kalau tak jelas sangat tulisan tu, tekan ctrl +, kalau rasa tulisan tu kecik sangat, tekan ctrl - ....mekaseh! enjoy your reading!

Friday, June 11, 2010

entry special ke-100

Bagi korang yang lahir pada tahun 1980-an, gambar-gambar berikut pasti akan mengimbau kembali zaman kanak-kanak yang penuh keseronokkan. Itupun kalau korang membesar bukan sebagai anak orang datuk datin lah. Kalau main piano, biola etc tu lain cerita. Huhuhu.

Apapun masa kecil memang seronok. Takde ape nak difikirkan. Main, main dan main. Makan minum semua tanggung. Hehehe.

lagi..

Bak kata Josh Lim founder Advertlets di Twitter, cerita Doraemon (alih bahasa) ni banyak membantu dia dan kanak-kanak berbangsa cina lain untuk bertutur di dalam bahasa melayu.

Update: Dash Yonkuro

Dash Yonkuro

Dan lain-lainnya? Polis sentri, galahpanjang, batu seremban, congkak, gasing, konda kondi, main cop tiang, gulu-gula 20 sen yang ada cincin tu, gula-gula warna warni 10 sen dapat 5 biji, ais krim pop yang boleh patah dua tu dan macam-macam lagi. Rindu kan zaman kanak-kanak kita? Hehe. Memang sekali je akan muncul dalam kehidupan. Oleh itu kalau kita dah ada anak, biarlah mereka lalui zaman kanak-kanak mereka dengan gembira seperti kanak-kanak lain (asalkan berbatas).

+ Article by Khai


Source: .ohtidak.com

Thursday, June 10, 2010

hmm

It’d be funny if your Mom was April, your friend was June and July meant sleepover. ‘Cause then “April, may June july?”

Friday, June 4, 2010

KU MAHU



Sesaat ku terkesima
Pada indah personamu
Sekilas kau senyum padaku
Ku larutkanmu dalam kasihku

Sesaat ku terpesona
Pada warna ceriamu
Sayangnya telah ku hidu
Semua paparanmu palsu

Indah impian cintaku
Namun realiti tak seharum
Yang ku impikan kerna
Cintamu tak sejati

Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan

Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Yang ditabur terdorong hawa nafsu
Semua yang kau beri tak bernadi dan tak kan menjadi erti

Selamanya takkan ku lupa
Kau ajar ku seksa
Kau pandai berkata-kata
Hingga aku derita

Selamanya ku berjaga-jaga
Tak sanggup ku terkena
Cukuplah sekali terluka
Kan ku ingat sentiasa

Indah impian cintaku
Namun realiti tak seharum
Yang ku impikan kerna
Cintamu tak sejati

Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan

Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Yang ditabur terdorong hawa nafsu
Semua yang kau beri tak bernadi dan tak kan menjadi erti

Aku bukanlah boneka mu
Ku tak rela dipermainkan
Lebih baik sendiri
Dari terseksa di tangan mu

Apa yang aku mahu

Indah impian cintaku
Namun realiti tak seharum
Yang ku impikan kerna
Cintamu tak sejati

Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan

Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Yang ditabur terdorong hawa nafsu
Semua yang kau beri tak bernadi dan tak kan menjadi erti

Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan

Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Yang ditabur terdorong hawa nafsu
Semua yang kau beri tak bernadi dan tak kan menjadi erti




Thursday, June 3, 2010

ditekan, tertekan, tekanan?



Sekarang ramai mempertikaikan kenapa ada sesetengah perempuan kawen awal walaupun tak habis belajar lagi.. lagi tertekan bila bakal suami baru kerja tak sampai setahun. kesian perempuan itu sebab tak dapat sokongan kawan2.. kalau ye pun tak suka jangan la serang perempuan itu habis2an. cakap perempuan itu rugi la, tak puas enjoy la, n yang paling best, "dah ready ke nak kawen? baru setahun kenal."


mesti perempuan itu sedih sebab kawan rapat sendiri makin jauh dari dia sejak dia cakap dia dah nak kawen. kawan2 lelaki pulak terus tak berani nak tegur sebab takut tunang perempuan itu marah padahal mereka ok je. yang lagi sedih bila ada orang tak suka dengan berita gembira perempuan yang akan kawen di usia muda ni. tak suka sebab mereka kata perempuan ini suka la dah ada orang tanggung.. kalau macam tu kawen la awal jugak. lagi tertekan kalau perempuan itu tak memberitahu kawan2nya yang dia dah bertunang..


perlu ke kenal lama2 pastu baru kawen? memang la perlu.. tapi kalau dah takdir jodoh seseorang itu datang cepat sebelum sempat kenal lama2, perlu ke kita tolak takdir? takdir kamu tak sama dengan takdir orang lain. jangan samakan diri kamu dengan orang lain. jangan kata "ko kenal dia tak sampai setahun dah bertunang, pastu mesti la dah nak kawen. nanti ko menyesal sebab tak kenal hati budi dia..." personally, kalau nak ikut kenal dulu hati budi sebelum kawen, sampai mati pun kita tak kan boleh kenal seseorang tu sebab manusia berubah.. bukan skeptikal tapi tak kan dah kenal 3,4 tahun baru boleh nak kawen? nak kawen bila2 masa pun boleh asalkan dua2 pihak dah ready. memangla kamu dah kenal pasangan kamu 2,3,4 tahun, tapi jangan konfiden sangat yang kamu dah faham dia 100%.

apa2 pun kat sini tak salah kawen cepat atau lambat, tapi jangan kondem keputusan orang kalau ia tak kena dengan 'cara' awak. jangan letak syarat kat orang lain.

p/s: ada orang kata tunang tak elok kecoh2, si lelaki kena dah ada kereta, rumah dan harta sedikit baru boleh masuk meminang, si perempuan kena pandai masak baru boleh kawen, kalau nak dengar semua kata orang, tak boleh hidup la cam ni.

**************************************************************************************

copy dr blog chinut, semoga kamu kuat!! benda ni biasa la dialami oleh orang macam kita. aku pun ade lalui benda camni.. tapi apa-apa pun, ALLAH knows! ;)

quote: 'Aku akan jaga hubungan dengan manusia.Tetapi aku tidak akan sesekali mencari redha manusia.redha nas ghayah la tudrak (redha manusia matlamat yang x akan kamu capai)-imam syafie. nak jaga hati semua orang takleh.jd, buatlah sesutu yang Allah redha, walaupun manusia tak suka. jangan buat yang sebaliknya.. :)


kebahagian sebenar ialah apabila diri rasa dirahmati oleh Allah...bkn apabila diri rasa disayangi oleh manusia sbb kasih syg manusia ada pasang dan surutnya~

Friday, May 28, 2010

Thursday, May 27, 2010

Projek sepanjang bulan 5





Meehun hongkong ke singapore ni eh? lupa laaa~

bubur lambuk~ [add topping serunding daging yg sedappp]

petai fresh dari ladang~ udang sambal Malaysia~ tempoyak bilis..pergh!

mee mamak + udang yang diculik dari sambal udang Malaysia~

ghuti/roti yg inti sosej tu...2kg tepung dapat la dlm 80 biji~

before bakar
storage (^_^) makan sarapan esok! jom~



oh macam ni rupanya~


thanks pada Hafizah Iffah sebab forward benda alah ni through email..ehehe :D

For those wondering where flight attendants rest during their crew rest, here's the answer..


BOEING 747 - 400



KLM Airline



Airbus A340

Boeing 777


SQ


SQ - with inflight TV and telecomunication


Canada Airline


and Air Asia.....!?

Ssssssssssssshhhh~ Don't laugh too loud~
you might wake her up...~!!! hehehe





Tuesday, May 25, 2010

yummy-yummy dan mesti cuba!

ni copy paste dari mak kepada kawan sekolah dulu, mohd basyir hamirdin.

best sangat resepi ni..so takut entry asal ilang jadi terus wat copy and paste ni..ehe :D nanti saya akan buat ye auntie!!

***********************************************************************

Bahan A
600 gm tepung HP
100 gm gula halus
20 gm susu tepung
6 gm garam
6 gm bread improver
11 gm yeast (1 peket mauripan)

Bahan B
285 gm air
1 biji telur
1 sudu kecil butter vanila

Bahan C
60 gm butter

Hiasan
Hotdog
mix vege
mayonis
cili sos


Masukkan bahan A ke dalam mangkuk adunan. Gaul sebati. Masukkan bahan B, blend slow speed selama satu minit. Masukkan bahan C blend high speed selama 20 minit. Guna pengadun roti ye. Kalau nak uli pakai tangan boleh juga tapi tak gerenti adunan tu menjadi lembut. Lagipun, umangai.. longoh lah tangan..

Bila siap, keluarkan adunan dan bahagikan adunan kepada beberapa biji bebola seberat 50 gm setiap satu. Lebih kuranglah. Bentuklah sesuka hati. Biar adunan kembang (lebih kurang satu jam). Bila sudah kembang, sapu permukaan dengan campuran telur dan air. (sebiji telur dan air di kocok2 dulu). Taburkan mix vege. Picitkan sos cili dan mayonis. Kalau suka taruk cheese.

Semalam aku malas nak bentuk apa-apa, aku letak je dalam bekas ni. Dalam dough itu aku telah letak hotdog seketul.

Aku masukkan dalam oven sehingga 3/4 masak, kemudian keluarkan dan aku parutkan cheese.
Masukkan semula ke dalam oven dan jadilah macam ini bila dikeluarkan.


Atau boleh juga letak dalam bekas ini.


Masukkan ke dalam oven dan bila keluar jadi begini


Atau aku masukkan hotdog seketul dalam dough dan aku bentuk begini dan keluar oven seperti ini.


Bila masak, aku sapu permukaan dengan mayonis dan kemudian aku lumur dengan chicken floss atau serunding ayam. Jadilah begini:

Coretan anda?