





Cik Munirah Mizan suruh!maka aku turutkan.
Sila jawab soalan-soalan ini dalam Bahasa Melayu SAHAJA.
Makna nya dalam
EJAAN BAKU dan tiada kata ringkas ya adik-adik?
1. Bekas kekasih saya adalah
::: tampan.kacak.tidak setia! (^_^)
2. Saya sedang mendengar
::: soundtrack Ketika Cinta Bertasbih
3. Mungkin saya patut
::: menelaah anatomy.
4. Saya suka
::: makan.
5. Sahabat-sahabat baik saya
::: terpisah antara benua.
6. Saya tak paham
::: apa yang saya sedang telaah.
7. Saya kehilangan
::: keyakinan diri.
8. Ramai yang berkata
::: saya suka timbulkan kontroversi
9. Makna nama saya
::: ALIA – yang tinggi
10. Cinta itu adalah
::: zikir jiwa.
11. Di suatu tempat, seseorang sedang
::: tidur.mimpikan aku.
12. Saya akan cuba
::: jadi kurus.
13. Ayat SELAMANYA membawa maksud
::: kekal.insyaALLAH
14. Telefon bimbit saya
::: ada tiga. *senyum*
15. Bila saya terjaga dari tidur
::: saya rasa malas hendak ke kuliah.
16. Saya paling meluat apabila
::: tengok orang gedik.gatal.poyo baik.
17. Pesta/Parti adalah
::: berseronok.
18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah
::: unta.
19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
::: 20.
20. Hari ini
::: saya rindu.
21. Malam ini saya akan
::: call Malaysia.
22. Esok pula saya akan
::: pergi kuliah setelah sekian lama mengabaikannya.
24. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini
::: kusut.tidak perlu ke kuliah. XD
25. Pusat membeli-belah atau arked permainan
::: tempat permainan.letih berjalan membeli belah.
26. Makanan Barat atau Jepun
::: barat laut.
27. Bilik yang terang atau gelap
::: terang.aku perlu berfotosintesis untuk meneruskan hidup.
28. Makanan segera adalah
::: stok megi dalam beg.
29. Ayat terakhir yang saya katakan pada seseorang?
::: Sarah, aku nak lagu Ketika Cinta Bertasbih.
30. Siapa yang anda mahu Tag?
::: tidak ada yang aku kenan.
[5/12/2009]
"oh, dia bertudung labuh, patutlah terpilih"
"waa, dia tu bekas sekolah agama wooo, mesti terpilih"
"ehem, dia tu kan tak suka 'kapel2', sbb tu la dia terpilih"
"pergh, dia tu syadid beb, I like~~"
"dia tu kan anak mufti, uish, jangan main-main, ilmu banyaaak tu, konfem terpilih punya la"
Bukan sedikit situasi di atas berlaku dalam kehidupan kita. Kadang-kadang dalam satu persatuan tu, kesemuanya mereka yang seperti tertulis pada dialog di atas. Benar, banyak baiknya mereka seperti ini dilantik, inilah orang-orang yang akan memajukan Islam, menyebarkan lagi dakwah islamiyah kepada ahli persatuannya.
Tetapi~~!! [ada tapi-tapi pulak?]
Apa akan jadi pada ahli persatuan yang tidak seperti golongan di atas? Aku tak hairan kalau kau ahli PMRAM atau DPM, sebab syarat kau nak datang Mesir pun, kau mesti belajar agama untuk ambil kos Pengajian Islam dan kau pakai sopan gila pergi kuliah~ So, aku tak hairan. Tapi kau pelajar Perubatan. Maka pasti akan ada variasi dalam pemilihan pelajar.
Aku akui bukan semua pelajar perubatan ada background sekolah agama macam aku, bukan bertudung labuh macam aku /berkopiah/berserban, bukan juga anak mufti atau anak syeikh-syeikh kabeeer. Tahap mana yang kita ni melayakkan seseorang memegang jawatan dalam persatuan? Perlu ke kita had dan limitkan kepimpinan pelajar dengan perkara macam ni?
Aku bukan bercakap kosong, aku tanya satu orang ini.
katanya,
"Kalau mereka duduk dalam persatuan jadi perosak lagi bahaya"
Itu pendapat dia, maka aku minta kalian yang nilaikan.
Aku juga pernah terima satu IM dari seseorang semasa manifesto pencalonan tempoh hari.
"Undilah si A, B, C, D, E, dan F! Undilah mereka yang memahami Islam, demi kebaikan persatuan dan Islam. [aku guna symbol huruf je ni]
Maka, nampak tak bagaimana mereka mentreat dan menunderestimate
student dengan mengatakan seolah orang lain tidak MEMAHAMI ISLAM. Aku jujurnya tidak nampak relevannya menforward IM seperti itu. Promosi yang mengganggu-gugat dan mengundang porak-peranda.
Kesan yang aku nampak bila berlaku perkara macam ini,
Asbabnya,
Apa yang aku cuba sampaikan ialah,
Sengaja aku coretkan apa yang aku rasa lewat Mesyuarat Tahunan yang lepas. Sekadar pendapat peribadi yang aku rasa aku perlu luahkan, dan kalau kau tak mahu baca, boleh pergi jauh-jauh dari BLOG AKU
[sengaja aku BOLD.mungkin perlu?]

Hari ni hari ke-tiga berattachment di hospital serdang. Mengikut jadual, hari ni, saya akan berada di klinik O&G. klinik O&G? Apa yang saya buat di klinik O&G? Secara umumnya, saya hanya memerhatikan doktor bertugas bertemu dengan patient. Selalunya, mereka yang telah lebih dahulu membuat temujanji, kerana hospital serdang merupakan hospital yang menempatkan pesakit yang di refer terlebih dahulu. Walk-in check up pun perlu ada appointment dahulu. Jadi, apa yang saya dapat seharian duduk di klinik O&G ini?
Ada beberapa kes yang biasanya terjadi kepada ibu yang mengandung. Ada yang datang mengadu bayi kurang aktif, ada juga yang tekanan darah tinggi yang meningkat, dan ada juga yang kadar gula dalam darah bertambah. Semua ini biasa terjadi kepada wanita yang mengandung. Ada beberapa kes yang kritikal seperti ibu menghidap penyakit jantung, dan ini seterusnya memberi kesan kepada bayi di dalam kandungan.
Beberapa siri ujian seperti ultrasound, pap-smear juga diperlihatkan kepada saya. Gerun, tapi inilah yang dinamakan pengalaman.
To be updated later!
Da tak tahu nak tulis apa~ hahahaha
3/9/09
11.39pm
Hospital serdang.