kalau tak jelas sangat tulisan tu, tekan ctrl +, kalau rasa tulisan tu kecik sangat, tekan ctrl - ....mekaseh! enjoy your reading!

Thursday, April 5, 2012

what fun today

aku buka hotfm melalui tabby tadi,
guess what, i find it funny when i heard new KFC commercial..
its a song from balik kampung but they changed the lyrics..
so it sounds soooooo waddde lol :-)
the thing is, some of the part of the lyrics is kind of promoting their new bucket family whatsoever,
saying oooo balik makan, ooo balik makan kfc bucket family..

right after the commercial,
hotfm sengaja mebi tak sengaja..
hot tips cakap 80% penduduk malaysia obesiti..
obes by eating junk food and oily food whatsoever (gua tak hafal la plak ayatnye kan)

okay..random i know :-P

tapi i take it seriously though..
walaupun gua diet pun cam hampeh,
gemuk tak hengat..
tapi soon insyaAllah i will..

I WILL REDUCE MY WEIGHT..

INI JANJIKU..
So, korangggggg DOAKAN yaaa

Sunday, April 1, 2012

untuk suamiku~

tajuk nak gempak aje kan :D haha

pic ni comel, so rase nak share :)
memang kita memandang langit yang sama.
tapi terpikir jugak, tengah2 dok mendongak langit,
agaknya, bakal suami pun tengah melihat langit ke?





p/s: jangan dok mengadap laptop je, nanti bakal suami pun dok mengadap laptop jugak...haha haruu :P




Tuesday, December 13, 2011

[kopipes] perempuan dan ikan

"Perempuan = IKAN"




IKAN SALMON
Bentuknya OK, indah, dagingnya pink muda dan enak dimakan.
Tapi sayangnya mahal, soalnya masih boleh diimport. Sesuai... ada nilai, ada kualiti....
INI WANITA BERKERJAYA.....






IKAN AROWANA
Kalo yang ini kalau di aquarium memperlihatkan kesombongan dan keangkuhan kerana tau tubuhnya indah, langkahnya lemah gemalai dan memancing mata.. nakal melihatnya di manapun dia bergaya.....
So pasti harganya mahal kalau ingin memilikinya....
INI PERAGAWATI
, CELEBRITY or keatas........




IKAN MAS KOKI
ini jenis ikan lumayan mahal, indah bentuknya, warnanya, dan lenggak- lenggoknya.
Sayangnya hanya boleh dilihat, dikagumi, tak boleh dimakan, kerana termasuk kategori ikan hiasan.....
INI BINI ORANG.......





IKAN BANDARAYA
Jenis ini murah dan selalu menempel di kaca aquarium.
Kalo sudah menempel, susah sgt nk lepaskannya.... mcm gam...
INI AWEK ALIM, ANAK USTAD nii......(sgt setia kpd suami susah senang ditanggung bersama..tidak mempedulikan hal org lain..yg penting kebajikan suami terjaga)





IKAN KELI
Kalo yang ini harganya murah, bisa dimakan dimana saja.
Banyak dijual di tepi jalan, harus hati-hati
INI AWEK TEPI JALAN........







IKAN PAUS
Ikan paus comel..nak dekat kadang2 takut..takut dia hentak kita..ikan paus juga sensitif jadi berhati2 la..ikan paus
IBARAT WANITA YANG OBESITI..(Kalau jenis paus pembunuh..paus ni nampak cantik..tapi paus ni ganas...orang selalu cuba2 nak pegang paus ni..tapi awasss...paus ini boleh la di ibaratkan sebagai perisik wanita yang cantik lagi mengiurkan... tak mustahil tulang2 kau leh dipatah2kan..)



IKAN BILIS
Bentuk dan rasanya gitu- gituuu... saja.
Selalu sedap dimakan kalau tidak ada sayur atau tidak ada lauk yang lain....
INI BINI SENDIRI....


P.S Gurau2 je..jgn sensitif sgt k..hehe


Sumber: http://kumbangjingga.blogspot.com/2011/11/perempuan-ikan.html

Sumber asal:Forum Indonesia

Tuesday, July 19, 2011

Tentang Doa

Dalam anggukan kepala tanda mengantuk, Fashihah tetap meneruskan bacaan doanya usai solat berjemaah kami maghrib semalam. Butir-butir yang dibacanya satu-satu ku ikut. Walaupun aku yang menjadi Imamah untuk solat maghrib, tapi aku belum bersedia mengetuai wirid selepas solat. Hakikatnya bukan belum bersedia, tapi sudah lupa. Bukan aku tak berdoa usai tiap kali solat, tapi belakangan ini, aku sudah lupa macam mana berdoa cara lengkap begini, akhir sekali ku praktikkan pun di UIA ilmu-ilmu yang sempat dicedok dari sekolah menengah. Datang ke Mesir dengan harapan makin bertambah ilmu dan amal, tapi aku karam di tengah-tengah, bila masalah hati datang tanpa diundang, aku jadi terlalu asyik dengan dunia, dan kemudian, aku sudah pandai berdoa dengan meminta tuhan mengabulkan segala permintaanku, aku sudah tidak mengamalkan lagi cara-cara berdoa yang sepatutnya. Tiap kali solat aku bukannya berdoa, tapi meminta. Meminta tuhan memakbulkan hajat-hajat aku. Ini yang aku sedari sekarang, bila aku kembali ke satu daerah yang mengingatkan aku pada aku yang dahulu. Pada aku yang pernah berdoa penuh kerendahan diri, pada aku yang tak jemu berdoa bukan dengan harapan meminta. Sedih mengenangkan diri aku yang sudah tersasar dari haluan yang aku inginkan. Menyesalinya sekarang bagiku sudah agak terlambat, namun aku positifkan diri, ini bukan masa untuk menyesali nasib, tapi untuk memperbaiki lagi diri. Mungkin inilah hikmah-hikmah yang aku tak nampak bilamana aku terpaksa mengulang tahun sesi pembelajaran aku. Mungkin tuhan mahu beri lebih masa padaku untuk mendalami lagi perkara-perkara berkaitan agama, berkaitan akhlak muslimah, dan banyak lagi. Aku mungkin masih berterusan meminta-minta jika tuhan terus-menerus memakbulkan permintaan aku. Tapi dengan sakitnya jatuh ketika kawan-kawan lain bergembira naik tahun, aku tahu nilai doa itu sangat tinggi disisi tuhan. Nilai meletakkan sepenuh pergantungan kepada-Nya sangat-sangat berharga.

Tentang Doa.

Beza antara doa dan meminta.

Meminta bermaksud memaksa tuhan mengabulkan permintaan kita, selalunya kita meminta apabila kita betul-betul terdesak, selalunya ini adalah last resort apabila segala yang kita rancangkan tidak menjadi kenyataan. Kita minta tuhan beri kita macam-macam, kejayaan, harta tapi kita lupa, meminta bukan satu jalan penyelesaian. Kita takkan pernah puas meminta.

Tapi bila berdoa, kita meletakkan sepenuh pergantungan pada tuhan, kita mohon tuhan berikan yang terbaik, semua keputusan pun tuhan yang akan tentukan, kerana Dialah sebaik-baik pemberi keputusan. Dan yang paling penting, berdoa ini bukan spesifik kepada sesuatu, kerana “barangkali perkara yang kita rasa baik itu sebenarnya buruk untuk kita, dan perkara yang kita rasa buruk itu sebenarnya baik untuk kita” [2:216]

Aku bukan orang yang layak hendak tulis begini macam, tapi doakan aku supaya sentiasa kembali kepada tuhan dalam susah dan senang. Aku mahu jadi hamba yang bersyukur tak kira masa bila dan dimana. Salam perkongsian J

Monday, June 27, 2011

duit oh duit


jumpa pic ni dari kekecohan yang melanda Malaysia ketika ni..but aku nk review benda ni bukan untuk compare salary orang biasa dengan PM, TPM, mahupun Agong dan yang seangkatan dengannya..[kroni2]




beberapa perkara yang aku mulai berfikir right after tengok pic ni. ohmaigod~

1. ni baru basic family [Omma, Appa, Daughter and Son] blum lagi mcm family aku sendiri yang terdiri daripada mak, abah, 6 adek beradek, bibik lagi~

2. ni dia buat RM3000, tapi aku kenal dan aku tahu beberapa individu yang aku rapat dan aku sayang, gaji parents below than that. dan adik beradik ramai juga.

3. ini bukan kehidupan di hutan, tambah-tambah family yang duduk di area bandar macam aku. tak kiralah, KL ke Selangor ke, harga bahan2 mentah korang ingat murah?

4. belum masuk part sakit pening nak beli ubat lagi. kalau masuk hospital berapa pulak kosnya.

5. part study tu, cuba bayangkan kalau macam situasi aku yang belajar uni tapi belum ada tajaan,aduhaai sakitnya.

6. rumah tu apartment, sampai bila nak duduk situ, anak-anak bertambah nak jugak duduk rumah sendiri.

7. kereta pun bukan setakat nak bayar monthly payment, rosak ke, langgar mana2, ataupun service la nak balik kampung..dah berapa pulak..

patut pun banyak yang hidup berhutang. kesian kan..macam mana nak ubah keadaan ni ya? hmmm

Friday, June 10, 2011

kenapa saya suka makan mee maggi





ENTRI KHAS SEMPENA HARI BAPA SEDUNIA.

kenapa makan maggi?
sebab setiap kali makan maggi,
akan teringat pada abah.
abah lah yang mengajar makan maggi ni.
walaupun mak bising-bising tak bagi makan,
abah tetap masak jugak.

pulak tu, di suanya ke mulut kitorang anak anak.
heaven okeh, gune chopstick pulak tuh..kah3 :D comel sungguh la..

mee maggi bahaya..ye, saya tau,
tapi kadang2 je pun saya makan :D
xpe kan :)
kan kan kan :)


MAK TAK MARAH KAN? :)

Friday, March 18, 2011

Egypt, here I come

haaaa, jap lagi nak naik bas dah. bertolak ke KLIA pas timbang2 barang kat masjid Shah Alam.

good bye malaysia!
mak, abah, zaty, hafiz, ainaa, izzuddin, tajuddin.............JAGA DIRI ok..

YONG SAYANG KORANG SEMUA!

via wifi masjid shah alam through my Nokia Express Music 5800.

Saturday, March 12, 2011

Port Dickson setelah 2 tahun

ya betul tu..
da lebih dari 2 tahun aku tak menyinggah ke PD.
pergh, air dia jernih dah..tak caya gi la tengok sendiri..
haha

cuti2 cmni seronok pandang je laut, dduk kat balkoni tambah angin sepoi-sepoi..
mak dapat kondo TNB untuk 3 hari 2 malam. 11, 12, 13hb Mac.
semalam sampai2 je terus check in dan siapkan dinner.
then karaoke sejam dengan abah n hafiz..hahaha lagu2 zaman abah jelaaa ktorg nyanyi :D

td pg2 bgun trus get ready mandi laut, then g swimming pool plak masa air dah makin surut.
balik2 trus rasa macam kembong air :D arghhh!
mak ckp mak ada meeting esok, so kena balik malam ni..

oh ye, bru2 ni UMNO ada bagi duit RM500 untuk duit saku sempena evakuasi,
spend RM100 cmtu untuk blanja family makan..
then hantar mak smpai kat kereta. zaty n hafiz ikut balik jgk, ada kerja.
so tinggal lah twins, ainaa aku ngn abah. esok ingat nak mandi lagi lah before balik..hhahahaha :D

p/s: aku da tau tarikh balik ke Mesir, iaitu 18hb Mac ni. mebi tak update dak pasni! urgh..busy2

Sunday, March 6, 2011

bye2 malaysia

lama gila tak update blog..pas balik dari Kelantan aritu, busy kemas n prepare barang-barang untuk balik ke Egypt :(

gambar-gambar bejalan2 sekitar kelantan pun terpaksa hold dulu. sapa yang ada FB, boleh tengok kat FB je. sebab kesuntukan masa nak upload kt blog :D

ahhhhh korang bawak barang apa je untuk balik ke Mesir?haaaa? cube kabor sket!

Friday, February 25, 2011

dia yang kurindu

akhirnya.
YEAH YEAY YEAH :D

mak cakap, mak nak support tiket pegi balik ke Kelantan via AirAsia.
apa yang best?
korang tanya apa yang best?
eiiihh, korang tak tahu keeee??
I pegi KELANTAN ni sebab nak jumpa my sweetheart..
yela, my sweetheart yang chubby manja nakal cerdik bijak comel dan lain lain lagi.

tak lain tak bukan, Aisyah Humaira'

mesti dia rindu I jugak..hahaha yela, I yang jaga dia masa dia kecik..


comel kannnn!

jangka tarikh pegi 27, 28 feb, 1 dan 2 mac. kira 4 hari 3 malam.
tentatif tak tahu lagi.

p/s: tiba-tiba zaty ngn ainaa [both my sis] cakap nak join jgk..mak pulak cakap okay..aihh ni la akibatnya cerita tentang aisyah ni banyak sangat..semua orang da jatuh sayang dgn dia.. xpela, asalkan Aisyah sayang acik Alia jeeee :D hehehe

Thursday, February 24, 2011

Malaysia - Outing dengan Safya


okay everybody.
best thing do happen.
and for my case, semalam seharian bersama my bestie Safya Sani sampai arini, memang cunns..
haha.

Etceli mula-mula Safya cakap housemate dia Lina akan turun from Penang untuk buat Visa. So, Safya ajak aku join sekali. dapatlah kunun jadi drebar tak bertauliah kejap. lagipun Safya datang dari Johor kot. Orang-orang jauh ni, memang kena bersambut :D so, plan nak g buat Visa kat kedutaan Mesir ditetapkan pada : 23hb Feb bersamaan hari rabu

Alih2 last minute [malam sebelum projek g wat visa] Lina cakap tak dapat join, and since Safya dah pun sampai ke KL, kitorang proceed jugaklah ke Jalan Rhu. Risau jgk tak dapat masuk Mesir kalau tak ada Visa.

ajak my sis Zaty untuk teman. tQ ye Zaty. haha



Fetch Safya kat LRT Abdullah Hukum, then terus gerak gi kedutaan Mesir. pakcik yang garang semacam tu cakap kitorang kena isi borang lengkap2 dulu baru submit. so patah hati tak dapat settlekn Visa, and kitorang blah camtu je. hajat dihati nak jalan2 tapi mak cakap mak kena g Bangi so drop by TNB Bangsar [ye, kat LRT Abdullah Hukum tu] then mak bawak kitorang g makan.perghhh sedap okay makan kat kedai tu..apetah nama dia, Safya pun enjoy je makan ikan dia sampai mak cakap "kuat jugak kamu makan" hahahaha :D

pastu gerak balik Subang, and mintak izin abang Safya yang duduk kat Puncak Jalil supaya bagi kebenaran Safya sleep over kat umah aku. yeayyy berjaya :D

paling best, malam tu ada pulak ceramah kat surau rumah aku, sempena maulidur rasul, rezeki la Safya dapat makan-makan lagi malam tu + sambal belacan favourite dia. makan je banyak, gemuk nye tidakkk..jelesshhh betul aku.

Kitorang plan gi kuar tengok movie esoknya [ye, arini ye puan-puan]
cube teka cerita ape~~ hahaha ok cerita 18 tahun keatas :D
~NO STRINGS ATTACHED~
kat sunway pyramid je, sebab pas tengok movie nak hantar Safya balik.
jammed teruk okeh, sebab orang balik keje.




dekat gila rumah abang Safya dengan umah kitorang, so balik2 dari hantar Safya,
here I am, updating my blog.
dan mengantuk gila.

okay dah terbabas menaip..Goodnight everyone!

Sunday, February 20, 2011

Malaysiaku terchenta!

hahaha...berjumpa lagi dalam rancangannnnnn..eh3, mengarut plak.

okay, best gila balik Malaysia..
korang rasa heaven tak kalau apa yang korang tak dapat buat di negara orang, korang dapat buat di negara korang sendiri walaupun dua tahun sekali *jarang-jarang*

ni list yang aku happy buat sepanjang berada di Malaysia. *jakun*
p/s: korang yang duduk Malaysia, takyah kondem aahhh, korang memang selalu dapat buat

1. MAKAN MAGGI/MAMEE perisa yang variety.
2. perkasakan lagi skill driving.. [walaupun adik-adik berlagak diorang lagi terror bawak kereta]
3. naik LRT coach perempuan. eh? ok ok KTM sebenarnya.. --> refer gambar kat bawah.
4. MAKAN chicken chop kat kedai yang memang selalu satu family makan chicken chop..mmpphh kedai ni memang first class la bab2 chicken chop..hahaha
5. Keluar ngan member sekolah. untuk ni, thanks Iffah sebab sudi bawak I jalan2..haha and sempat g majlis kesyukuran my friend yang nak fly g Brisbane with Kazimah.
6. MAKAN nuggets ---> all time fav. [sbb kat egypt memang tak makan bendalah ni] *jimat*
7. habiskan stok makanan ringan Abah e.g Jacker.
8. kacau bibik kat dapur. hahaha bibik cakap aku kena pandai masak kalau nak kahwin.
9. boleh call orang tanpa risau kredit habis.. yang ini tQ very much kat mak sebab bil henpon I ditaja 100% oleh mak..haha sorry mak. bukan selalu.
10. dapat duduk dengan family. yang ni, bukan letak last sebab paling last, tapi sebab PALING BEST :D apa-apa pun ,family tetap comes first :D

ahh letihnya menaip. rehat dulu!

Wednesday, February 16, 2011

sudah tiba di Malaysia!

okay, u all.. I da selamat sampai ke bumi Malaysia 11hb Feb 2011.. arrive at KLIA tengahhari tu dalam pukul 12.30tghari macam tu.

Alhamdulillah..
terima kasih banyak-banyak untuk semua yang doakan keselamatan I sepanjang kami di Mesir, Jeddah, dan atas flight.

Ya!
diakui, masa evacuation dan revolution yang berlaku kat Mesir ni,
keadaan sangat tak best,
BUT,
masa ni la, I mengenal pasti sapa kawan yang betul-betul care kat I.
terima kasih korang!

ok lah, malas pulak nak update lebih2..
nanti rajin-rajin, I update lagi,
yela internet laju 5Mbps,
daripada dok update blog, baik surf puas2 ---> merujuk kepada kelembapan line internet di Egypt.. *demand* [masih bersyukur etceli]

ok, till then, adios amigos

Thursday, February 3, 2011

balik Malaysia?

dengar cerita kitorang akan dibawa balik ke Malaysia!!!
bila bila??

sapa tau?

Coretan anda?