Assalamualaikum Yong,
Izzuddin & Tajuddin telah selesai UPSR, tinggal PSRA yg akan diadakan pd 22 - 24/09/2008.
Td pergi SJMC, medical check-up Izzuddin & Tajuddin. Looks ok.
Sekarang kalau dapat 5A kena duduk Aptitude Test untuk ke SBP. Mak minta SBPI (aliran agama). Tak tentu dpt. Saingan banyak.
Bulan posa ni banyak ujian .... sibuk hal-hal duniawi (kerja, anak-anak, urusan rumah dll), masa yg terhad, berebut untuk mendapat ganjaran daripadaNya dll. Cabaran dan dugaan memang banyak untuk mengalihkan fokus kita dari mengingatiNya kpd perkara lain yg tidak begitu penting.
Jd jgn terpedaya dgn hal-hal duniawi. Kejarlah urusan Allah yg sememangnya amat luas dan banyak ganjaranNya di bulan Ramadhan ini. Jgn hijabkan keistemewaan Lailatur Qadr dengan pergaduhan kecik. Allah kita memberikan keistemewaan dan rahmatNya pd mereka yg memutuskan siraturrahim (ingat 2). Perkara kecik jgn dipanjangkan, segala pemberian mesti ikhlas dan jgn diungkit-ungkit kerana ia akan merugikan (sifar nilai). Bantulah sesama kekawan n sahabat kerana Allah akan membantu Yong dalam segala urusan.
Berdoalah dan dekati diri dengan Allah, agar Allah mempermudahkan segala urusan Yong dalam pelajaran & urusan lain.
Sewaktu stress atau tension, avoid berbicara dgn orang lain. Sbb akan menyakiti orang lain atau diri sendiri.
Belajarlah bersabar, kerana sabar itu se 1/2 daripada Iman. Jgn ingat kita shj betul, kerana kekadang ianya merupakan satu kebetulan.
Kita dtg ke bumi Anbiya dgn nawaitu yg murni dan menfaatkan bumi Anbiya dgn mendekati diri kepadaNya.
Banyak bermuhasabah diri, tanam semangat jatidiri utk belajar dan perhambakan diri kpdNya semoga hidup sentiasa diberkati.
Setiap orang ada jatidiri masing-masing. Belajar menghormati diri sendiri dan orang lain. Jgn terlalu emosi, sbb kita akan rugi.
Ikut hati, mati. Ikut rasa, binasa.
Salam sayang daripada Emak seisi keluarga. Illa Liqa' maassalamah.
Siti Zaleha binti Syed Sa'ari
Ketua (Quality Assurance),
Pejabat Ketua Maklumat, Bahagian ICT
Tenaga Nasional Berhad
Tingkat 38, Menara TM
Tel : 03-2246 6032/ 019-7126021 Faks : 03-2246 6122
1 comment:
blajar kat mesir ke..
msti best kan..?
ape yng istimewa kat sane..?
tlis la lgi psal kat mesir...
Post a Comment