kalau tak jelas sangat tulisan tu, tekan ctrl +, kalau rasa tulisan tu kecik sangat, tekan ctrl - ....mekaseh! enjoy your reading!

Sunday, September 20, 2009

Ragam Raya 1

masih ingat pada iklan raya ini?

"sirap lagi!"
"mintak lah jangan sirap lagi."
"wah, RIBENA! ade class la auntie nih!"

--> beginilah sedikit sebanyak dialog yang sempat terakam di minda saya.

alkisahnya di pagi raya, di kampung saya di kota Ipoh.

di rumah, kami menyediakan air 'root bir' / sarsi/ sarsaparilla [rasa yang sama].
kerana, ke'common'an menyediakan air sirap pada raya-raya yang lepas.

rumah kedua, air root bir / sarsi/ sarsaparilla juga. [rumah opah chik]

rumah ketiga, air root bir / sarsi/ sarsaparilla lagi sekali. [rumah ust hasrizal saifulislam]

rumah keempat, air root bir juga!!

bukan menyentuh soal air root bir yang sama, tetapi lebih merujuk kepada iklan RIBENA yang bagi saya, agak menunjukkan sikap orang kita yang kurang bersyukur. sangat kurang bersyukur kerana, air sirap yang memang terkenal dalam kalangan orang melayu kita dipertikaikan kekerapannya dihidangkan.

sepatutnya, kalau air masak sekalipun, bersyukur!
iklan seperti itu lebih membawa beban kepada masyarakat kerana akan lahir anak-anak yang terlalu demanding. cukuplah beberapa perkara seperti 'duit raya' yang menjadi adat dalam kalangan masyarakat kita sekarang, dijadikan perkara wajib setiap kali hari raya. bagi yang berkemampuan, tidak mengapa, malah, bersedekah itu juga dituntut. namun, apabila ia seolah-olah mendesak golongan kurang berkemampuan, dan sekiranya diberi nilai yang sedikit dimuncung menjuih bibirnya, apakah sebenarnya hikmah berhari raya? kerana duit rayakah? kerana mercunkah? atau kerana meraikan kemenangan kita berpuasa sebulan di bulan Ramadhan?

tidak keterlaluan jika saya katakan, anak-anak sekarang semakin demand! jika diberi sedikit, meminta lebih. jika diberi lebih, tahun depan dimintanya lagi. sampai bila keadaan ini akan berterusan? wallahua'lam.


renung-renungkan, dan selamat beramal~!!
anda buat, anda dapat! (^_^)

1 comment:

faryza laryza said...

betol wey...
tp klu raye kat sarawakk..dorg bg air gas..
sume umh cmtu,cume umh aku je serve air kosong...
tu pown ats permintaan tetamu..
hehehe

Coretan anda?