MeNinJaU DaRi PerSpeKTiF YaNG BeRbEzA
- All
- Category 1
- Category 2
-
- Browse more categories
- agama
- cinta
- copy n paste
- cuti-cuti
- edited text
- kesihatan
- lirik lagu
- luahan
- my own artikel
- pengalaman
- politik
- tag
- uncategorized
dalam senang, awasi kealpaanmu.
Kelakar.
Kelakar.
Mana pergi kau orang selama ini? selama dulu tidak pernah bertegur pun. mengata belakang lagi ada. padahal sekelas selama 3 tahun. ape motif baru mencari sekarang? sudah insaf?
aku pendendam?
kenapa aku harus dipaksa untuk lupa?
tapi aku perlu berterima kasih juga. tanpa semua kejatuhan, tidak mungkin aku berjiwa begini. lebih kental, kurang goyah dari dahulu. kukira itu cukup.
mak saya yang comel (^_^)
"mak saya cakap, kalau nak tengok rupa isteri kita bila dah tua macam mana, tengok mak dia, bila saya tengok mak awak tadi, senang hati saya"
pesan emak lagi
अकू सुके एंट्री इनी~ हेहेहे
अकू बेलाजर मेनुलिस दलम बहासा इंडिया...काउ मस्ती तक फहम कण..अहः
अकू रसे बहगिया ला पुलक सकार टीबा-टीबा...
ओके, सेकियन दहुलू...
सलामत मेम्बचा!
aku memang x boleh tulis blog ke?
semua yang aku tulis dari dulu ade je yang cakap macam-macam..
hang cuba tulih meh aku tengok~!
*senyum*
pi main jauh2..syuh3
entry tak ada tajuk
aku hide 2 entry yang lalu, bagi cool down before aku publish n make it appear semula..
banyak-banyak terima kasih untuk yang concern and drop a comment kat blog aku..
kalau kau rasa aku mengundur diri, kau salah..
aku just taknak orang judge aku ni ego dan keras kepala..
padahal kau pun tau aku jadi makin ego kebelakangan ni!
*gelak*
ok, nanti bila aku post entry baru,
aku akan forward link kat semua orang..
or ada sapa-sapa volunteer nak promote blog aku lagi?
study yok! esok kan sekolah~ (^_^)
p/s: senyum senyum hepi hepi, kita kan adik beradik~ <----thx kak una sani!
HATI PMRAM
Haflah Aidilfitri PMRAM 2009 (HATI '09) yang akan dianjurkan oleh Lajnah Dan Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan PMRAM pada tahun ini, akan diadakan pada 28 September 2009, bersamaan dengan 9 Syawal 1430H, hari Isnin dan akan bermula pada jam 10 pagi sehingga jam 4 petang. Beberapa acara menarik akan disajikan pada majlis tersebut seperti persembahan nasyid, tayangan slide show dan banyak lagi. Majlis tersebut juga di bawah kerjasama Unit Dakwah setiap BKAN dan DPM.
Majlis yang bertemakan "Tautan Hati Ukhuwah Terpatri" ini akan diadakan mengikut konsep rumah terbuka dan sekali lagi akan diadakan di Dataran Kompleks Hayyu Asyir. Segala maklumat terkini berkaitan dengan HATI '09, bolehlah menghubungi Pengarah Program, Saudara Meor Mohammad Khairul Anuar bin Hairudin di talian +20167828835 ataupun Timbalan Pengarah 1, Saudara Mohd Yazid bin Pardi di talian +20161531573 ataupun Timbalan Pengarah 2, Saudari Norhidayah binti Abd Rahman di talian +20118202857. Semua rakyat Malaysia yang berada di Perlembahan Nil ini dijemput untuk sama-sama memeriahkan lagi sambutan Haflah Aidilfitri PMRAM 2009 (HATI '09)
Ragam Raya 1
masih ingat pada iklan raya ini?
Hari ke-3 attachment
Hari ni hari ke-tiga berattachment di hospital serdang. Mengikut jadual, hari ni, saya akan berada di klinik O&G. klinik O&G? Apa yang saya buat di klinik O&G? Secara umumnya, saya hanya memerhatikan doktor bertugas bertemu dengan patient. Selalunya, mereka yang telah lebih dahulu membuat temujanji, kerana hospital serdang merupakan hospital yang menempatkan pesakit yang di refer terlebih dahulu. Walk-in check up pun perlu ada appointment dahulu. Jadi, apa yang saya dapat seharian duduk di klinik O&G ini? Ada beberapa kes yang biasanya terjadi kepada ibu yang mengandung. Ada yang datang mengadu bayi kurang aktif, ada juga yang tekanan darah tinggi yang meningkat, dan ada juga yang kadar gula dalam darah bertambah. Semua ini biasa terjadi kepada wanita yang mengandung. Ada beberapa kes yang kritikal seperti ibu menghidap penyakit jantung, dan ini seterusnya memberi kesan kepada bayi di dalam kandungan. Beberapa siri ujian seperti ultrasound, pap-smear juga diperlihatkan kepada saya. Gerun, tapi inilah yang dinamakan pengalaman. To be updated later! Da tak tahu nak tulis apa~ hahahaha 3/9/09 11.39pm Hospital serdang.
Jangan Mengeluh (II)
Ahaa~ this is the 2nd day saya berattach di Hospital Serdang.. What's best for today…hmmm~~ Kalau semalam saya melihat orang bersalin secara normal, harini saya berpeluang untuk melihat pesakit yang bersalin secara pembedahan Caesarean/Caesar /C-section di MOT (maternity OT). Bermula seawal 7.50 pagi, briefing membincangkan tentang patient semalam dan kes on-call, terus saya menuju ke Dewan Pembedahan. Dalam kira-kira jam 10, seorang patient masuk untuk gilirannya dibedah. Ketika jam menunjukkan pukul 1, sudah 6 pembedahan saya ikuti. Ramai pula yang bersalin semalam. Kaki saya, letih sangat. Sebab, berdiri sepanjang hari. Solat pun slow and steady je. Ahaha. Penangan attachment hari kedua. Kesemua operation berjalan dengan lancar, tetapi ade satu kes bersalin yang saya tak dapat ikuti kerana wanita terbabit menghidap hep B, jadi untuk patient kritikal seperti itu, saya tak dibenarkan masuk. Oh ya, untuk patient hep B itu, pakaian doktor yang berada di dalam bilik bedah itu pun berbeza dengan pakaian doktor lain ketika menyambut kelahiran bedah yang biasa. Agak-agak kenapa ya? Haaa~ sebabnya, penyakit hep B tu, boleh berjangkit melalui darah, jadi semua doktor yang saya nampak masa tu, semua pakai pakaian yang macam astronaut, tutup keseluruhan. Muka je nampak. Biasanya, kalau pembedahan yang normal, kami masuk dengan baju khas [warna biru] dan glove sahaja. Tak perlulah sampai memakai baju ala-ala doktor bedah, dah nama pun, attachment sahaja dan dibenarkan memerhati je pun..tengok je, sentuh-sentuh tak boleh maaa~~ Semasa pembedahan berlangsung, ada la jugak doktor tu tanya apa yang induce caesarean nih, and dari buku report yang saya baca and amek nota, saya dapat kumpul beberapa inducer: -poor progress of the baby -pre-eclampsia -IUGR (Intra Uterine Growth Restriction/Retardation) -Fetal distress -post due (>42 weeks) -breech position (songsang) dan banyak lagi..ehehe Selepas solat zohor, saya masuk semula ke operation room, dan bila jam dah mencecah angka 4.30, maka saya pun berangkat ke tempat solat dan bergerak balik ke rumah. Oh lega! P/S: teringat kata-kata seorang doktor yang melihat saya keletihan, "haaa, baru awak tahu nak jadi doktor ni bukannya senang" à hehe, mana la den tahu~ Seorang lagi doktor pula berkata kepada saya, "doktor ni, kerjaya je glamour, tapi penat, awak betul ke nak jadi doktor?" à hehe, nak nak! Nak tidur awal, tapi kena la buat research sikit tentang bidang O&G ni, mana la tahu esok-esok doktor nak tanya, atleast ada la input, walaupun tak banyak mana. Hehe, gudnite Malaysia! Yang letih sangat-sangat, 11.47 pm Serdang Hospital 2/9/09
Jangan Mengeluh (I)
Alhamdulillah permohonan saya untuk buat attachment di Hospital Serdang diterima. Guess what? Saya dapat berkhidmat di bahagian O&G. Apa itu O&G? ianya merupakan singkatan bagi Obstetrik & Ginekologi atau dalam bahasa pasarnya dikenali sebagai Bersalin & Sakit Puan. Sekitar hari pertama saya berada di O&G, pertama yang saya lakukan ialah melapor diri di pentadbiran/admin dan memakai kad pelajar yang disediakan oleh pihak hospital. Kemudian saya dibawa ke Jabatan O&G untuk report duty di sana pula. Then, setelah sedikit briefing, saya pun start buat jadual sepanjang 3 minggu saya akan berattach di jabatan O&G. 7.50 a.m – briefing di seminar room [bincang tentang case yang berlaku semalam n on call] 8.15 – 9.30 a.m – round ward dengan specialist 10 a.m – 1 p.m – clinic/labour room/MOT(maternity OT) 1 – 2 p.m – solat n rest 2 – 5 p.m – clinic/labour room/MOT/GOT(gynae OT) 5 p.m – balik~~!! Yeay -à ini yang di tunggu-tunggu. First day, saya round ward dengan beberapa specialist dan observe gerak kerja mereka, dengar term-term yang x pernah dengar sebelum ni, and bertanya apa yang tak faham kepada doktor dengan muka tak tahu malu dan niat ingin belajar dan bukan poyo baik. Then, Alhamdulillah berkesempatan untuk join sekaki di labor room untuk menyaksikan satu aksi yang tidak akan dapat dilihat di dalam kelas teori/ kuliah. Aksi apa? Ya, aksi bersalin secara normal. Oh darah memang banyak, dan satu benda yang saya dapat, menjadi doktor hati kena kering. Sebab apa saya cakap macam ni, sebab saya mengalirkan air mata semasa seorang ibu melahirkan anak sulung, dan dengan hati yang lemah seperti itu, agak-agak, saya mampu atau tidak untuk memberi semangat kepada beliau yang sedang berjuang melahirkan anak itu? Letih! Memang letih. Seharian berjalan, berdiri dan tak duduk walaupun sekejap dan meng'observe' proses kelahiran demi nak belajar punya pasal. Balik rumah, kaki cramp dan pinggang lenguh tak terkira. Namun, kena bangun awal sebab esok pagi perlu berada seawal 7.50 pagi di hospital. Jom tidur~ selamat malam Malaysia. 11.57 p.m 1/9/09




