kalau tak jelas sangat tulisan tu, tekan ctrl +, kalau rasa tulisan tu kecik sangat, tekan ctrl - ....mekaseh! enjoy your reading!

Wednesday, May 6, 2009

Motivasi sejenak dikala imtihan


Imtihan oh imtihan.

Setiap tahun ada je kalimah ni terpacul dari mulut kita. Sama ada dalam bentuk keluhan, semangat, ataupun bersahaja. Entry kali ini bukanlah nak berbincang tentang imtihan, tetapi sebagai sedikit perkongsian untuk motivasi bersama.

Kisah 1 : [di sekolah rendah]

Ketika saya di bangku sekolah rendah, ketika darjah 1, bulan puasa, saya selalu curi-curi berbuka puasa, takut emak marah. Di sekolah makan di kantin, balik rumah berpura-pura kelaparan. Tapi benda yang tidak baik biasanya dapat dihidu oleh emak saya. Saya kanak-kanak yang aktif. Bila berpuasa saya akan jadi 'totally' lemah tak berdaya dicampur sikap malas. Jadi bila saya sudah makan di sekolah, kadang-kadang saya tidak berjaya menyembunyikan keaktifan saya. Emak saya jadi 'curious' dan kebetulan kawan saya pula seorang yang 'baik hati' memberitahu beliau, bahawa saya selalu menemani dia makan di kantin. Kantoi sudah!! Apakan daya, nasi sudah jadi bubur. Kena marah, dipiat telinga, dirotan dan sebagainya. Untuk itu, 'parents' saya mempertaruhkan sebuah basikal sebagai ganjaran, dan saya berpuasa penuh sejak dari darjah 2. Ini motivasi saya yang pertama.

Kisah 2 : [di sekolah menengah]

Saya merupakan wakil rumah sukan untuk acara lempar cakera. Cikgu yang bertanggungjawab melatih saya ketika itu, memberi saya RM5 semasa latihan kerana saya berjaya melepasi jarak target yang beliau letakkan [RM5 cukup besar ketika itu]. Tetapi atas beberapa sebab tertentu, ketika acara sukan yang sebenar, ketiga-tiga balingan saya 'out' dan saya kalah. Tahun berikutnya, saya dipilih sekali lagi untuk acara yang serupa, tetapi kali ini, cikgu hanya akan memberi saya RM5 sekiranya saya menjadi johan acara tersebut. Dan Alhamdulillah saya berjaya mendapatkan RM5 tersebut. Motivasinya, untuk mendapat sesuatu, saya kena berusaha hingga ke akhirnya.

Kisah 3 : [semasa SPM]

Emak cakap, kalau dapat masuk Universiti dalam Negara, akan diberinya sebuah laptop. Walaupun result saya biasa-biasa sahaja, namun tawakal saya tinggi untuk diterima masuk ke Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) [sekarang Pusat Asasi UIAM]. Alhamdulillah, sebiji laptop diterima.

Kisah 4 : [Universiti Tanta]

Permohonan saya untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir selepas matrikulasi diterima, dan saya mendaftar di Universiti Tanta dalam bidang perubatan. Takdir tuhan, saya gagal di tahun pertama. Emak cakap bukan sebab saya tidak pandai, tetapi kurang motivasi. Ketika kawan-kawan lain sibuk di tahun 2, saya di tahun pertama lagi, semangat saya kadang-kadang turun juga. Terfikir akan duduk lama di Mesir. Saya minta motivasi dari emak. Cuba teka, apa motivasi kali ini yang emak saya pertaruhkan agar saya naik tahun? Hehehe [gelak seorang diri]. Emak cakap, kalau naik tahun boleh kahwin! [gembira tak?] Saya tidak tahu anda. Tetapi sebagai motivasi, saya terima jugalah.


MAINTAIN SEMANGAT BELAJAR.

1. Selepas anda habis mengulangkaji, anda hadiahkan diri anda dengan benda atau perkara yang anda suka. Sebagai contoh, saya meletakkan limit habis baca dan buat latihan satu buku, saya akan beli ais krim vanilla. Saya seronok kerana target saya selesai dan saya boleh makan ais krim.

2. Belajar di saat akhir menimbulkan banyak reaksi yang kurang menyenangkan. Tertekan, serabut, dan macam-macam lagi yang dialami. Benda yang mudah juga dirasa beban. Apa yang perlu anda lakukan ketika ini? RILEKS. Ambil nafas, duduk tegak, bangun dan berjalan. Lupakan buku sebentar. Buatlah benda yang anda suka. Setelah merasa lega, sambung membaca.

3. Kalau anda jenis yang rapat dengan keluarga, ambil masa untuk menelefon mereka, Tanya khabar mereka dan minta mereka mendoakan anda.

4. Masa bersama tuhan jangan diabaikan. Kalau hari biasa [bukan periksa] anda solat dan mengaji dalam tempoh 10 minit, tambahkan masa itu. Bila masa kita dengan tuhan dijaga, ada berkat dan masa seolah panjang tempohnya untuk kita 'study'. InsyaALLAH. [p/s: kalau dapat bangun untuk bertahajud, adalah lebih baik]

5. Jangan bergaduh dengan kawan-kawan. Masa periksa adalah tempoh emosi perlu dijaga. Jangan menyakiti hati kawan dan terlalu ambil hati dengan kata-kata mereka. Berlapang dada dan biarkan diri anda mengawal emosi. Jangan emosi yang mengawal diri.

6. Selalu kata pada diri 'Aku boleh berjaya'. Kalau si A boleh dapat Mumtaz, takkan anda tidak mahu juga.

7. Bagi yang akan pulang ke Malaysia, motivasi anda, 'kena lepas semua paper, kalau tak aku tak boleh balik'. Pasti 'study' dengan gigih. (^_^)

8. Rehat dan tidur yang cukup. Kalau tak cukup rehat, badan cepat letih dan 'mood' membaca akan berkurang. Tidur yang berkualiti adalah dalam lingkungan 4-5 jam sehari. Tidur yang berlebihan juga adalah tidak elok tau kawan-kawan!


Jadi kesimpulannya, motivasi perlu seiring dengan anda. Saya seorang yang rendah tahap motivasi diri. Acapkali juga dimarahi emak kerana sering bersungut itu ini. Tambah-tambah musim periksa ini, banyak la masalah-masalah yang sebelum ini tidak difikirkan, difikir. Jadi kelebihan saya adalah, pantang diganjarkan sesuatu. Ada yang pantang dicabar dan sebagainya. Anda bagaimana? Tepuk dada sendiri, diri anda hanya anda sendiri yang lebih mengerti. Wallahua'lam.

p/s: teringat klip video 'the hero lies inside you'. Klik sini untuk tonton. Sangat berguna untuk anda yang kurang motivasi diri macam saya.


5 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum wbt,

Respond Kisah 1: Masa darjah 2 saya pernah ditimpa gastrik pada awal Ramadhan tahun itu. Saya kelihatan sugul di klinik kerana dinasihatkan doktor supaya berpuasa. Doktor tersenyum sebab katanya orang tua akan gembira sakan bila dapat tahu ditimpa gastrik ketika Ramadhan. Walaupun gastrik hanya seminggu, saya sempurnakan sakit saya sebulan penuh :-D

Sekadar berkongsi.

Ramadhan

SNA said...

hahaha...
sakan ya...~
konfem la x ganti kn..ahaha
apapun trima kasih sudi lawat teratak buruk saya (^_^)

pakndak said...

Sebab mengulang saya sedar kelemahan saya.

Cahaya Pembuka Hatiku said...

salam.. alia.. wi, jom ar tengok blogs aku gak..hehe.. tak per jangan putus asa.. hati kene kuat untuk hdpi hidup tau.. so sentiasa la bagi motivasi pada diri sendiri ek...gid luk..

Anonymous said...

susah la kalo nak hadiah kan diri sendiri, ngn hadiah tu kite bli...

cth, nak hadiahkan diri sendiri ngn Hadramout lepas habis bace satu bab... tapi duit dalam wallet je... bile2 bleh makan... huhuhu...

maybe I need your "kawin" nye motivasi kot... hehe...

p/s: alasan2 diatas alasan2 org malas cm ai... hoho

Coretan anda?