kalau tak jelas sangat tulisan tu, tekan ctrl +, kalau rasa tulisan tu kecik sangat, tekan ctrl - ....mekaseh! enjoy your reading!

Friday, November 2, 2012

Memberi salam.

Tajuk macam selalu dengar, tapi kali ni entri bukan nak cakap budaya berjumpa dan beri salam. Tapi nak diskusikan satu fenomena yang melanda masyarakat kita sekarang. Ramai dalam kalangan kita sudahpun mempunyai smartphone ataupun dikenali sebagai telefon pintar, baik dalam bentuk telefon mudah alih mahupun tablet. Produk-produk seperti Apple - iPhone iPad, produk Samsung - Galaxy phone dan Tab, yang menggunakan perisian yang memboleh muat turun aplikasi perbualan maya dilakukan. Ramai antara kita mempunyai account Whatsapp, Viber. Sama seperti fungsi Yahoo Messenger, aplikasi seperti Whatsapp dan Viber turut menyediakan fungsi chatting dan calling. Kenapa aplikasi berkenaan ada kena mengena dengan tajuk entri kali ini? Berdasarkan pengalaman sendiri, setiap kali berbual dengan rakan dan keluarga melalui dua aplikasi ini, seperti biasa, sebelum bertegur, kita akan memberi salam. Selepas beberapa ketika, salah satu pihak sudah sibuk atau ada kerja, kita membiarkan perbualan tergantung. Acapkali juga sebenarnya perbualan itu ialah perbualan end-of-the-day. Maksudnya, akan bersambung keesokannya ataupun hari hari seterusnya. Bagi yang memberi salam penutup, alhamdulillah. Tapi suka diingatkan, kerana masih ada antara kita yang 'lupa' memberi salam. Mungkin memikirkan, "ahh, tak apa, esok kan nak borak lagi" Ataupun, "kejap lagi sambung" Alih alih, tak sambung pun. Hehehe Tak salah kalau kerap memberi salam dan mendoakan kesejahteraan rakan mahupun keluarga kita. Analoginya seperti membuat karangan di sekolah, pendahuluan sudah ada, isi sudah cukup baik, tetapi tiada penutup karangan. Terbang 10 markah. Aduh melepas harapan hendak A+. Hehe Kalau analogi untuk blogger dan ahli mahir membina website menggunakan html code, * [head] sudah ada, ** [/head] tiada, [body] sudah ada, tapi tidak ada [/body], [title] sudah ada, [/title] pulak yang tidak ada, haaaaa website terus unreadable. * biasanya diguna untuk pembuka ** biasanya diguna untuk penutup P/s: dah lama tinggal html code, sekarang kerja copy paste aje html yg orang dah buatkan. Mudah.

Coretan anda?