kalau tak jelas sangat tulisan tu, tekan ctrl +, kalau rasa tulisan tu kecik sangat, tekan ctrl - ....mekaseh! enjoy your reading!

Monday, March 30, 2009

TERAPI MUSIM PERIKSA!

sharing the information from the perubatan_mesir@yahoogroups.com

TERAPI PERNAFASAN UNTUK SAKIT KEPALA & KELETIHAN


Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas? Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bedanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin).

Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh.

Jika anda merasa lelah, tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Lakukan ulang-alik. Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas, lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin. Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga cepat sekali marah.

Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat? Sebelah kiri atau kanan? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat lelah. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, anda akan merasa segar kembali dengan cepat. Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa.

Saya biasanya merasakan sakit kepala dan rasanya perit. Kemudian saya berjumpa doktor dan beliau bergurau, "Anda akan sembuh jika berumah tangga!" Doktor itu tidak bicara kosong. Apa yang dia sampaikan adalah berdasarkan teori dan testimoni. Selama itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya mengambil ubat tetapi tidak sembuh. Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri . Dalam kurang dari satu minggu, sakit kepala saya sembuh. Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu hingga sekarang, sakit kepala saya tidak berulang lagi.

Ini adalah pengalaman saya sendiri. Nasihat saya, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut. Ramai orang telah mencuba dan berhasil. Ini adalah terapi alami, tidak seperti makan ubat yang dalam jangka panjang memungkinkan kesan sampingan. Jadi kenapa anda tidak mencubanya? Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.

Yang paling utama, jika ingin bunuh diri, cubalah menutup kedua-dua lubang hidung anda (sebelah kanan dan kiri) dan lakukan kira-kira 2 jam, maka anda tidak akan merasakan apa-apa sakit lagi selepas itu.

Monday, March 23, 2009

Bahagia.

bahagia itu dari dalam diri

kesannya zahir rupanya maknawi

terpendam bagai permata di dasar hati

bahagia itu ada pada hati

bertakhta di kerajaan diri

terbenam bagai mutiara di lautan hati

bahagia itu ada di jiwa

mahkota disinggahsana rasa

bahagia itu adalah suatu ketenangan

bila susah tiada gelisah

bila miskin syukur pada Tuhan

bila sakit tiada resah di jiwa

bukankah Tuhan telah berfirman

ketahuilah dengan mengingati Allah

jiwa akan menjadi tenang

kebahagian itu suatu kesyukuran

bila kaya jadi insan pemurah

bila berkuasa amanah

bila berjaya tidak alpa

bila sihat tidak lupakan Tuhan

hakikatnya bahagia itu adalah ketenangan

bila hati mengingati Tuhan

semua insan kan mengerti

maksud terseni Ilahi

itulah zikir yang hakiki

bahagia itu dari dalam diri

kesanya zahir rupanya maknawi

terpendam bagai permata di dasar hati

bahagia itu ada di jiwa

mahkota di singgahsana rasa

bahagia itu adalah suatu kesabaran

Jadual imtihan ~~~ aiyoyoo

1st year schedule
10/5/09(AHAD) ANATOMY 10AM-1PM ORAL-12,13,14/5/09
19/5/09(SELASA) ENGLISH 10AM-11AM
24/5/09(AHAD) BIOCHEM 10AM-1PM ORAL-26,27/5/09
1/6/09(ISNIN) COMPUTER 10-11
7/6/09(AHAD) PHYSIOLOGY 10AM-1PM ORAL-9,10,11/6/09
23/6/09(SELASA) HISTOLOGY 10AM-1PM ORAL-25,26/6/09

2ND year schedule
17/5/09(AHAD) ANATOMY 10AM-1PM ORAL-19,20,21/5/09
28/5/09(KHAMIS) BIOCHEM 10AM-1PM ORAL-30,31/5/09
8/6/09(ISNIN) PSYCHOLOGY 11AM-1PM
17/6/09(RABU) PHYSIOLOGY 10AM-1PM ORAL-19,20,21/6/09
29/6/09(ISNIN) HISTOLOGY 10AM-1PM ORAL-1,2/7/09


3RD year
11/5/09(ISNIN) PHARMACOLOGY 10AM-1PM ORAL-13,14/5/09
21/5/09(KHAMIS) PARASITOLOGY 10AM-1PM ORAL-23,24/5/09
2/6/09(SELASA) MICROBIOLOGY 10AM-1PM ORAL-4,5/6/09
15/6/09(ISNIN) PATHOLOGY 10AM-1PM ORAL-17,18/6/09

all d best n lets strive for tamayyuz~

Sunday, March 8, 2009

Sudah Tibakah Saatnya?

Tengahari tadi, saya mengambil 2 biji pil Vitamin C 250mg. Sebagai langkah berjaga-jaga tidak mahu terkena selsema kerana lagi dua hari saya perlu menjadi pengacara majlis.

Sedang sibuk menyiapkan teks ucapan lengkap dengan gaya, saya ke dapur mencari sesuatu untuk dikunyah. Biasalah, musim sejuk memang terkenal dengan kelaparan yang mengganda. Tambahan pula saya tidak bersarapan pagi tadi.

*buka peti*
*sedih*
*tiada makanan yang boleh dimakan segera*

*buka peti bahagian frozen food*
*nampak udang*

*senyum*

Jadi, kesimpulannya, udang tersebut saya goreng bersalutkan tepung segera dari Malaysia dan kemudian saya makan dengan roti whole wheat (menu diet saya).

Cukup 4 ekor udang sudah saya telan, saya baru tersedar bahawa, selepas pengambilan pil vit. C, adalah mudarat jika diikuti dengan memakan udang!

Oppss... I did it~

Berikut adalah forwarded message yang saya pernah dapat lewat Yahoo Messenger tentang ambilan pil Vit.C diikuti dengan memakan udang.

[Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C !!. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.]

*diam*
*sebak*
*cakap dalam hati, nak mati dah ke aku ni?*

saya terus menaip kata kunci arsenik di skrin laptop dan berjumpa satu laman yang bagi saya amat berguna untuk panduan kita bersama.

klik sini

*tangan mengurut leher..kepala sudah terasa pening*
*diam*
*mungkin dah tiba saatnya*

izinkan saya pergi dulu...

p/s: kalau ada kesempatan dan umur yang panjang, saya akan terjemahkan ke bahasa melayu apa yang dipaparkan dalam laman berkenaan.

oh ya, saya sudah cuba makan telur 3 biji tadi (^_^) berkesankah ya?

YA ALLAH, SELAMATKAN AKU!

Tuesday, March 3, 2009

Aku dan kenangan!

Kaherah Tour! :

Pyramid Khufu dan *lupa* *gelak*


Batu Pyramid~ kerdilnya kami


Gembala unta.



Masa bersama family~


Masjid 4 mazhab~


Kubu Salahuddin Al-Ayubi, Kaherah


Masjid Amr Al-'As


Pacuan sewa kami, Avanza~


Pesta buku Kaherah!


Makam Anuar Sadat, Kaherah~


Tempat Anuar Sadat kena tembak~


Hussien~ Bazaar Khan El-Khalili


Asfour dan lelaki-lelaki itu~


Asfour~ kerlipan yang menyilaukan!


Nile Cruise, Cairo.


Sinai Explorer and Dahab Diver! :


Sinai : Bermalam di Fox Camp


Sinai Explorer~


Mak saya~!


Bulan! [dari tapak Uyun Musa]


Pancaran dari patung emas - Lembu Sinai!


Di puncak gunung! [SINAI]


Sinai : Ini abah saya!


Kenderaan Istimewa menuju Uyun Musa.


Muka penat~!


Hamam Firaun!


Bermalam di Dahab.


Kubu Salahuddin Al-Ayubi, Toba’


Wadi Arba’in


Iskandariah / Alexandria! :

Redah hujan~ [mcm doraemon ngn nobita!]


Ombak kuat di Alexandria~


Istana Raja Farouk, Alexandria


Kubu Salahuddin Al-Ayubi, Alexandria.


Meet my cousin~ Meor, rambut hang pasai pa lagu tu? *gelak*


ini orang malas yang hanya nak update blog dia! gambar tu dah menceritakan segalanya~!yeay~ (^_^)/

Sunday, February 15, 2009

URUSAN TERHAD



Seperti biasa..fatrah imtihan pelajar perubatan bermula kembali..

jadual exam adalah seperti berikut..

  1. ANATOMY - 15hb Feb
  2. HISTOLOGY - 18hb Feb
  3. PHYSIOLOGY - 22hb Feb
  4. BIOCHEMISTRY - 25hb Feb

tidaklah saya akan mengupdate blog slama tempoh ini~!!

[mak abah dan adik laki saya pula baru pulang semula ke tanah air]
update seterusnya ialah kisah penjelajahan dan pengembaraan kami sekeluarga ke Mesir since 1hb Feb - 14hb Feb.

selamat berimtihan untuk rakan2 sahabat sahabiah Perubatan Tanta

>DOAKAN KEJAYAAN SAYA YA!<

Monday, January 26, 2009

Tudung, tanda iman si pemakai~ [1]

DrAlia,
ana ingin bergongsi 1 masalah yg mmbelengu segelintir sahabat2 ana...background family yg xmengglkkn pmakaian yg mnutup aurat jge 1 punce untuk merke trs xistiqamah mnutup aurat....sedeh la,sat g ble dok asrama{jauh ngn fmily}mmg pkai tudung,buut...bile family dtg mlwat.. Astaghfirullah, {xtau nk pndg cmne g..} moge allah beri kkuatan pd shbt2 ana utuk tegar pd jalanNye..amin


-bissmi-


___________________________________________________________________



Menjawab permasalahan di atas,
memang banyak cabaran kepada umat islam skrg ni,lagi2 yang baru masuk U..terutama bagi yang bertudung,saya jua begitu even ramai kenalan saya bermula dengan bertudung labuh juga.memang labuhnya tudung tidak dapat memberi tafsiran sebanyak mana iman, TAPI ia adalah tanda tarbiyyah yang berkesan dan terkesan di jiwa yang menzahirkannya.

nasihat saya...
Sahabat,harungilah segala ujian, antara2 banyak2 org yang tertumpas dlm dunia,kita adlah yang terpilih untuk mengikuti sunnah sahabiah.Istiqomahlah! Usah berpatah kembali,kita dah berjalan ke hadapan,sgl ujian dan cabaran yang dihadapkan hanyalah ujian kepada kita agar lebih istiqomah dan menghargai ilmu agama kita.


Sebagai bekas pelajar sekolah agama, Tuhan telah menetapkan jalan kita menimba cintaNya agak sukar dari orang lain,ujiannya kuat.namun percayalah, walaupun susah namun kita mampu menjadi mawar2 mekar di Taman Islam.Lihatlah dari kaca mata dakwah dan tarbiyyah.Air mata wanita adalah fitrah, ia tidak salah untuk dicurah kerana mungkin dari situlah kekuatan datang, ianya tidak semestinya lambang sebuah kehampaan atau putus asa.Namun,hadapkan segalanya pada Khaliq.bukankah segala jalan Dia yang menetapkan?Bukankah segala penyelesaian ada pada Nya?Maka mintalah daripada Nya.


Biarlah saya berkongsi sesuatu moga mendapat manfaat darinya. Kata seseorang kepada saya ketika saya berputus asa ‘ Tarbiyyah tak selalunya mudah dan senang sentiasa.Kadangkala tarbiyyah dtang dlm bentuk kesusahan,dan itulah tarbiyyah direct dari Allah.Jikalau kita hanya fikir untuk keluar dan putus asa dalam dakwah,ibarat kita keluar dari kelas tarbiyyah yang Allah beri’.


Lihatlah dari sudut berbeza.Saya jua kadang kala ingin cepat keluar dari masalah, namun andai kita sentiasa cuba lihat hikmah dari setiap apa yang dihadapkan,kita akan tahu betapa besarnya Cinta Illahi kepada kita.Bersabarlah dalam menuntut tarbiyyah dan melaksanakan dakwah.Peganglah dengan kuat tali Allah, dan penawar atas segala2nya adalah YAKIN PADA ALLAH Wink. kekalkanlah pemakaian tudung sempurnamu..

jangan biarkan iman semakin tipis lantaran nipisnya kain tudung yang dipakai,
jangan juga biarkan iman semakin kurang lantaran singkatnya tudung kita..

Wallahu'alam..


si comel aisyah juga sudah pandai menutup auratnya!!

aisyah : saya menyeru acik2 smua tutuplah aurat ya~

P/s : label perkataan 'pelajar sekolah agama' itu adalah kerana yang bertanya itu datangnya dari sekolah agama jua. Tidak bermaksud untuk mengenepikan golongan yang bukan berasal dari sekolah agama kerana saya yakin yang bukan dari sekolah agama juga kadangkala lebih baik dari mereka yang bersekolah agama~! apa-apa pun, minta maaf untuk coret-coret kali ini..sekian dari mata keyboard saya..

Assalamualaikum (^_^)

Saturday, January 24, 2009

ZIKIR, sistem keamanan HATI!

jagalah hati..
jangan kau kotori..
jagalah hati..
lentera hidup ini..

Lagu biasa didendangkn di corong-corong radio. Kanak-kanak juga sudah pandai menyanyikan dan melagukan rangkap tersebut. Diikuti gaya menepuk dada dan disambung gelak tawa rakan-rakan.

Tetapi, sampai bila kita hanya pandai menyanyi tetapi tidak mempraktikkan setiap bait-bait lagu tersebut?? Usah hanya pandai berbicara tetapi usahanya tiada. Jangan jadi seperti burung kakak tua yang hanya pandai bercakap tetapi tidak memahami apa yang diperkatakannya.





HATI tempat jatuhnya pandangan ALLAH,

Jasad lahir tumpuan manusia,

Utamakanlah, pandangan ALLAH,

Daripada pandangan manusia!




MANUSIA

Kita bersyukur, memuliakan, dan berdo'a kepada Allah swt, kerana Dia telah menciptakan kita sebagai manusia. Kita dikelilingi oleh makhluk lain yang tak terhitung banyaknya dibumi ini, di lautan dan juga di angkasa, tapi hanya kita yang dianugerahi kelebihan dan kehormatan. Keldai bahagia menjadi keldai. Apakah kalian fikir keldai cemburu kepada anjing? Apakah sapi tidak bahagia kerana tidak menjadi kuda? Hanya manusia yang tidak bahagia dengan penciptaannya. Jika kalian dapat mendengarkan banyaknya keluhan yang diungkapkan manusia, saya mendengarnya setiap hari! Keluhan manusia yang tak berkesudahan… Dimanakah rasa syukur kalian? Tundukkan kepala kalian untuk bersujud! Jikalau kalian bersujud dari pagi hingga malam pun tidak akan cukup untuk mengungkapkan rasa bersyukur kepadaNya, DIA Allah yang Maha Kuasa.

Pada masa sekarang ini, banyak manusia tidak peduli. Allah mengajarkan kita dalam Kitab Suci Al Qur'an, bahwa siapapun yang menerima Muhammad salLALLAHu ´alayhi wa sallam dan menerima bahwa tidak ada nabi setelahnya. Nabi Isa ´alayhis sallam akan datang, tetapi beliau tidak akan mengajarkan hal baru. Beliau sebagai seorang pengikut Nabi saw, bukan yang diikuti. Hukum Suci Nabi Musa ´alayhis sallam, yang Isa ‘alayhis sallam ikuti juga akan berakhir. Syariat atau hukum kristiani akan berakhir, seperti juga dengan agamanya. Semua akan selesai.

Manusia terkadang menjadi lebih terhormat ketika dia meninggal, beberapa malah mengabadikannya dalam bentuk patung. Tapi apakah kalian tidak berpikir kalau patung-patung itu tidak dapat dibandingkan dengan yang telah meninggal? Tidak! Kristiani dan Yahudi berusaha memperkenalkan agama mereka sebagai sesuatu yang hidup. Tetapi Agama mereka telah mati! Tidak akan memberi dampak kepada mereka. Bahkan mereka memberi banyak nama gereja, tapi itu semua hanya ada dalam imajinasi mereka.

SYUKUR



Agama yang hidup adalah Islam. Dalam Kitab Suci Al Qur'an disebutkan:"Oh, suku Daud ´alayhis sallam, bersyukurlah, berikan rasa syukurmu." Kitab Suci tidak hanya menyuruh kalian mengucapkan syukur tapi juga memberi rasa syukur. Syukur yang dikeluarkan dari lidah, organ dan hati kalian. Siapapun yang ingin bersyukur kepada Tuhan, pertama kali harus mengucapkannya, memberikan syukur kepada lidah.

Lalu tubuh kalian harus bersyukur juga. Berarti; jagalah mata kalian dari pandangan yang buruk, jaga telinga kalian dari mendengar sesuatu yang buruk, jangan biarkan lidah kalian berucap kata-kata buruk, jangan pula biarkan tangan kalian mencuri atau mengapai yang dilarang, jangan biarkan kaki kalian melangkah ke tempat-tempat terlarang, jangan biarkan perut kalian dari kemasukkan makanan terlarang, jangan biarkan hati kalian tidak bersyukur dan jangan biarkan apapun hidup didalamnya kecuali Tuhanmu. Hati kalian milik Allah.

Itulah kesempurnaan Islam, karena Islam datang dari Syurga: jangan memikirkan hal-hal buruk, jangan mempunyai ide buruk atau maksud jelek, jangan buka hati kalian terhadap setan. Jagalah hati kalian! Dengan cara bagaimanakah kalian menjaga hati? Bahkan gedung bertingkatpun mempunyai sistem keamanan. Jadi, bagaimana dengan hati kalian? Proteksi bagi hati kalian adalah dzikir. Namun, banyak sekali manusia yang menolak kekuatan dzikir, mereka menentang Ahlil Sunna wa Jamaat . Bila kalian menyingkirkan dzikir dari Islam, maka tidak ada yang tertinggal. Seperti menyingkirkan semua bagian tubuh dan yang tertinggal cuma tulang belulang. Apakah itu berguna bagi kalian?

ZIKIR



Dapatkah kalian tidur dengan sebongkah tulang? Dapatkah itu membuat kalian senang? Jika kalian menyingkirkan zikir dari Islam, tidak ada yang tersisa. Tetapi, manusia yang berotak udang itu menyuruh kita tidak ber-zikir, walau Allah telah memerintahkan. Hati kita pun berzikir. Kita mempunyai lidah, mata dan telinga. Hati kita juga dapat mendengar, melihat dan berbicara. Semua perasaan kita ada disana. Jika hati tidak bekerja, manusia akan mati. Kita punya sebuah lidah dihati kita yang selalu ber -zikir. zikir yang dilakukan hati adalah, "Allah, Allah, Allah,...". Setiap hembusan nafas kita pun berucap, "Hu, Hu, Hu,..." zikir adalah proteksi yang kita miliki untuk hati. Ini sistem keamanan kita.

Setan memiliki sebuah tonggak. Bila-bila pun kalau hati seseorang tidak berzikir, setan akan menusuk tonggaknya ke hati dan berbisik. Jika seorang hamba berkata,"Allah", setan akan langsung mengangkat tonggak. Kalian harus berhati-hati dengan setan agar tidak memasuki pikiran, perhatian dan hati. Jika kalian tidak peduli, setan akan membawa kalian serta bersamanya. Kemanapun setan pergi, kamu akan ikut.

Apakah kalian pikir setan akan menuju syurga? Setan akan pergi ke neraka! Apabila hati kalian condong kepada setan, jika kalian tidak diproteksi dengan baik, maka setan akan membawa kalian ke neraka. Tidak satu pun yang mengikuti setan akan bahagia. Tak seorang pun pengikut setan yang hidup damai dan meraih surga. Bila seorang seperti itu meninggal, malaikat pengambil nyawa akan membawa jiwanya ke surga pertama.

Tetapi ketika kalian bersama setan, maka ketika Malaikat maut bertanya,"Siapa yang bersamamu?" "Lemparlah dia, karena dia datang bersama setan. Dia tidak dapat masuk Surga." Berarti, tidak ada kesempatan ke surga bagi pengikut setan. Orang-orang yang beriman, kalian hidup dalam negara dimana setan mendirikan pusat kekuasaan terbesar.

Hati-hati terhadap setan dan pengikutnya. Dalam perjalan ke sini saya melihat sebuah poster yang memuat seorang remaja laki-laki menawarkan narkoba. Tulisan yang tercantum, "Selamatkan kami, anak-anak kecil dari remaja laki-laki!"

Inilah negara tempat kita tinggal: sebuah negara bebas bagi setiap setan dan iblis. Lindungi diri kalian dan ikutilah jalan Allah, yang telah menunjuk manusia pilihan untuk kalian ikuti. Jangan mengikuti setan dan perwakilannya. Waktu telah habis. Jangan pikir kalau dunia masih ada lebih dari abad ini.

Berdasarkan hadith, Nabi Muhammad sallaLlahu ´alayhi wa sallam, yang mengetahui segala sesuatu tentang pengikut beliau hingga akhir zaman, memberitahukan, bila pengikut beliau tetap menjaga syariah, beliau akan menganugerahkan satu hari. Apabila pengikut beliau menentang syariah, beliau akan menganugerahkan setengah hari. Nabi Muhammad sallaLlahu ´alayhi wa sallam menjelaskan, itu merupakan perhitungan Allah, satu hari sama dengan 1000 tahun. Ertinya, para pengikut beliau, penganut Islam, akan berada dibumi hingga 1500 tahun. Tidak lebih.

Kita percaya apa yang dikatakan Rasulullah sallaLlahu ´alayhi wa sallam, yaitu hari akhir akan muncul. Abad ke 21 dalam kalender kristiani mendekat. Tapi saya rasa kita tidak akan sampai selsai pada abad 21. Waktu telah habis. Siapkan dirimu! Setiap manusia akan dipanggil Sang Pencipta. Tidak ada seorang pun yang hadir disini memiliki tempat tinggal permanen, semuanya hanya sementara. Allah-lah yang mengatahui hidup kalian lama atau sebentar, hanya Allah yang tahu. Setiap manusia berada dijalannya untuk mencapai akhir masing-masing.

Jaga diri kalian dan tetaplah di jalur Nabi Muhammad sallaLlahu ´alayhi wa sallam dan pengikut beliau. Itulah kesempatan kalian untuk selamat dari kemurkaan Allah. Jika kita mengikuti orang yang telah Allah tunjuk, untuk kehormatan mereka, mereka akan selamat. Kami tahu kalau ini situasi yang sulit di negara barat. Saran kami untuk orang muda untuk berada diluar pada siang hari, tapi jaga anak kalian berada dalam rumah setelah matahari terbenam. Semua orang muda seharusnya berusaha untuk tetap berada dirumah saat malam hari. Malam hari sangat berbahaya bagi anak muda. Tidak ada yang tahu apa yang terjadi diluar.

Siapapun ingin menjaga kepercayaan, kemuliaan dan kehormatan harus menentang kehidupan malam. Diamlah dirumah. Kehidupan malam gelap sangat berbahaya. Jika sesuatu datang, kalian akan menyesal. Semoga Allah mengampuni dan memberkati kita. Hanya sedikit yang bersyukur kepada Allah. Berusaha untuk menjadi bagian dari kelompok yang bersyukur kepada Tuhan, Allah yang Maha Kuasa. Bila Allah senang denganmu, Dia akan membuat kamu senang. Siapapun yang tidak berusaha membuat Allah senang, maka tiada apapun dan siapapun yang dapat membuatnya senang. Bahkan bila hujan emas terjadi siang dan malam, dia tidak merasa senang. Maka bersyukurlah! Jangan mengeluh. Biarkan Allah menuliskan nama kalian didalam daftar orang-orang yang bisa bersyukur.


sumber:
http://naqshbandibatam.org/keagamaan/artikel-dan-tulisan-islam/dzikir-sistem-keamanan-bagi-hati-kita.html

Coretan anda?