Q: if anda diberi peluang and rezeki untuk ke Bahriya lagi, mahukah anda?
A: TIDAK SAMA SEKALI. Walaupun free!
Bukan saya tidak sukakan cabaran. Malah seronok sebenarnya, sunyi dari hiruk pikuk Bandar, tenteram dari gangguan emosi, hidup anda hanya untuk alam, interaksi anda hanya dengan alam. Bahriya jauh dari ketamadunan kita, kemodenan kita tiada di sana. Tapi serba serbi lengkap dengan kemudahan asas dan tentunya tidak sempurna.
Padang pasir yang saujana mata memandang. Luas. Maha Suci ALLAH menciptakan semuanya indah seperti ini.
Cuma.
Cumanya.
Trip kami diuji 'food poisoning' dan mematahkan tiap satu mood yang ada.
Bermula dari makan lunch sebaik arrival dari kaherah, sudah ada yang mengadu sakit perut. Kurang dari 5 orang mengadu. Maka tiada yang hirau. Benda biasa. Mungkin mereka tidak tahan dengan makanan arab.
Keesokan harinya, selepas sarapan, kami menelusuri padang pasir dengan jip. Memang pening. Jip bergoyang dengan hebat. Dan terhasillah mereka mereka yang muntah - muntah dan mabuk kenderaan.
Dan Diarrhoea.
Bila di tengah – tenga padang pasir dan anda mengalami mabuk muntah serta cirit birit, adakah anda masih boleh berseronok dengan trip anda? Ya, jawapannya tidak. Maka trip kami berakhir dengan bibit2 kesal serta berjanji tidak mahu menjejakkan kaki ke sana lagi.
BAHARIYA
It's just a part of my bigger dissappoinment.
Really.
Sekian.
1 comment:
Ciannya. Bakal Dr kenalah eveready utk menghadapi sebrg kemungkinan. Telaidan yg baik wat bakal Dr. Utamakan kesihatan n perkhidmatan client/patients. Klu Dr dah memahami keperitan & kesakitan, tentu patients akan diutamakan. Ada hikmah dlm setiap kejadian. :D
Post a Comment