kalau tak jelas sangat tulisan tu, tekan ctrl +, kalau rasa tulisan tu kecik sangat, tekan ctrl - ....mekaseh! enjoy your reading!

Monday, April 19, 2010

Lifeline 4 Gaza dan demam imtihan.


Entry #1

Ini entry menyokong NGO yang melancarkan program ini.
[termasuk PCT dan PERUBATAN]

LIFELINE4GAZA


marilah sahabat-sahabat, sedikit sumbangan anda untuk kempen ini.

Talian Hayat Untuk Gaza!
'Kempen LE100 Seorang'.

--------------------------------------------------------

quote:-

Syazana : Le 100 ni besar pulak bila nk wat derma, tapi kecil nilainya bila dibawa ke City Star kan?

Ummul Hani : Belanja kat fathallah beratus genih untuk kenyangkan perut sendiri xde masalah pun, beli baju beratus genih rilex je, beli tiket balik Malaysia beribu-ribu genih ada je duit, tapi nak menyumbang LE 100 untuk Palestin rasa berat? Ayuh LE 100 seorang!

Fazilah : They need support from people like YOU and ME!

Ini antara contoh yang saya copy paste dari status YM dan forwarded message.
Tepuk dada tanya diri sendiri. Apa sumbangan yang telah kita beri untuk saudara se-ISLAM kita di sana?

--------------------------------------------------------

Mereka perlukan sumbangan kita. tapi kita tidak akan mampu mengangkat senjata berperang di sana. Gunakanlah peluang yang ada ini untuk sama-sama membantu.

Siapa tahu, mungkin ini adalah sumbangan terakhir kita sebelum nyawa kita di ambil semula oleh-Nya. Moga-moga usaha kita yang sedikit ini menjadi berat timbangan kita di hari akhirat kelak.

LE 100, bayar pada wakil-wakil yang dilantik!

Tidak cukup duit? Tiada tajaan? Tidak mengapa. Moga dengan amal yang sedikit ini ALLAH ganjarkan lagi rezeki yang berlipat kali ganda.

Oh ya, tiada paksaan. Renung-renungkan dan selamat beramal ;)

____________________________________________________________________

Entry #2
oh, saya rasa sudah demam pula! Stress imtihan.

Artikel mengenai stress

Obat oh obat. doakan saya sihat ya kawan-kawan.

Friday, April 16, 2010

cakap tak serupa bikin

Hidup penuh dengan situasi-situasi yang tidak terjangkakan. Banyak perkara yang kita tidak bersedia menghadapinya. Terlalu banyak! Entry kali ini sekadar beberapa perkara yang kerap bermain di benak saya. Ditelan mati emak, diluah mati ayah, serba salah pula untuk menulis. Namun selagi apa yang terbuku ini tidak terluah, hati tidak tenang juga.

Situasi : Batotis ditegur oleh Tomatom kerana sikapnya yang agak liar. Tomatom memarahi Batotis dan mengugut akan melaporkan kepada kedua orang tua Batotis jika Batotis tetap berkeras untuk kekal liar. Walaubagaimanapun, Batotis tidak mengendahkan nasihat dan ancaman Tomatom. Batotis terus berkelakuan liar dan tambah menarik lagi, Batotis menyebarkan cerita dalam kalangan kerabatnya, Batoto dan lain-lain lagi tentang betapa Tomatom cuba menegurnya dengan cara yang tidak berhikmah.

Komen #1 : Jalan dakwah itu tidak harus disempitkan dengan teguran semata-mata. Ada banyak method dakwah untuk mengajak manusia ke arah kebaikan. Dakwah bil-hal, dengan perbuatan kita, mudah-mudahan mereka-mereka yang melihat akan lembut hati untuk beribadah.

Komen #2 : Cara teguran yang terlalu lantang tidak menjamin ianya merupakan teguran yang berterusan. Ada banyak ragam dan jenis manusia yang lebih terarah kepada cara yang lebih lembut, lebih ‘friendly’, mudah dihadam dan diterima akal, didengari manis. Pointnya ialah, kekerasan bukanlah jalan mudah menghalang.

Komen #3 : Ada juga situasi yang saya sendiri pernah alami apabila berhadapan sengan segelintir orang yang terus-terusan menolak teguran demi teguran ke arah kebaikan. Alasannya ialah, cara teguran yang tidak sesuai dan tidak ‘kena’ dengan mereka. Teguran yang kadang berlandaskan emosi semata tanpa dilihat dari perspektif dan sudut lain. Sudut dimana dikaji mengapa mereka berkelakuan sedemikian. Terdiam juga saya dibuatnya. Namun, dibantu oleh sahabat saya, kami menguatkan diri bertanya dengan lebih lanjut kepada adik tersebut, apakah jenis teguran yang dia rasakan baik dan mudah diterima, dengan harapan jika teguran secara kasar tidak jalan, maka mungkin menggunakan pendekatan yang lebih lembut akan berkesan. Perbualan kami menjadi semakin menarik, adik tersebut lancer menuturkan bahawa dia suka jika ditegur dengan lemah lembut, bukan paksaan, tanpa ada unsur emosi, dan bukan dengan marah-marah atau brainwash. Jadi, mungkin selepas ini kita boleh sama-sama praktikkan?

Komen #4 : sebelum mengakhiri komen ini, saya hanya ingin melontarkan satu pertanyaan kepada semua pembaca sekalian, sekiranya anda, kamu, engkau, kita, saya, ditegur dengan lemah lembut sebegitu, adakah kita akan benar-benar terkesan dan berubah? Sama-sama tepuk dada dan tanya iman.

p/s: soalan yang sama saya lontarkan kepada adik tersebut, dan jawapan dia ialah, dia memang tidak mahu berubah, biarlah dengan apa cara sekalipun.

Kak alia: Habis tu, kalau si X tegur awak dengan cara macam tu (cara lembut), awak boleh terima tak?
Adik : Ala, orang cakap cara tegur tu kena ubah je, tapi orang memang taknak berubah lah.

Dalam hati,
Kak alia: aik dik, pulak dah? Ini sudah jadi kes cakap tak serupa bikin. Aduh.

[watak dirahsiakan dan nama-nama berkenaan hanyalah rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan siapa-siapa yang masih hidup mahupun sudah tiada]



Thursday, April 8, 2010

kisah benar

ada satu pihak,
sedap menyalahkan orang lain,
sibuk membuka aib orang lain,
suka mencari silap orang lain,
sering membuka pekung orang lain,
memalukan si pelaku.

ada satu pihak pula,
sibuk backup member,
backup sesama sendiri,
pertahankan kesalahan yang dilakukan,
sedang sudah terang nyata salah,
tapi mengaku dipihak yang teraniaya.

pelik tak?

pihak pertama mengeksploitasi kesalahan pelaku untuk tujuan dipaparkan kepada khalayak, agar diambil pedoman, diambil iktibar.
ya, cara beliau salah, terlalu spesifik, dan mengharukan suasana
ditambah pula sedikit/banyak tokok tambah yang diada-adakan.

pihak kedua melenting hebat, berdoa pihak pertama menerima balasan setimpal, yang katanya dilagukan dalam doa pasca solat.diberi segunung hujah al-quran tentang betapa 'mengaibkan' orang itu DOSA BESAR. mungkin pihak ini juga terlepas pandang kepada hujah quran yang mengatakan jelas, kemungkaran itu juga DOSA BESAR.

silapnya pada cara.
tapi berapa banyak daripada kita yang benar-benar ambil iktibar daripadanya?

benda mudah, buat apa disusahkan?
ambil yang jernih buang yang keruh.

kita selalu terlupa tentang perkara macam ni, dan bergaduh tentangnya.

'kitorang tak sibuk hal korang, watpe korang sibuk hal kitorang?'
ini pun statement tak ingat dunia.
kalau tegur salah, kalau tak tegur? di akhirat ALLAH tanya!

'kubur masing-masing'
ahh, kalau kubur masing-masing pun, azab yang diterima kerana tidak me'nahi mungkar', bukan kau sorang aje yang tanggung!


p/s: mungkin ada yang tidak faham entry ini, entry tak ada kena mengena dengan siapa-siapa. tidak spesifik pada siapa-siapa. cuma keluhan untuk hari ini.

OH MESIRKU~

Thursday, April 1, 2010

FINAL EXAM dan pegawai JPMK

okay.
akhirnya release jadual final exam.
pressure?
boleh tahan la.
food intake macam heaven gila.
sorry.
eating memang seems to be a good cure to stress!
hahaha




nah, ambillah jadual ni.





oh ya, boleh abaikan tulisan pensel 'bezday budak comel tu'

mm tajuk entry macam ada nak story pasal pegawai JPMK kan?
sikit aje nk ceritanya,
tadi ema ade cakap, masa dalam kelas,
ade announcement,
tentang senarai nama pelajar ponteng kelas dah sampai ke JPMK,
and so, JPMK akan bagi nama tu kepada ibubapa pelajar di Malaysia.
hahaha memang TERBAIK lah!
okay, kita tunggu surat tu sampai ya (^_^)

ok choww. jadual study dah ada, apa yang belum?
belum mula je lagi.
jadi mari mula!

wassalam

Coretan anda?