kalau tak jelas sangat tulisan tu, tekan ctrl +, kalau rasa tulisan tu kecik sangat, tekan ctrl - ....mekaseh! enjoy your reading!

Tuesday, July 19, 2011

Tentang Doa

Dalam anggukan kepala tanda mengantuk, Fashihah tetap meneruskan bacaan doanya usai solat berjemaah kami maghrib semalam. Butir-butir yang dibacanya satu-satu ku ikut. Walaupun aku yang menjadi Imamah untuk solat maghrib, tapi aku belum bersedia mengetuai wirid selepas solat. Hakikatnya bukan belum bersedia, tapi sudah lupa. Bukan aku tak berdoa usai tiap kali solat, tapi belakangan ini, aku sudah lupa macam mana berdoa cara lengkap begini, akhir sekali ku praktikkan pun di UIA ilmu-ilmu yang sempat dicedok dari sekolah menengah. Datang ke Mesir dengan harapan makin bertambah ilmu dan amal, tapi aku karam di tengah-tengah, bila masalah hati datang tanpa diundang, aku jadi terlalu asyik dengan dunia, dan kemudian, aku sudah pandai berdoa dengan meminta tuhan mengabulkan segala permintaanku, aku sudah tidak mengamalkan lagi cara-cara berdoa yang sepatutnya. Tiap kali solat aku bukannya berdoa, tapi meminta. Meminta tuhan memakbulkan hajat-hajat aku. Ini yang aku sedari sekarang, bila aku kembali ke satu daerah yang mengingatkan aku pada aku yang dahulu. Pada aku yang pernah berdoa penuh kerendahan diri, pada aku yang tak jemu berdoa bukan dengan harapan meminta. Sedih mengenangkan diri aku yang sudah tersasar dari haluan yang aku inginkan. Menyesalinya sekarang bagiku sudah agak terlambat, namun aku positifkan diri, ini bukan masa untuk menyesali nasib, tapi untuk memperbaiki lagi diri. Mungkin inilah hikmah-hikmah yang aku tak nampak bilamana aku terpaksa mengulang tahun sesi pembelajaran aku. Mungkin tuhan mahu beri lebih masa padaku untuk mendalami lagi perkara-perkara berkaitan agama, berkaitan akhlak muslimah, dan banyak lagi. Aku mungkin masih berterusan meminta-minta jika tuhan terus-menerus memakbulkan permintaan aku. Tapi dengan sakitnya jatuh ketika kawan-kawan lain bergembira naik tahun, aku tahu nilai doa itu sangat tinggi disisi tuhan. Nilai meletakkan sepenuh pergantungan kepada-Nya sangat-sangat berharga.

Tentang Doa.

Beza antara doa dan meminta.

Meminta bermaksud memaksa tuhan mengabulkan permintaan kita, selalunya kita meminta apabila kita betul-betul terdesak, selalunya ini adalah last resort apabila segala yang kita rancangkan tidak menjadi kenyataan. Kita minta tuhan beri kita macam-macam, kejayaan, harta tapi kita lupa, meminta bukan satu jalan penyelesaian. Kita takkan pernah puas meminta.

Tapi bila berdoa, kita meletakkan sepenuh pergantungan pada tuhan, kita mohon tuhan berikan yang terbaik, semua keputusan pun tuhan yang akan tentukan, kerana Dialah sebaik-baik pemberi keputusan. Dan yang paling penting, berdoa ini bukan spesifik kepada sesuatu, kerana “barangkali perkara yang kita rasa baik itu sebenarnya buruk untuk kita, dan perkara yang kita rasa buruk itu sebenarnya baik untuk kita” [2:216]

Aku bukan orang yang layak hendak tulis begini macam, tapi doakan aku supaya sentiasa kembali kepada tuhan dalam susah dan senang. Aku mahu jadi hamba yang bersyukur tak kira masa bila dan dimana. Salam perkongsian J

Coretan anda?