ada satu pihak,
sedap menyalahkan orang lain,
sibuk membuka aib orang lain,
suka mencari silap orang lain,
sering membuka pekung orang lain,
memalukan si pelaku.
ada satu pihak pula,
sibuk backup member,
backup sesama sendiri,
pertahankan kesalahan yang dilakukan,
sedang sudah terang nyata salah,
tapi mengaku dipihak yang teraniaya.
pelik tak?
pihak pertama mengeksploitasi kesalahan pelaku untuk tujuan dipaparkan kepada khalayak, agar diambil pedoman, diambil iktibar.
ya, cara beliau salah, terlalu spesifik, dan mengharukan suasana
ditambah pula sedikit/banyak tokok tambah yang diada-adakan.
pihak kedua melenting hebat, berdoa pihak pertama menerima balasan setimpal, yang katanya dilagukan dalam doa pasca solat.diberi segunung hujah al-quran tentang betapa 'mengaibkan' orang itu DOSA BESAR. mungkin pihak ini juga terlepas pandang kepada hujah quran yang mengatakan jelas, kemungkaran itu juga DOSA BESAR.
silapnya pada cara.
tapi berapa banyak daripada kita yang benar-benar ambil iktibar daripadanya?
benda mudah, buat apa disusahkan?
ambil yang jernih buang yang keruh.
kita selalu terlupa tentang perkara macam ni, dan bergaduh tentangnya.
'kitorang tak sibuk hal korang, watpe korang sibuk hal kitorang?'
ini pun statement tak ingat dunia.
kalau tegur salah, kalau tak tegur? di akhirat ALLAH tanya!
'kubur masing-masing'
ahh, kalau kubur masing-masing pun, azab yang diterima kerana tidak me'nahi mungkar', bukan kau sorang aje yang tanggung!
p/s: mungkin ada yang tidak faham entry ini, entry tak ada kena mengena dengan siapa-siapa. tidak spesifik pada siapa-siapa. cuma keluhan untuk hari ini.
OH MESIRKU~
4 comments:
Assalamualaikum,
Walaupun cuma keluhan dan tiada kena mengena dengan sesiapa, tetapi saya tahu ianya ada kena mengena. Permulaan entri sudah menceritakan bahawa ia ada kena mengena.
Berdakwah dengan golongan begini lebih sukar sebenarnya. Sebab golongan ini seperti ada dua kefahaman.
1. Sudah tahu tetapi buat-buat tak tahu.
2. Memang tidak tahu apa-apa, sangkaannya tidak jadi masalah.
Bila sudah kenal pasti, baru boleh jalankan usaha dakwah. Ingat, ia bermula dengan cara hikmah. Kemudian baru ke arah yang lebih berat. Perlu melihat konteks dan suasana.
Wallahu a'lam. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita.
Nak teka tulisan ni pasal apa boleh tak?...huhu. :D Ala kulli hal, sama-sama kita ambil iktibar dan pengajaran.
Sudi-sudikan jengah entri baru. Baru? Lama-lama jadi lama juga.huhu
actly VO ialah antara
mereka2 yg mumkin tak fhm entry ni
tp sbb VO tak fhm
so VO nk kongsi sstu kat cni
"Seseorang sudah dikira berdosa
apabila dia berasa tidak berdosa."
~hukama'~
same2 kte mendalaminya.
Post a Comment