kalau tak jelas sangat tulisan tu, tekan ctrl +, kalau rasa tulisan tu kecik sangat, tekan ctrl - ....mekaseh! enjoy your reading!

Saturday, December 26, 2009

pesan emak lagi

saya lemah semangat.
hari-hari makan hati.
tanya emak.

mak pesan, nasihat ni dia dapat dari UZAR

kalau tiada kesefahaman dengan orang, maka berlapang dadalah. Sebab masing-masing ada hujah dan kefahaman masing-masing. [Otherwise, tak terjadi 4 mazhab.]

syukran emak!!!
dapat idea baru lagi~

to be updated later (^_^)

Sunday, December 13, 2009

Monday, December 7, 2009

Aku sudah mula buat entry bosan dalam blog.

Cik Munirah Mizan suruh!maka aku turutkan.

Sila jawab soalan-soalan ini dalam Bahasa Melayu SAHAJA.

Makna nya dalam
EJAAN BAKU
dan tiada kata ringkas ya adik-adik?


1. Bekas kekasih saya adalah

::: tampan.kacak.tidak setia! (^_^)

2. Saya sedang mendengar

::: soundtrack Ketika Cinta Bertasbih

3. Mungkin saya patut

::: menelaah anatomy.

4. Saya suka

::: makan.

5. Sahabat-sahabat baik saya

::: terpisah antara benua.

6. Saya tak paham

::: apa yang saya sedang telaah.

7. Saya kehilangan

::: keyakinan diri.

8. Ramai yang berkata

::: saya suka timbulkan kontroversi

9. Makna nama saya

::: ALIA – yang tinggi

10. Cinta itu adalah

::: zikir jiwa.

11. Di suatu tempat, seseorang sedang

::: tidur.mimpikan aku.

12. Saya akan cuba

::: jadi kurus.

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud

::: kekal.insyaALLAH

14. Telefon bimbit saya

::: ada tiga. *senyum*

15. Bila saya terjaga dari tidur

::: saya rasa malas hendak ke kuliah.

16. Saya paling meluat apabila

::: tengok orang gedik.gatal.poyo baik.

17. Pesta/Parti adalah

::: berseronok.

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah

::: unta.

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :

::: 20.

20. Hari ini

::: saya rindu.

21. Malam ini saya akan

::: call Malaysia.

22. Esok pula saya akan

::: pergi kuliah setelah sekian lama mengabaikannya.

24. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini

::: kusut.tidak perlu ke kuliah. XD

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan

::: tempat permainan.letih berjalan membeli belah.

26. Makanan Barat atau Jepun

::: barat laut.

27. Bilik yang terang atau gelap

::: terang.aku perlu berfotosintesis untuk meneruskan hidup.

28. Makanan segera adalah

::: stok megi dalam beg.

29. Ayat terakhir yang saya katakan pada seseorang?

::: Sarah, aku nak lagu Ketika Cinta Bertasbih.

30. Siapa yang anda mahu Tag?

::: tidak ada yang aku kenan.


Sunday, December 6, 2009

अकू सुके एंट्री इनी~ हेहेहे

अकू बेलाजर मेनुलिस दलम बहासा इंडिया...काउ मस्ती तक फहम कण..अहः

अकू रसे बहगिया ला पुलक सकार टीबा-टीबा...

ओके, सेकियन दहुलू...

सलामत मेम्बचा!

aku memang x boleh tulis blog ke?

semua yang aku tulis dari dulu ade je yang cakap macam-macam..

hang cuba tulih meh aku tengok~!

*senyum*
pi main jauh2..syuh3


Saturday, December 5, 2009

entry tak ada tajuk

aku hide 2 entry yang lalu, bagi cool down before aku publish n make it appear semula..

banyak-banyak terima kasih untuk yang concern and drop a comment kat blog aku..

kalau kau rasa aku mengundur diri, kau salah..
aku just taknak orang judge aku ni ego dan keras kepala..

padahal kau pun tau aku jadi makin ego kebelakangan ni!

*gelak*

ok, nanti bila aku post entry baru,
aku akan forward link kat semua orang..
or ada sapa-sapa volunteer nak promote blog aku lagi?

study yok! esok kan sekolah~ (^_^)

p/s: senyum senyum hepi hepi, kita kan adik beradik~ <----thx kak una sani!

Friday, December 4, 2009

Pemilihan Yang Tidak Seimbang

[5/12/2009]


"oh, dia bertudung labuh, patutlah terpilih"

"waa, dia tu bekas sekolah agama wooo, mesti terpilih"

"ehem, dia tu kan tak suka 'kapel2', sbb tu la dia terpilih"

"pergh, dia tu syadid beb, I like~~"

"dia tu kan anak mufti, uish, jangan main-main, ilmu banyaaak tu, konfem terpilih punya la"


Bukan sedikit situasi di atas berlaku dalam kehidupan kita. Kadang-kadang dalam satu persatuan tu, kesemuanya mereka yang seperti tertulis pada dialog di atas. Benar, banyak baiknya mereka seperti ini dilantik, inilah orang-orang yang akan memajukan Islam, menyebarkan lagi dakwah islamiyah kepada ahli persatuannya.


Tetapi~~!! [ada tapi-tapi pulak?]


Apa akan jadi pada ahli persatuan yang tidak seperti golongan di atas? Aku tak hairan kalau kau ahli PMRAM atau DPM, sebab syarat kau nak datang Mesir pun, kau mesti belajar agama untuk ambil kos Pengajian Islam dan kau pakai sopan gila pergi kuliah~ So, aku tak hairan. Tapi kau pelajar Perubatan. Maka pasti akan ada variasi dalam pemilihan pelajar.

Aku akui bukan semua pelajar perubatan ada background sekolah agama macam aku, bukan bertudung labuh macam aku /berkopiah/berserban, bukan juga anak mufti atau anak syeikh-syeikh kabeeer. Tahap mana yang kita ni melayakkan seseorang memegang jawatan dalam persatuan? Perlu ke kita had dan limitkan kepimpinan pelajar dengan perkara macam ni?


Aku bukan bercakap kosong, aku tanya satu orang ini.

katanya,

"Kalau mereka duduk dalam persatuan jadi perosak lagi bahaya"

Itu pendapat dia, maka aku minta kalian yang nilaikan.


Aku juga pernah terima satu IM dari seseorang semasa manifesto pencalonan tempoh hari.

"Undilah si A, B, C, D, E, dan F! Undilah mereka yang memahami Islam, demi kebaikan persatuan dan Islam. [aku guna symbol huruf je ni]


Maka, nampak tak bagaimana mereka mentreat dan menunderestimate
student dengan mengatakan seolah orang lain tidak MEMAHAMI ISLAM. Aku jujurnya tidak nampak relevannya menforward IM seperti itu. Promosi yang mengganggu-gugat dan mengundang porak-peranda.


Kesan yang aku nampak bila berlaku perkara macam ini,

  1. Pelajar tidak mahu join program persatuan. Ayat jahatnya, ialah BOIKOT persatuan.
  2. Pelajar buat kepala sendiri instead of mendengar kata-kata orang dari persatuan
  3. Aku rasa no.1 dan no.2 tu macam sama.
  4. Pelajar akan ade plan untuk menggagalkan/menjatuhkan persatuan. [nauzubillah~!]
  5. Persatuan goyang serta berlaku PERPECAHAN!
  6. Dan sebagainya yang berkaitan.

Asbabnya,

  1. Bila kaum minoriti yang diiktiraf 'tidak sefikrah' dengan ideologi persatuan tidak layak dilantik menjadi AJK [merujuk kepada sikap sesetengah orang yang memandang rendah kepada yang tidak bersekolah agama, yang tidak bertudung labuh], they tend to rebel dan seterusnya, tidak lagi menganggotai persatuan.
  2. Jika yang naik hanya dari kalangan yang aku sebutkan di awal entri, method kau nak sampaikan dakwah pun jadi lagi susah.
  3. Kita risau persatuan hancur jika dipimpin oleh orang yang 'dikatakan tidak faham Islam' [orang yang kata, sedangkan hati budi dia, pernah kita ambil tahu?]
  4. Menilai secara zahiriah sahaja. Asal nampak baik, nampak alim, semua benda yang tidak baik tentangnya diletak tepi.
  5. Mereka nak terlibat dalam persatuan tetapi niat murni itu terhalang/dihalang oleh faktor tertentu.
  6. Dan lain-lain lagi.


Apa yang aku cuba sampaikan ialah,

  1. Biarkan mereka bersama-sama dalam tampuk pimpinan. Moga bila berada dengan pimpinan, dia terpimpin sedikit demi sedikit. Akhirnya, dia pun menjadi dari sebahagian yang Terbaik itu.
  2. Biarkan diberi peluang demi secebis pengalaman. Pengalaman dirasai dengan sebuah peluang. Kalau kita tak pernah beri dia peluang, sampai bila pun kita tak tahu potensi yang ada.
  3. Sampai bila 'hanya orang yang berpengalaman' sahaja perlu menguasai sebuah persatuan? Tak akan pernah ada pengalaman tanpa langkahan yang pertama. Kau dulu pun, mendapat pengalaman dari sebuah kepercayaan dan peluang yang orang sudi beri.
  4. Maka, jangan GILA KUASA dan hanya beri pada puak-puak kau, sebab kau rasa puak-puak kau sahaja baik dan dipercayai.
  5. Dah-dah la tu, aku malas nak bebel panjang-panjang. Bukan ada orang nak baca dan komen. Akhirnya jadi bualan belakang cakap belakang sahaja.


Sengaja aku coretkan apa yang aku rasa lewat Mesyuarat Tahunan yang lepas. Sekadar pendapat peribadi yang aku rasa aku perlu luahkan, dan kalau kau tak mahu baca, boleh pergi jauh-jauh dari BLOG AKU
[sengaja aku BOLD.mungkin perlu?]

Coretan anda?