya melukakan. Digenggam kau luka, dilepas kau hiba. Cinta cuma membahagiakan, bila ia dikembalikan pada Allah, dan dicurahkan pada yang berhak. Jangan terburu-buru, perlahankan rentakmu, semoga Allah mengetuk pintu hatimu dengan cinta yang tulus. Ameen ya Rabb........


Dan lagi.. siapa tahu, cinta itu tidak sampai-sampai kepadamu, kerana mungkin kau tidak mampu memikul beban cinta, itu petanda Allah sayangkan dirimu. mungkin saja Allah ingin mengelakkan kau terjerumus dari maksiat2 cinta yang banyak menyebabkan manusia dihumban kenerana Jahannam.. Naudzubillah. ..


Kepada sahabat-sahabat yang.. "Not So Single"/"Sudah Berpunya"


Cinta itu satu ujian. Selamanya anda bercinta, anda diuji dengan ujian-ujian yang getir. Anda mungkin tidak menyedari kehebatan ujian yang Allah sediakan saat anda menyambut cinta seseorang. Tapi ketahuilah, pandangan mata, pengucapan kata, luahan hati, khayalan2 mu saat kau menunggu matamu lelap, lintasan2 perasaan yang halus, tiap angan-angan, setiap baris sms dan segala yang anda lalui bersama'nya' adalah satu ujian dari Allah. Bagaimana anda mengarahkan cinta yang Allah anugerahkan itu agar Dia tidak melaknatmu, agar cinta itu bebas dari noda dan dosa?


Jangan pernah terangsang dengan nuansa cinta romantisme dari barat. Setiap dari kita perlu menjawab dihadapan Allah kelak. Semoga cinta yang dilontarkan pada hati2 kalian bakal mendekatkan kalian pada Rabbul Izzati.. Ameen ya Rabb.....


Saat cinta itu ditarik dari kalam hatimu atau hatinya, ketahuilah bahawa ada hikmah disebalik segala perancangan Allah. Mungkin saja ALlah lontarkan sekelumit perasaan benci itu sebagai ujian, atau mungkin saja kerana dia bukan lagi jodohmu. Redhalah.. semoga Allah redha padamu.


Kepada sahabat-sahabat yang.. "Play Girl, Play Boy..."


Jangan pernah mengucapkan kata-kata cinta jika anda tidak merasainya.

Jangan pernah berkisah tentang perasaanmu yang indah tapi palsu, jika ianya tidak ada disana.

Jangan pernah menyentuh kehidupannya, jika yang kau niatkan hanya untuk merosakkan satu hati.

Jangan pernah membuatnya jatuh cinta padamu, jika kau tidak mampu menyambutnya.


Kepada sahabat-sahabat yang... Telah berkahwin..


Semoga Allah melimpahkan rahmat pada kalian dengan zuriat yang ramai. Semoga zuriat kalian bakal menjadi penyambung lidah Nabi, semoga jundullah kecil itu bakal menjadi para pejuang agama, meredah taufan menongkah arus. Semoga jodoh kalian berpanjangan, dan semoga kalian menjadi tongkat kepada pasangan-pasangan anda. Semoga segala khilaf didalam rumahtangga anda menjadi 'murabbi' kehidupan yang fana ini. Semoga lidah anda fasih memohon maaf dan bisu dari berkata kasar. Semga anda dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, serta diakhiri dengan pengakhiran yang baik.


Kepada sahabat-sahabat yang... Berpatah Hati/HeartBroken


Kelukaan hati cuma berlarutan/berpanja ngan.. selama mana anda membiarkan hati anda merasakan sedemikian. Kedalaman luka hati anda, akan berterusan selagi mana anda membiarkan pisau itu menancap hati anda. Cabarannya bukan saja bagaimana anda bangkit dari luka itu, tapi bagaimana anda melihat luka hati anda dari sisi yang lain, dan bagaimana anda mengambil pengajaran dan teladan dari apa yang berlaku. Biawak tidak akan jatuh pada lubang yang sama, Pisang tidak akan berbuah dua kali, melainkan jika anda benar-benar [SENSOR DC] dan tidak siuman.

Perasaan yang hiba, sendu yang berpanjangan, penyesalan yang menggunung, mungkin saja kafarah dari dosa-dosa yang anda lakukan sewaktu anda dibuai dengan perasaan cinta yang enak. Itu juga satu ujian, bagaimana anda berlapang dada dengan apa yang terjadi, dan bersegera kembali pada Allah dan muhasabah diri anda. Sabar itu adalah kunci segala pintu yang tertutup.

Kepada sahabat-sahabat yang... Naive/Tidak pernah bercinta/Ragu- ragu dengan Cinta....

Jatuh cinta, tapi jangan pernah bercinta. Keduanya beda, laksana langit dan bumi. Konsisten dengan perasaanmu, banyakkan beristighfar, dan jangan terlalu persistant. Berkongsi sejauh mana syariat Allah membenarkan, dan pintalah sejauh mana syariat Allah mengizinkan. Memahami pengertian cinta, bukan dengan nuansa yang disajikan dari musuh-musuh ALlah, tapi pengertian sebenar, dikembalikan pada Quran dan Sunnah. Saat cinta melacak rongga sukmamu, saat cinta merenggut ragamu, carikan pengobatannya didalam helai-helaian Qalamullah, bukan dari deretan sms. Obatnya ada didalam kisah-kisah cinta Rasulullah dan para sahabat, bukan didalam kisah-kisah cinta Romeo dan Juliet yang direka oleh sang kuffar.

Ingat sekali lagi, cinta itu satu anugerah, jangan pernah lupa, segalanya adalah UJIAN. Pegang erat Quran dan Sunnah, insyaALlah cinta itu tegar dan tidak membinasakan.


Kepada sahabat-sahabatku sekalian..


Doaku buat kalian, semoga anda dianugerahkan calon acuan Al-Quran, yang dengan cintanya anda semakin bersemangat, semakin gigih berusaha dan bekerja untuk Islam. Mungkin anda tidak berasa cinta padanya, tapi doaku, bukannya agar anda mendapat cinta seperti idaman hatimu, tapi agar kau mendapat cinta orang-orang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih dari cintanya padamu. Semoga cinta itu bisa menyelimutimu dari panas api neraka Allah.. Ameen ya Rabb

Fansuri


p/s: 'tak semua yang kita nak kita akan dapat, dan tak semua yang kita dapat ialah apa yang kita nak'

DIA nak kita bersyukur dengan apa yang DIA dah beri kepada kita..moga kita termasuk dikalangan mereka yang bersyukur~ ameen ya rabb~!

Assalamualaikum

Coretan anda?