kalau tak jelas sangat tulisan tu, tekan ctrl +, kalau rasa tulisan tu kecik sangat, tekan ctrl - ....mekaseh! enjoy your reading!

Tuesday, March 2, 2010

teladan~

Si Isteri terlalu marah, marah nya meluap-luap. Di rasakan suaminya tidak memahami perasan dan kehendaknya. Dia marah, marahnya berlanjutan, sakit hati dengan karenah suaminya. Tawar hati!


Si Suami puas meminta maaf pada si Isteri, memujuk dengan pelbagai cara, tetapi marah si Isteri tidak jugak reda. Si isteri merasakan perlu untuk berjumpa kaunselor pasangan untuk meluahkan segala benak di hatinya kerana dirasakan si suami terlalu ego dan tidak akan faham kalau ditegur secara terus.

Si suami bersetuju untuk bertemu kaunselor pilihan si isteri.


Hari yang ditetapkan telah tiba, dan mereka berdua masuk kedalam bilik kaunselor.


Mereka berdua duduk menghadap kaunselor dan si Isteri mula menceritakan begitu begini pada kaunselor. Si Suami duduk diam, tetapi menarik muka.

Belum sempat si Isteri menghabiskan bicara,Kaunselor memberikan mereka berdua sebatang pen dan sehelai kertas setiap seorang.

"Saya hendak kamu, secara ikhlas dan telus, tuliskan apa-apa perkara kurang senang dan tidak disukai kamu terhadap pasangan kamu"


Si Suami pun mula menulis, begitu juga si Isteri. Masing-masing mencatit apa yang mereka fikirkan.


Kemudian setelah 10 minit berlalu, Kaunselor menyuruh si Isteri bacakan apa yang dirasakan tidak patut pada si Suami, kemudian giliran Si Suami pula.


Si isteri membacakan " Suami saya seorang yang kadangkala ego, kadangkala berlagak dan kadangkala lambat memberikan respon apabila kami berbicara, dia juga kadangkala berkira dengan saya, Dia juga sukar bergaul dengan rakan-rakan saya. Selain itu dia juga macam bagus sangat bila berbicara"


Giliran si Suami pula, "Isteri saya seorang yang tidak tetep pendirian, kadang-kala bercakap begitu begini pada orang lain, tetapi lupa pada diri sendiri, dia juga seorang yang moody, kadang kala kalau mrah, marahnya berpanjangan, sukar untuk berbicara dengannya ketika dia marah. Dia juga ambil masa yang lama untuk bertenang.


"Baik! Kalau begitu, saya nak kamu tulis perkara yang kamu suka pada pasangan kamu pula" Arah kaunselor pada mereka berdua.


Si Suami dan si isteri mula menulis seperti diarahkan. Mereka diberi masa 10 minit.


"Baik, kamu dahulu" Kata kaunselor pada Si Suami.


"Isteri saya seorang yang baik, dia hormat pada mertua saya, ibu-bapa nya, kasihkan anak-anak kami, dia juga patuh pada perintah Allah, dia menutup aurat, dia solat dan melakukan semua kewajiban sebagai seorang Muslimah. Dia juga pandai memasak, pandai juga menjahit serta megemas rumah. Dia juga pandai mengurut badan saya ketika badan saya lenguh dan sakit-sakit. Dia juga ada di sisi saya ketika saya sakit. Selain itu, dia juga sering mengigatkan saya mana-mana perkara yang saya lupa dan nasihatkan saya sekiranya melakukan kesilapan."


Kemudian kaunselor mencelah "Itu sahaja?"

"Ada lagi" Jawab si Suami.

"Isteri saya juga seorang yang cantik dan pandai berhias , dia juga pandai menyejukkan hati saya ketika saya marah, ketawa nya membuatkan hati saya senang. Saya suka senyuman nya, dia seorang yang peramah dan pandai bergaul, pandai mengambil hati tetamu dan kenalan saya, dia juga bijak menguruskan wang dan keperluan rumah".


Kelihatan si Isteri mendengar, mukanya merah, tetapi senyuman terukir di bibirnya.


Kini giliran si Isteri membacakan apa yang dicoretkan di atas kertas sebentar tadi.


"Suami saya seorang yang penyabar, dia juga seorang yang rasional, tenang dan berwawasan. Jarang dia memarahi saya dengan kata-kata kasar bahkan menasihatkan dengan kata-kata penuh hikmah. Dia juga seorang yang rajin berkerja, mahukan yang terbaik buat saya dan anak-anak. Dia juga tidak kekok menghabiskan masa minggunya di rumah bersama saya dan anak-anak. Suami saya juga menunaikan kewajiban terhadap agamanya. Dia solat, mengaji dan lain. Dia juga menghormati orang tua termasuk mertua dan ibu bapanya. Dia juga tidak merokok, tidak juga bergaul dengan kawan-kawan yang suka membuang masa. Dia banyak mengajar saya perkara-perkara baru yang saya tidak tahu, dan tidak kisah mengulang ulang supaya saya faham. Dia juga seorang yang smart, rambutnya kemas dan berpakaian baik. Dia juga seorang yang pandai membuat lawak dan membuatkan saya ketawa.Dia juga banyak berkorban demi saya."

Si Suami tertunduk, medengar dengan baik, di sebalik raut wajahnya, terserlah senyuman.



Kaunselor bersuara " Kamu nampak dan sedar tak sekarang, kebaikan pasangan kamu melebihi keburukan atau tidak senang kamu, Syaitan menutup segala kebaikan-kebaikan pasangan kamu pabila marah!" Kadang-kadang kebaikan pasangan kamu tidak kamu endahkan, tetapi keburukan yang dicanang!"

Suami dan Isteri berpadangan, kedua-dua menitiskan air mata, lalu si Isteri menarik tangan si suami dan menyalamnya serta dicium tangannya. Si suami mengusap kepala isterinya.

"Abang, maafkan sayang, Sayang terbawa-bawa dengan hasutan syaitan sampaikan kebaikan-kebaikan Abang selama ini saya tidak nampak, hanya nampak buruk Abang sahaja, Abang lah terbaik untuk sayang!" Tangis si Isteri pada si Suami.

Kemudian, Si suami bersuara " Abang juga begitu, sayanglah terbaik untuk Abang, maafkan salah silap Abang selama ini ya".


Kaunselor tersenyum dan berkata " Kamu berdua perlu ingat, tiada insan yang sempurna di dunia ini, masing-masing punya kelebihan dan kekurangan, yang penting kamu terima pasangan kamu dengan ikhlas dan melengkapi satu sama lain".



Suami Isteri tersenyum, menganguk membenarkan kata-kata kaunselor separuh abad itu. Mereka mengucapkan terima kasih pada kaunselor dan keluar.

Mereka berdua mengenggam erat tangan masing-masing dan saling membalas senyuman.

p/s: tQ utk super senior abg saifullah azmi-smaskp

No comments:

Coretan anda?