kalau tak jelas sangat tulisan tu, tekan ctrl +, kalau rasa tulisan tu kecik sangat, tekan ctrl - ....mekaseh! enjoy your reading!

Tuesday, June 22, 2010

UPSR dan PMR. lagi gimik kerajaan.

lawak.
itu perkataan pertama yang keluar bila baca berita ni.
tak ada otak.
itu perkataan kedua.

mansuhkan UPSR dan PMR? aih~ main-main pula orang tua ni.

komen saya:-
1. sapa la gatal-gatal boleh terpikir idea yang kurang bernas ni? kalau selama ni alasan korang UPSR tak membantu pelajar, abes tu, kalau mansuhkan akan bantu la diorang? apaaaa daaa!!!

2. UPSR dan PMR ni la platform student nk hadapi SPM yang akan datang. bayangkan tak pernah exam tiba-tiba kena jawab SPM. haru tak? tak haru? aih, pelik la pakcik ni.

3. pakcik dulu UPSR dapat teruk ke? or pakcik dulu takde UPSR, so pakcik jeles dengan budak sekarang yang ada UPSR? budak nak peksa pun di halang. ada-ada jela. macam-macam pe'el

4. tidak perlu gopoh dalam membuat keputusan? patutnya cakap camni dengan diri sendiri, tidak perlu keluar idea pelik camni dalam membuat keputusan, awak tu TPM kot, ada pulak cakap cenggini. seronok kot tengok budak tak belajar dan hanyut.

5. memanglah bukan bergantung pada exam kejayaan masa depan, tapi, nak asah jugak sedari kecil kan.

6. lepas ni apa pulak requirement MRSM atau SBP utk intake kalau tak ada exam? anak dato' sekolah bagus-bagus, anak atok nenek sekolah biasa. macam tu?

7. bla bla bla...banyak pulak gimik politik sekarang. dahsyat. budak nanti tak bijak, pastu tak sambung study, so kerajaan tak perlu keluar duit nk taja. oh, pandainye! ceh~

_____________________________________________________________________________________________

PUTRAJAYA: Tiada penetapan tempoh masa berhubung keputusan sama ada untuk memansuhkan atau mengekalkan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata kerajaan tidak perlu gopoh dalam membuat sebarang keputusan.
Katanya, beliau masih menunggu dan meneliti maklumat balas yang mula diterima daripada pelbagai peringkat masyarakat dan pihak yang berkepentingan berhubung perkara itu.
"Bila kita dah berpuas hati, kita akan maklumkan keputusannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Perkhidmatan Pendidikan 2010 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataannya sebelum ini yang mengajak pakar pendidikan dan masyarakat memberi respon tentang cadangan pemansuhan UPSR dan PMR.

Muhyiddin berkata, setakat hari ini, respon yang diterima adalah baik.

"Ada yang bersetuju kedua-dua peperiksaan itu dihapuskan, ada yang mahu tinggalkan satu peperiksaan sahaja.
"Apa-apa pun, kita akan menunggu selepas kita berpuas hati apabila semua pihak dapat menyuarakan pandangan," katanya.

Muhyiddin berkata maklumat yang diterima akan dikumpul dan perbincangan akan dilakukan di peringkat kementerian, yang membabitkan pihak yang berkepentingan. - BERNAMA

2 comments:

Anonymous said...

PEPERIKSAAN TETAP PENTING, TETAPI PENGUASAAN JUGA PENTING.

LAHIRNYA PELAJAR YANG RAJIN DAN CEMERLANG DALAM SPM/STPM HARI INI ADALAH KERANA ADANYA UPSR DAN PMR. KERANA MURID-MURID TELAH DIAJAR MENILAI ERTI PEPERIKSAAN. DAN DARI SUDUT EMOSINYA, MURID-MURID JUGA TELAH BERSEDIA BERHADAPAN DENGAN SPM/STPM.

JIKA UPSR DAN PMR DI MANSUHKAN , MAKA 30 TAHUN AKAN DATANG SEKOLAH HANYA AKAN MELAHIRKAN MURID YANG TIADA KUALITI . MUNGKIN DARI SUDUT EMOSI MEREKA TIDAK BERSEDIA BERHADAPAN DENGAN SPM/STPM. DAN BANYAK LAGI NILAI-NILAI POSITIF DAN SEMANGAT BERJUANG DALAM PEMBELAJARAN AKAN HILANG.


PENDAPAT SAYA ,
1. MASA BELAJAR ( PEMBELAJARAN ) ADALAH 40% TEORI & 60% PRAKTIKAL.
( DALAM PRAKTIKAL BANYAK PERSOALAN BOLEH DIBANGKITKAN HATTA YANG TIMBUL SPONTAN).
2. CARA ATAU FORMAT PEPERIKSAAN JUGA PERLU DIUBAH.

MASA BELAJAR.
PERLU ADA RUANG MEMBUAT LATIHAN YANG CUKUP DALAM SEMINGGU ATAU SEBULAN DARI JUMLAH KESELURUHAN MASA BELAJAR, (SECARA INTERAKTIF DENGAN GURU ) DI PERINGKAT KELAS. DAN JIKA PERLU DIPERINGKAT TAHUN DAN TAHAP ( MEKANISMA UNTUK TAHUN & TAHAP PERLU IKUT KESESUAIAN JADUAL BELAJAR).

DAN BUKAN SEPENUHNYA (SEMINGGU/SEBULAN) BELAJAR TEORI SAHAJA DARI GURU.

KERANA JIKA RUANG INTERAKTIF YANG CUKUP INI DISEDIAKAN DAN HASILNYA ( PENGUASAAN ILMU OLEH MURID-MURID) SUDAH DAPAT DILIHAT MELALUI RUANG LATIHAN INTERAKTIF INI.SEBELUM MUSIM PEPERIKSAAN LAGI.

RUANG LATIHAN INTERAKTIF INI JUGA BOLEH DIGUNA/ JADI PELUANG MENJELASKAN TOPIK YANG TAK SEMPAT/HABIS DIAJAR ATAU TIDAK DI FAHAMI.

JIKA MURID DAPAT MENGUASAI ILMU YANG DIPELAJARI, MAKA DENGAN ADANYA RUANG LATIHAN INTERAKTIF INI DAPAT BERI PELUANG MURID MENIMBULKAN PERSOALAN/KEKABURAN DALAM PERKARA YANG BERKAITAN.
WALAUPUN MUNGKIN IA ADALAH TOPIK YANG DI PELAJARI DI TAHAP YANG LEBIH TINGGI KERANA IA RUANG INTERAKTIF YANG LUAS.

DAPAT MENGHILANGKAN KEBOSANAN DAN DAPAT MENANAMKAN KEYAKINAN DIRI SECARA REALISTIK. DAN BUKAN SEKADAR EMOSI.

SEKOLAH MENJADI SATU MAKMAL ILMU, DIGUNA UNTUK MENYELIDIK, MENGUJI ILMU YANG DIPELAJARI DAN BUKAN HANYA SEKADAR DEWAN SYARAHAN.

farah hanani said...

sabar alia.
i'm not reaaly agree dengan pemansuhan UPSR tp PMR mungkin ada kebarangkalian sebb terlalu cepat sudah exam.
tidak tahu apa yang difikirkan kerana pemansuhan UPSR akan menyebabkan cikgu dan murid akan menjadi lebih tidak berkualiti. So, cikgu n murid leh bermain2.

isu pengambilan guru pun kadang2 diabaikan. MEnjadi guru kerana tiada pekerjaan lain. HArap pemansuhan ini difikirkan.

Kite mengejar kualiti dan bukan kuantiti.

Coretan anda?