kalau tak jelas sangat tulisan tu, tekan ctrl +, kalau rasa tulisan tu kecik sangat, tekan ctrl - ....mekaseh! enjoy your reading!

Wednesday, September 2, 2009

Jangan Mengeluh (II)

Ahaa~ this is the 2nd day saya berattach di Hospital Serdang..

What's best for today…hmmm~~

Kalau semalam saya melihat orang bersalin secara normal, harini saya berpeluang untuk melihat pesakit yang bersalin secara pembedahan Caesarean/Caesar /C-section di MOT (maternity OT). Bermula seawal 7.50 pagi, briefing membincangkan tentang patient semalam dan kes on-call, terus saya menuju ke Dewan Pembedahan. Dalam kira-kira jam 10, seorang patient masuk untuk gilirannya dibedah. Ketika jam menunjukkan pukul 1, sudah 6 pembedahan saya ikuti. Ramai pula yang bersalin semalam. Kaki saya, letih sangat. Sebab, berdiri sepanjang hari. Solat pun slow and steady je. Ahaha. Penangan attachment hari kedua.

Kesemua operation berjalan dengan lancar, tetapi ade satu kes bersalin yang saya tak dapat ikuti kerana wanita terbabit menghidap hep B, jadi untuk patient kritikal seperti itu, saya tak dibenarkan masuk. Oh ya, untuk patient hep B itu, pakaian doktor yang berada di dalam bilik bedah itu pun berbeza dengan pakaian doktor lain ketika menyambut kelahiran bedah yang biasa. Agak-agak kenapa ya? Haaa~ sebabnya, penyakit hep B tu, boleh berjangkit melalui darah, jadi semua doktor yang saya nampak masa tu, semua pakai pakaian yang macam astronaut, tutup keseluruhan. Muka je nampak.

Biasanya, kalau pembedahan yang normal, kami masuk dengan baju khas [warna biru] dan glove sahaja. Tak perlulah sampai memakai baju ala-ala doktor bedah, dah nama pun, attachment sahaja dan dibenarkan memerhati je pun..tengok je, sentuh-sentuh tak boleh maaa~~

Semasa pembedahan berlangsung, ada la jugak doktor tu tanya apa yang induce caesarean nih, and dari buku report yang saya baca and amek nota, saya dapat kumpul beberapa inducer:

-poor progress of the baby

-pre-eclampsia

-IUGR (Intra Uterine Growth Restriction/Retardation)

-Fetal distress

-post due (>42 weeks)

-breech position (songsang)

dan banyak lagi..ehehe

Selepas solat zohor, saya masuk semula ke operation room, dan bila jam dah mencecah angka 4.30, maka saya pun berangkat ke tempat solat dan bergerak balik ke rumah. Oh lega!

P/S: teringat kata-kata seorang doktor yang melihat saya keletihan, "haaa, baru awak tahu nak jadi doktor ni bukannya senang" à hehe, mana la den tahu~

Seorang lagi doktor pula berkata kepada saya, "doktor ni, kerjaya je glamour, tapi penat, awak betul ke nak jadi doktor?" à hehe, nak nak!


Nak tidur awal, tapi kena la buat research sikit tentang bidang O&G ni, mana la tahu esok-esok doktor nak tanya, atleast ada la input, walaupun tak banyak mana. Hehe, gudnite Malaysia!


Yang letih sangat-sangat,

11.47 pm

Serdang Hospital

2/9/09

No comments:

Coretan anda?