kalau tak jelas sangat tulisan tu, tekan ctrl +, kalau rasa tulisan tu kecik sangat, tekan ctrl - ....mekaseh! enjoy your reading!

Sunday, June 16, 2013

Tuhan tumbuhkan yang patah

"Agarku bisa bahagia walau tanpa bersamanya,
Gantikanlah yang hilang, Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala"

Malam ni sambil study melayan biskut hupseng cicah kopi O. Sesambil memasang playlist In-Team sebagai halwa telinga konon bersihkan telinga dari unsur KPop sekejap. hee mengimbau balik zaman trend nasyid di sekolah.

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Lagu : Abai Os (Hijjaz Records)
Lirik : Abai Os (Hijjaz Records)
Penerbit : Faizal Osman
Penyusun Muzik : Firdaus
Hakcipta : Hijjaz Record Sdn. Bhd.

The point is that pada rangkap terakhir. Memang serius gua maksudkan ayat ni sekarang. Haha. Doakan.

Wednesday, February 27, 2013

Ayam Masak Merah

Entri ni aku nak bagitahu macam mane orang/kita/aku/kau melihat dari pelbagai sudut akan sesuatu perkara tu. Sebab benda ni, from my own view, jadi awal-awal aku nak pesan, maaf kalau tersilap melabel.

Untuk memudahkan korang baca entri kali ni, aku akan namakan watak dalam ni dengan alphabet A, B, C, dan seterusnya. Aku nak bagi contoh senang faham je.

AYAM MASAK MERAH.

A: "sedapnya, elok gula garam, lengkap rencah. memang kena la dengan selera aku."
-golongan jenis terima aje. tak berkira. mungkin segelintir datang dr golongan yang mudah kena tipu. jenis ikut kdaan, bila mood baik, memang licin pinggan dilahap.

B: "pedasnya. macam mana nak makan ni. membunuh selera betul la."
-golongan selektif. mana yang nak je diambil. bende yang lain dari kebiasaan -akan ditolak.

C: "eii ayam dah lembik, ayam tak goreng dulu la ni, takpun mesti masak lama sangat ni. patut masak kuah dulu, baru masuk ayam yang dah digoreng. ish tapi lapa, makan ajela."
-golongan yang komen macam-macam tapi bila terdesak, merelakan je diri untuk terima.

D: "wahh AYAM. my favourite all the time."
-golongan yang memang taksub. sedap tak sedap, tu semua belakang kira. sebab? sebab dah suka sangat. orang macam ni, susah kita nak bangkang pendapat dia"

E: "huk aloh, tawar gila. tak ada rasa ayam merah" *pegidapurtambahgaram*
-golongan yang nampak kekurangan, dan cuba perbaiki dengan berusaha memulihkan keadaan.

F: "ayam ni sembelih ikut cara betul ke tak aa?"
-golongan teliti. kaji dalam sangat. cuma jangan sampai jadi paranoid.

G: "alaaaa, tak mahu la ayam masak merah. nak ayam chop ke ayam grill ke"
-golongan memilih. demand besar. tak cukup dengan apa yang ada depan mata. nak bermewah-mewah.

H: "Alhamdulillah, rezeki aku hari ni lauk ayam. mak abah kat rumah lauk apa la ye"
-golongan bersyukur seadanya. bila buat sesuatu bukan fikir diri sendiri aje, tp fikir orang lain juga.

The point is, ini semua kita. semua kita pernah komen itu ini. manusia memang macam tu. aku pun macam tu. the difference yg kita boleh buat ialah, what we choose to be.

iman manusia ni turun naik, ada hari emosi, ada hari sedih, ada hari nak buat baik, ada hari terhasut dek syaitan. semua kemungkinan boleh terjadi.

hari emosi, cakap mungkin jadi kasar sedikit, ada singgung hati kawan sedar mahupun tak sedar. hari sedih mungkin menjauhkan diri dari public, kawan mungkin terasa ingatkan kita ada masalah dengan dia. ada hari nak buat baik tapi disalahtafsir oleh orang. ada hari lemah jatuh tersungkur dengan hasutan syaitan, nak bangkit sakit.

cuma aku nak kata, aku faham. sebab benda yang sama aku rasa.
aku faham.

jadi kalau tiba-tiba aku terjudge pendapat seseorang, aku akan pikir balik selepas tu, apa yang aku buat tu salah. bangun balik, minta maaf. manusia ni tak lari buat silap.

satu je aku salu pesan kat diri sendiri, dan aku harap orang boleh sentiasa ingatkan aku.
"kalau tak suka dengan pendapat seseorang, kita jangan sampai tak suka dengan empunya pendapat sekali"

sebab we tend to dislike/disagree dengan pendapat dari orang yang kita tak suka :)

p/s: jangan ada benci.

kita yang pilih untuk jadi jahil atau jadi orang yang berilmu.>










Tuesday, February 26, 2013

entry tak ada tajuk. membebel aje.


setelah sekian lama tak menaip.
hari ni entry mungkin panjang.
mungkin berbelit.
lantak lah

nak luahkan.
tak ada sebab yang spesifik.
cuma mungkin sekarang jam 1 pagi dan aku sendiri tak tahu nak call siapa nak luahkan perasaan.

jangan ada keyboard warrior mana pulak nanti yang pandai nak suh mengadu pada tuhan.
ye aku tau. memang kalau ada masalah kena mengadu pada tuhan.

tapi tuhan pun tak ada cakap tak boleh kongsi masalah pada manusia.
atau tulis untuk lepaskan sikit bebanan perasaan kan.

berbalik pada point nak cakap pada entri kali ni.


1. lasik. dan komplikasi?
- makhluk mana tah rajin datang tanya aku pasal komplikasi yang aku KONONNYA alami masa aku buat lasik 7 bulan lepas.
- mana datang cerita pasal complication pun aku tak tau. sedar-sedar dorg dah ckp,
"ada orang cakap aritu akak ade complication post-lasik"

2. pindah umah.
- even jiran sendiri kot tanya aku pindah mana. sedangkan aku takde kemana-mana pun. bila aku tanya jiran aku ni, mana dia dengar rumors ni, dia ckp ade org yg ckp. bile aku tanya, sumber dipercayai ke, dia ckp
"tak dipercayai la kot"
- boleh pulak kan jadi isu aku berpindah randah. eheyy seronok tul yek korang bercerita.

3. isu kawen senyap.

- sebenarnya takde isu mende pun. cumenya tibe tnampak status di fb tgh bincang psl kes kawen senyap dan status yang menyatakan kawen kena hebahkan.
- aku faham dan aku tahu kalau kawen kena hebahkan. dan aku nampak kat mana kelebihan dengan menyebarkan berita tentang pernikahan. mengelak fitnah dan sebagainya.
- yang aku tak faham ialah, kenapa bila pengantin tu x hebahkan kepada certain people, then certain people tu perlu nak up status bagai.

kalu aku lah, aku akan jemput few people aje pun. and sorry la bebudak tanta ni, jangan harap aku nak jemput yang dah pernah cari gaduh ngan aku tuh. sorry ey. lantak korang la nak cakap aku ni x sebarkan perkahwinan ke ape ke. dah ko tak kamceng ngan aku..siap buat musuh pulak, jangan nak ada hati la nak aku jemput.. buat spoil majlis kawen je bila aku nak kena tengok muka kau. get it?

lagipun perangai beberapa bebudak tanta ni bukan aku tak tau. kau bagitau ke, kau tak bagitau ke, rumors memang spread like wildfire. ade je yang nak dipercakapkan.
bende tak ada isu jadi isu. ye kan? sape penah kena? angkat tangan. ok good. kita senasib.

jujurnya pada aku lah, dalam pada aku pun naik gak status, itupun sempena merujuk status org lain yg naik dlu tu. kire aku tergolong la jugak dlm kalangan yang naik status nye haaa. aku actually dah bersara lamaaaa dah dari dunia mendengar gossip, bergossip, mendengar cerita, membuat cerita, menyebar cerita ni. lamaa sangat dah sebab aku rasa tak aman duduk dalam dunia kutuk mengutuk caci mencaci ni.

aku dah hidup dengan penuh low-profile la katenye, duk pun umah xde housemate, lebih senang menyendiri dari timbul salah faham kmudian hari ni pun dan memacam aku dengar cerita pasal aku. tahniah la yang suke bawak cerita tu. tak faham aku ape yang korang nampak kat aku ni yang seronok sangat nak buat hot story.

grrr. okbai.














Friday, November 2, 2012

Memberi salam.

Tajuk macam selalu dengar, tapi kali ni entri bukan nak cakap budaya berjumpa dan beri salam. Tapi nak diskusikan satu fenomena yang melanda masyarakat kita sekarang. Ramai dalam kalangan kita sudahpun mempunyai smartphone ataupun dikenali sebagai telefon pintar, baik dalam bentuk telefon mudah alih mahupun tablet. Produk-produk seperti Apple - iPhone iPad, produk Samsung - Galaxy phone dan Tab, yang menggunakan perisian yang memboleh muat turun aplikasi perbualan maya dilakukan. Ramai antara kita mempunyai account Whatsapp, Viber. Sama seperti fungsi Yahoo Messenger, aplikasi seperti Whatsapp dan Viber turut menyediakan fungsi chatting dan calling. Kenapa aplikasi berkenaan ada kena mengena dengan tajuk entri kali ini? Berdasarkan pengalaman sendiri, setiap kali berbual dengan rakan dan keluarga melalui dua aplikasi ini, seperti biasa, sebelum bertegur, kita akan memberi salam. Selepas beberapa ketika, salah satu pihak sudah sibuk atau ada kerja, kita membiarkan perbualan tergantung. Acapkali juga sebenarnya perbualan itu ialah perbualan end-of-the-day. Maksudnya, akan bersambung keesokannya ataupun hari hari seterusnya. Bagi yang memberi salam penutup, alhamdulillah. Tapi suka diingatkan, kerana masih ada antara kita yang 'lupa' memberi salam. Mungkin memikirkan, "ahh, tak apa, esok kan nak borak lagi" Ataupun, "kejap lagi sambung" Alih alih, tak sambung pun. Hehehe Tak salah kalau kerap memberi salam dan mendoakan kesejahteraan rakan mahupun keluarga kita. Analoginya seperti membuat karangan di sekolah, pendahuluan sudah ada, isi sudah cukup baik, tetapi tiada penutup karangan. Terbang 10 markah. Aduh melepas harapan hendak A+. Hehe Kalau analogi untuk blogger dan ahli mahir membina website menggunakan html code, * [head] sudah ada, ** [/head] tiada, [body] sudah ada, tapi tidak ada [/body], [title] sudah ada, [/title] pulak yang tidak ada, haaaaa website terus unreadable. * biasanya diguna untuk pembuka ** biasanya diguna untuk penutup P/s: dah lama tinggal html code, sekarang kerja copy paste aje html yg orang dah buatkan. Mudah.

Wednesday, October 31, 2012

Tilam dan bantal kekabu

Memang legend. Dulu arwah opah ada kebun (kebun ke?) kekabu belakang umah. Pepagi dah bangun gi kupas buah kekabu, then asing biji, tapis bagai semua tu.. Ada je nak dibuat tilam la, bantal la..

As a matter of fact, smpai skrg, we all stil guna bantal kekabu kat rumah. All thanks to opah's hard work. Tak lupa mak jang yg mewarisi all that talent. I use to think that my mom tak tau how to do it..sekarang taktahula, have to ask her la tomorrow..keke ^^

Tilam kekabu pulak, camne eh nk cerita rupa dia, saiz mcm tilam biasa, but tilam tu cotton berpetak petak, i once tengok dengan mata sendiri how opah's amazing handwork masukkan kekabu tu dlm buluh kot then tolak msuk dlm tilam tu.. Sumbat sampai padat.. Fuyyyooo selesa baq hang~~

Entry kenangan, credit to my cousin, Meor yg membangkitkan hal ini via twitter. Nak nangis lak rase terkenang kemalasan gua and jadi penonton setia je tengok opah buat kerja..hadoii ape la punye cucu sulung..sorry opah :-(

Dear readers, minta sedekahkah alfatihah to my opah ya.. Semoga beliau tenang tenang di sana, dan tergolong dalam kalangan solihin.. Al-Fatihah

Cairo from Tanta

#1
Naik train. May cost u up to LE17 for 1st class seat. Vary. Paling rendah LE5.50 tahan sikit duk ngan arab bersesak n bau yang hmmmmphhhhh *cannotdescribe* #firstworldpain . By using train, secara directnya memang perjalanan terussss ke kaherah stop station ialah Ramses.

#2
Naik tremco ke Ramses. Ini fix charge LE10 dah sekarang. Kalau dapat kurang sbb arab dlm tu gaduh, Alhamdulillah, but now mmg sudah cecah LE10 if ke Ramses.

#3
Naik tremco ke Muassasah. Ini mebi LE7 macam tu. Kadang dia jahat dia charge LE8 sampai bertekak dengan penumpang lain, baru kurang sikit harganya. *arab* . So, if turun di Muassasah, how to get to Cairo? Haaa amek metro kt kwsn Muassasah tu, turun di Stesen Shohada' previously known as Stesen Mubarak. Metro only cost u LE1.

Nak jimat n adventure sikit pilih la yg #3. Nak sedap duduk *yelahsangat* amek #1. Nak yg simple, harga pun standard amek #2. :-) the choice is yours.

Kedutaan Malaysia Mesir

Also known as EME.

For those yang still tak tahu, sekarang segala urusan berkaitan pelajar, dah tak dibuat di Safarah (kedutaan) Mohandeseen tetapi di ARMA a.k.a DMAK (most prefer the former), Abbasiyah.

Jadi entry ni khas utk those yang nak berurusan di ARMA, and nak ke sana but dunno how~~

First, if uols from Tanta, kena go to Cairo lah first of all nya..how? Boleh refer entry before ni :-)

Then as u reach cairo, its either
1. Ramses, or
2. Muassasah.

Solution :
#1
If sampai Ramses, boleh terus amek taxi direct ke ARMA. But this will cost u more. Estimate dalam LE25-LE35. Belum campor jammed or whatsoever. Jadi we jimat n came to next solution,

#2
ambil Metro berhampiran, Metro only cost u LE1. So, if u are from Ramses, then that Metro station is Shohada', previously known as Mubarak. But if u are from Muassasah, then, Metro station berhampiran is either Shoubra ElKhaima (1st station) or Kuliet Zira'ah. Yang penting, ambil Metro, regardless any station, once dah dapat Metro, everything is already in control..keke ^^
Okay, da beli tiket terus naik Metro tu sampai u reached Stesen Attaba. Sini agak tricky sikit sbb u have to change platform utk ke abbasiyah route and ada 2 exit. Satu memang exit Attaba, satu lagi exit ke platform Abbasiyah. Baca sign di dinding untuk full direction. Memang ada tulis --> abbasiyah exit. Kena ingat, this happen without u having to beli new ticket pun. Use the same Metro ticket from earlier.

Nanti follow direction Ittijah Mator, sebab kita akan turun di stesen Abdou Basha.

Tadaaaa, da sampai. :-) once reached Abdou Basha station, first skali tepi tu ada pejabat pos, so terus je naik ke atas. Nanti akan nampak ARMA building. Jalan dlm 5mins mcm tu jugak la ke atas tu..haha jenuh mendaki.. LOL

Kesimpulannye, ambil Metro turun di Stesen Attaba, tukar platform ke abbasiyah (Ittijah Mator) and then turun di Stesen Abdou Basha.

P/s: if ada tak faham boleh laaa hubungi saya di 0111 66 33 736 :-) eheee

A must watch movie

- Real Steel
- The Moon That Embraces The Sun
- 3rd Hospital

Few of the movies I keep on repeating.
Tengoklah if korang ada masa :-)

Monday, August 27, 2012

dia jiwa saya

amboi kemain tajuk entry~ :D
'dia jiwa saya' ni bukan lah entry berjiwang okay~
ini entry lepas rindu tahap dendam dengan my si comel



AISYAH HUMAIRA' 




ibu dia upload gambar raya di FB~
of kos la I kena tag dan pastu spazzzzzing macam nak gila dengan pic ni~
walaupun pic aje, terbayang dah petah kata-kata dia~
jerit jerit dia :
"Acik Alia, Acik Alia"

Terima kasih Kak Long n family, jadi sebahagian dari hidup saya~
walau bukan ada ikatan darah :)

rindu.

manisnya sebuah ukhuwah :)

7.47 pm
Bait 'ARaFa

Thursday, April 5, 2012

what fun today

aku buka hotfm melalui tabby tadi,
guess what, i find it funny when i heard new KFC commercial..
its a song from balik kampung but they changed the lyrics..
so it sounds soooooo waddde lol :-)
the thing is, some of the part of the lyrics is kind of promoting their new bucket family whatsoever,
saying oooo balik makan, ooo balik makan kfc bucket family..

right after the commercial,
hotfm sengaja mebi tak sengaja..
hot tips cakap 80% penduduk malaysia obesiti..
obes by eating junk food and oily food whatsoever (gua tak hafal la plak ayatnye kan)

okay..random i know :-P

tapi i take it seriously though..
walaupun gua diet pun cam hampeh,
gemuk tak hengat..
tapi soon insyaAllah i will..

I WILL REDUCE MY WEIGHT..

INI JANJIKU..
So, korangggggg DOAKAN yaaa

Sunday, April 1, 2012

untuk suamiku~

tajuk nak gempak aje kan :D haha

pic ni comel, so rase nak share :)
memang kita memandang langit yang sama.
tapi terpikir jugak, tengah2 dok mendongak langit,
agaknya, bakal suami pun tengah melihat langit ke?





p/s: jangan dok mengadap laptop je, nanti bakal suami pun dok mengadap laptop jugak...haha haruu :P




Tuesday, December 13, 2011

[kopipes] perempuan dan ikan

"Perempuan = IKAN"




IKAN SALMON
Bentuknya OK, indah, dagingnya pink muda dan enak dimakan.
Tapi sayangnya mahal, soalnya masih boleh diimport. Sesuai... ada nilai, ada kualiti....
INI WANITA BERKERJAYA.....






IKAN AROWANA
Kalo yang ini kalau di aquarium memperlihatkan kesombongan dan keangkuhan kerana tau tubuhnya indah, langkahnya lemah gemalai dan memancing mata.. nakal melihatnya di manapun dia bergaya.....
So pasti harganya mahal kalau ingin memilikinya....
INI PERAGAWATI
, CELEBRITY or keatas........




IKAN MAS KOKI
ini jenis ikan lumayan mahal, indah bentuknya, warnanya, dan lenggak- lenggoknya.
Sayangnya hanya boleh dilihat, dikagumi, tak boleh dimakan, kerana termasuk kategori ikan hiasan.....
INI BINI ORANG.......





IKAN BANDARAYA
Jenis ini murah dan selalu menempel di kaca aquarium.
Kalo sudah menempel, susah sgt nk lepaskannya.... mcm gam...
INI AWEK ALIM, ANAK USTAD nii......(sgt setia kpd suami susah senang ditanggung bersama..tidak mempedulikan hal org lain..yg penting kebajikan suami terjaga)





IKAN KELI
Kalo yang ini harganya murah, bisa dimakan dimana saja.
Banyak dijual di tepi jalan, harus hati-hati
INI AWEK TEPI JALAN........







IKAN PAUS
Ikan paus comel..nak dekat kadang2 takut..takut dia hentak kita..ikan paus juga sensitif jadi berhati2 la..ikan paus
IBARAT WANITA YANG OBESITI..(Kalau jenis paus pembunuh..paus ni nampak cantik..tapi paus ni ganas...orang selalu cuba2 nak pegang paus ni..tapi awasss...paus ini boleh la di ibaratkan sebagai perisik wanita yang cantik lagi mengiurkan... tak mustahil tulang2 kau leh dipatah2kan..)



IKAN BILIS
Bentuk dan rasanya gitu- gituuu... saja.
Selalu sedap dimakan kalau tidak ada sayur atau tidak ada lauk yang lain....
INI BINI SENDIRI....


P.S Gurau2 je..jgn sensitif sgt k..hehe


Sumber: http://kumbangjingga.blogspot.com/2011/11/perempuan-ikan.html

Sumber asal:Forum Indonesia

Tuesday, July 19, 2011

Tentang Doa

Dalam anggukan kepala tanda mengantuk, Fashihah tetap meneruskan bacaan doanya usai solat berjemaah kami maghrib semalam. Butir-butir yang dibacanya satu-satu ku ikut. Walaupun aku yang menjadi Imamah untuk solat maghrib, tapi aku belum bersedia mengetuai wirid selepas solat. Hakikatnya bukan belum bersedia, tapi sudah lupa. Bukan aku tak berdoa usai tiap kali solat, tapi belakangan ini, aku sudah lupa macam mana berdoa cara lengkap begini, akhir sekali ku praktikkan pun di UIA ilmu-ilmu yang sempat dicedok dari sekolah menengah. Datang ke Mesir dengan harapan makin bertambah ilmu dan amal, tapi aku karam di tengah-tengah, bila masalah hati datang tanpa diundang, aku jadi terlalu asyik dengan dunia, dan kemudian, aku sudah pandai berdoa dengan meminta tuhan mengabulkan segala permintaanku, aku sudah tidak mengamalkan lagi cara-cara berdoa yang sepatutnya. Tiap kali solat aku bukannya berdoa, tapi meminta. Meminta tuhan memakbulkan hajat-hajat aku. Ini yang aku sedari sekarang, bila aku kembali ke satu daerah yang mengingatkan aku pada aku yang dahulu. Pada aku yang pernah berdoa penuh kerendahan diri, pada aku yang tak jemu berdoa bukan dengan harapan meminta. Sedih mengenangkan diri aku yang sudah tersasar dari haluan yang aku inginkan. Menyesalinya sekarang bagiku sudah agak terlambat, namun aku positifkan diri, ini bukan masa untuk menyesali nasib, tapi untuk memperbaiki lagi diri. Mungkin inilah hikmah-hikmah yang aku tak nampak bilamana aku terpaksa mengulang tahun sesi pembelajaran aku. Mungkin tuhan mahu beri lebih masa padaku untuk mendalami lagi perkara-perkara berkaitan agama, berkaitan akhlak muslimah, dan banyak lagi. Aku mungkin masih berterusan meminta-minta jika tuhan terus-menerus memakbulkan permintaan aku. Tapi dengan sakitnya jatuh ketika kawan-kawan lain bergembira naik tahun, aku tahu nilai doa itu sangat tinggi disisi tuhan. Nilai meletakkan sepenuh pergantungan kepada-Nya sangat-sangat berharga.

Tentang Doa.

Beza antara doa dan meminta.

Meminta bermaksud memaksa tuhan mengabulkan permintaan kita, selalunya kita meminta apabila kita betul-betul terdesak, selalunya ini adalah last resort apabila segala yang kita rancangkan tidak menjadi kenyataan. Kita minta tuhan beri kita macam-macam, kejayaan, harta tapi kita lupa, meminta bukan satu jalan penyelesaian. Kita takkan pernah puas meminta.

Tapi bila berdoa, kita meletakkan sepenuh pergantungan pada tuhan, kita mohon tuhan berikan yang terbaik, semua keputusan pun tuhan yang akan tentukan, kerana Dialah sebaik-baik pemberi keputusan. Dan yang paling penting, berdoa ini bukan spesifik kepada sesuatu, kerana “barangkali perkara yang kita rasa baik itu sebenarnya buruk untuk kita, dan perkara yang kita rasa buruk itu sebenarnya baik untuk kita” [2:216]

Aku bukan orang yang layak hendak tulis begini macam, tapi doakan aku supaya sentiasa kembali kepada tuhan dalam susah dan senang. Aku mahu jadi hamba yang bersyukur tak kira masa bila dan dimana. Salam perkongsian J

Monday, June 27, 2011

duit oh duit


jumpa pic ni dari kekecohan yang melanda Malaysia ketika ni..but aku nk review benda ni bukan untuk compare salary orang biasa dengan PM, TPM, mahupun Agong dan yang seangkatan dengannya..[kroni2]




beberapa perkara yang aku mulai berfikir right after tengok pic ni. ohmaigod~

1. ni baru basic family [Omma, Appa, Daughter and Son] blum lagi mcm family aku sendiri yang terdiri daripada mak, abah, 6 adek beradek, bibik lagi~

2. ni dia buat RM3000, tapi aku kenal dan aku tahu beberapa individu yang aku rapat dan aku sayang, gaji parents below than that. dan adik beradik ramai juga.

3. ini bukan kehidupan di hutan, tambah-tambah family yang duduk di area bandar macam aku. tak kiralah, KL ke Selangor ke, harga bahan2 mentah korang ingat murah?

4. belum masuk part sakit pening nak beli ubat lagi. kalau masuk hospital berapa pulak kosnya.

5. part study tu, cuba bayangkan kalau macam situasi aku yang belajar uni tapi belum ada tajaan,aduhaai sakitnya.

6. rumah tu apartment, sampai bila nak duduk situ, anak-anak bertambah nak jugak duduk rumah sendiri.

7. kereta pun bukan setakat nak bayar monthly payment, rosak ke, langgar mana2, ataupun service la nak balik kampung..dah berapa pulak..

patut pun banyak yang hidup berhutang. kesian kan..macam mana nak ubah keadaan ni ya? hmmm

Coretan anda?