kalau tak jelas sangat tulisan tu, tekan ctrl +, kalau rasa tulisan tu kecik sangat, tekan ctrl - ....mekaseh! enjoy your reading!

Tuesday, September 1, 2009

Jangan Mengeluh (I)

Alhamdulillah permohonan saya untuk buat attachment di Hospital Serdang diterima. Guess what? Saya dapat berkhidmat di bahagian O&G. Apa itu O&G? ianya merupakan singkatan bagi Obstetrik & Ginekologi atau dalam bahasa pasarnya dikenali sebagai Bersalin & Sakit Puan.

Sekitar hari pertama saya berada di O&G, pertama yang saya lakukan ialah melapor diri di pentadbiran/admin dan memakai kad pelajar yang disediakan oleh pihak hospital. Kemudian saya dibawa ke Jabatan O&G untuk report duty di sana pula. Then, setelah sedikit briefing, saya pun start buat jadual sepanjang 3 minggu saya akan berattach di jabatan O&G.


7.50 a.m – briefing di seminar room [bincang tentang case yang berlaku semalam n on call]

8.15 – 9.30 a.m – round ward dengan specialist

10 a.m – 1 p.m – clinic/labour room/MOT(maternity OT)

1 – 2 p.m – solat n rest

2 – 5 p.m – clinic/labour room/MOT/GOT(gynae OT)

5 p.m – balik~~!! Yeay -à ini yang di tunggu-tunggu.


First day, saya round ward dengan beberapa specialist dan observe gerak kerja mereka, dengar term-term yang x pernah dengar sebelum ni, and bertanya apa yang tak faham kepada doktor dengan muka tak tahu malu dan niat ingin belajar dan bukan poyo baik. Then, Alhamdulillah berkesempatan untuk join sekaki di labor room untuk menyaksikan satu aksi yang tidak akan dapat dilihat di dalam kelas teori/ kuliah. Aksi apa? Ya, aksi bersalin secara normal. Oh darah memang banyak, dan satu benda yang saya dapat, menjadi doktor hati kena kering. Sebab apa saya cakap macam ni, sebab saya mengalirkan air mata semasa seorang ibu melahirkan anak sulung, dan dengan hati yang lemah seperti itu, agak-agak, saya mampu atau tidak untuk memberi semangat kepada beliau yang sedang berjuang melahirkan anak itu?

Letih! Memang letih. Seharian berjalan, berdiri dan tak duduk walaupun sekejap dan meng'observe' proses kelahiran demi nak belajar punya pasal. Balik rumah, kaki cramp dan pinggang lenguh tak terkira. Namun, kena bangun awal sebab esok pagi perlu berada seawal 7.50 pagi di hospital. Jom tidur~ selamat malam Malaysia.


11.57 p.m

1/9/09

No comments:

Coretan anda?