kalau tak jelas sangat tulisan tu, tekan ctrl +, kalau rasa tulisan tu kecik sangat, tekan ctrl - ....mekaseh! enjoy your reading!

Saturday, October 9, 2010

Wednesday, September 8, 2010

kahwin awal


ini entry gurau semata. gambar di google. sekadar untuk perkongsian.


Wednesday, September 1, 2010

fakta mesir #2


lagi fakta menarik tentang mesir.

english usage?


p/s: thank you, call again ;)

kredit gambar: aizuddin cairo uni.

fakta mesir #1



this is just a random post.

bila terjumpa something yg unique tentang egypt, then I'll post here to share some to you [read: readers]

below ni, ade few pics yang very nice to see but korang put own thought on each of the picture la ye :)

enjoy..

quote: "arab yang pemaleh nak keluar kereta untuk cucuk duit :) "


HSBC ATM machine yang tah dekat ceruk mana diletakkan..




gmbr ni kredit to : aizuddin cairo uni.






Tuesday, August 10, 2010

tahniah :)


Sesi bergambar antara pemenang dengan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa


Shah Alam, 9 Ogos 2010 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyampaikan hadiah kepada pemenang utama dan pemenang tempat pertama hingga ketiga “Kuiz Zakat Di Udara" di sini hari ini.

Pemenang dipilih berdasarkan jawapan yang dikumpul oleh pendengar melalui Kuiz Terkumpul dalam tempoh empat bulan bermula pada bulan Oktober 2009 hingga Januari 2010. Empat orang pemenang dipilih untuk menerima hadiah tiket penerbangan ke destinasi menarik.





Mereka yang terpilih sebagai pemenang ialah Zanial Md Nasir pemenang utama, Siti Zaleha Syed Sa’ari pemenang pertama, Fadzillah Md Tahir pemenang kedua dan Badrul Nazri Mohamad@Din pemenang tempat ketiga.

Kuiz ini diadakan bertujuan mempromosikan zakat kepada pendengar untuk menyebarluaskan lagi dakwah zakat kepada masyarakat. Ia juga bertujuan meningkatkan kesetiaan pelanggan, menggalakkan masyarakat menunaikan zakat seterusnya mendidik masyarakat secara tidak langsung tentang hal ehwal zakat.

Penganjuran Kuiz ini mendapat kerjasama Radio IKIM.fm.Manakala Syarikat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) bekerjasama sebagai penaja hadiah utama dan hadiah tempat pertama hingga ketiga.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa.

Sunday, July 4, 2010

cuti hari #3

hari 3rd cuti. Pagi-pagi Safiah and Fatih pergi Universiti nak settlekan bayaran semalam. Tapi macam biasa, arab tu cakap datang hari lain. So they call me asking nak join them kat moments ke tak. So agreed because tak ada wat apa-apa kat rumah. After makan aiskrim and chocolate cake, Fatih ajak pergi Awal Bahr. Dah dekat setahun kot tak jejak kaki kat situ. So, jalan-jalan, beli 3 jubah, 2 jubah nak kirim kat Malaysia, untuk Opah Chik and satu lagi, ikut la mak nak bagi siapa.

Balik rumah dalam zohor. Then terus tak wat apa-apa. Baring-baring. Dah la sorang-sorang je kat rumah. Yang lain tak balik lagi dari mandi laut kat Cairo. Petang tu, angkat katil dari my room to Safiah’s room. Sebab katil dia patah selepas diduduki oleh aku sebab lama sangat tak guna and terbiar berjemur bawah matahari berpanas hujan = kayu rapuh. So Azril datang bawak kawan tolong angkat dari bawah ke tingkat 5. Thanks!

Pastu balik rumah masak-masak untuk ahli bait yang on the way nak sampai dah. Pastu pack barang-barang nak tidur rumah Safiah. Ingat nak marathon movie. Tapi dapat tahu boleh check result esok. So mood semua hilang and kita orang plan nak tidur je.

Good night, doakan kita orang.

Saturday, July 3, 2010

cuti hari #2

Hari 2nd cuti. Pagi-pagi lagi perlu teman Safiah dan Fatih ke universiti untuk pendaftaran ICDL (International Computer Driving License). Berjam-jam menunggu giliran dan akhirnya pakcik arab tu dah tak larat nak tulis resit, so postpone lah bayaran tu. Dia suruh datang lagi esok. Biasa la arab. Asyik esok esok esok.

So end up kita orang ke KFC untuk makan lunch. Order dinner plate each. Yummy~ sedap okeh. Then discuss apa yang nak buat after makan. Fatih dengan bestnya jawab jom ke Cairo. Ekk? Pandang Safiah and she was like, yap, jom ke Cairo. I thought they were playing and asked again. Then Fatih replied back, yelaaa, jom la Cairo! Safiah pun jawab, Fatih tak main-main la kak. So, agak-agak kita orang pergi tak? Hahaha~! Then I ask Fatih, tau ke jalan nak ke CityStar? Akak jalan ke Ramses lepas la. Yang lain-lain tak tahu. So all of us three diam kejap and thinking. Bwahahaha I came up with the idea, ‘how about bringing my fiancée so that he can lead us to the place’, so Safiah replied, orang baru nak cakap, akak taknak bawak ustaz akak ke. So called Azril and eventhough he’s not agree at first, he end up saying ‘ok, nak jumpa kat mana? Saya lapar lom sarapan’haha nasib ada ayam extra yang tak habis tadi plus order Jalapeno untuk bekal cik abang. Then kita orang withdraw duit, terus gerak ke Mahattah (stesen keretapi) and meet him there.

Sadly, train were leaving at 5.30pm which is another 2 hours to wait. So Fatih suggest we go to Gumlah (stesen tremco) and take tremco/peugeout. Everything went smooth and kita orang reach Cairo at 6pm. Sampai-sampai je CityStar, terus pergi kat Movies Station and buy 3D Toy Story ticket. Start at 6.30pm but movies start at 7pm. So tengok sampai habis and nangis-nangis sebab ada part last tu sebak sikit saja bagi spoil movies scene hehe. Pastu Azril pergi solat and kita orang round round beli selipar, klip rambut etc-etc.

After that, pergi makan-makan kat Panda House, haha boleh pulak terserempak dengan Ust Muiz (bekas Presiden PMRAM) + Ust Faizzuddin Ghazali (Ex-Pengerusi DPMZ, now BP PMRAM), tapi buat-buat tak tahu, and suruh Azril greet them (kawan lama) kena soal jugak la, tapi Azril jawab bakal zaujah - boleh ust tu tak percaya, and tanya Azril, 'dengan budak medic?' cess.

Pastu, kita orang beli aiskrim McFlurry M&Ms, and head to kedai buku. I bought 2 books, both were from the same author of Men are from Mars, Women are from Venus. Guess what, now dah ada 3 collections of this type of book.

1. Men are from Mars, Women are from Venus.

2. Why Mars & Venus Collide.

3. Mars & Venus Together Forever.

Topic lain tu macam tak ada hati sangat nak beli. But maybe next time. Jam dah pukul 10.30 kot. I don’t know. Tak perasan jam. Tapi kita orang gerak ke Tanta. Tremco pun senang dapat. Tremco besar yang selesa la. Reached Tanta at 1pm / 1.30pm. Wash up then now nak tidur.

Pengalaman pertama plan last minute ke Cairo and dalam masa yang paling singkat just to watched Toy Story. Hampeh la adik-adik ni ngajor aku. Hahaha dari pkul 4.30ptg – 1.30pg = 9jam

Friday, July 2, 2010

cuti hari #1

hari ni hari 1st cuti selepas final exam. insyaALLAH jika tiada aral melintang, cuti ini akan terus berkekalan ke awal mula kuliah nanti. Doakan semua paper mumtaz lulus ye kawan-kawan!!

Pagi tadi tidur lewat, after subuh. Ada arab bising-bising. Biasalah musim cuti ni, ramai lah yang kahwin dan berkenduri-kendara. Kerana tengok movie arab memekak sampai subuh, tidur pun lambat dan bangun pun lambat awal la. :”)

11.00pg – bangun pagi.

Then terus online, check FB, check Twitter, update sikit-sikit pastu bukak folder movie. Layan sebuah movie ‘Obsessed’ and then tengok bilik sendiri yang tunggang-langgang tak berkemas sepanjang examcantik tersusun ni, rasa nak mengemas la pulak. Lepas solat zohor, terus kemas my room dengan susunan baru yang tak ada lah cantik sangat. Just ok-ok since I dont mind living like this..hahaha

Katil angkat dan tilam je biar atas lantai. Sekali-sekali kena ubah angin tidur bawah. Macam roda, sekejap di atas, sekejap di bawah ceewaah. Meja study memang kosong. Kasi licin buku-buku susun dekat rak mana tahu nanti terpaksa baca lagi buku tu cuti nanti bosan-bosan nak baca balik buku kan.

Now, after dah layan diri mandi manda menghadap blog dan FB lagi. Received sms dari emak, saying she’s at Kampuchea right now and ask me to pray for her safety [amiin] – then i text her asking for permission since diajak oleh my housemate + etc. They will be going to Cairo tomorrow mandi manda di laut. Got back a reply saying ‘Why dont you start hafal quran and dont waste your time on something like this’ so, uh okay, since I dont have and intention to ruined her mood while she’s on working’s tour to Kampuchea, so I end up saying, ‘okay, will stay home safely, take care and enjoy the trip, pray for your safety..bla bla bla bye and wslm’

Petang-petang macam ni kalau di Malaysia, pekena pisang goreng dan air teh panas, awww yummy! Tapi ini Mesir, so, called safya, my new besties, almost like my adik and ‘jom pekena seroja*’ and she say yes. Ok.. got to go!

Bye all~

*Seroja = rumah makan yang student Indonesia usahakan.

Sunday, June 27, 2010

tag dari umah K.A.M.I

tag ni perlu dibuat dengan menggunakan huruf pertama dari blog anda. kemudian jawab soalan-soalan dengan menggunakan huruf tersebut.

syarat 1= mesti menggunakan huruf pertama dari blog anda

M - Meninjau dari perspektif yang berbeza.

syarat 2= jawapan xley berulang
MMMM ok..


1. nama anda :
Miss Siti Nur Alia binti Kamarulzamil

2. perkataan 4 huruf :
Masa.


3. nama budak laki:
Mohd Azrilhisyam


4. nama budak perempuan :
Munirah


5. pekerjaan :
Makcik sapu sampah.


6. warna :
Merah


7. sesuatu yang anda pakai :
Mustajab Lotion...hahaha kan da kantoi..ish


8. makanan :
Mengkudu? boleh makan kot~ :D


9. Sesuatu yang boleh dijumpai di tandas :
Mangkok jamban. waaa hebatnye saya.


10. tempat :
Melaka...ehe :D


11. alasan bila terlewat :
Mangon lambat la doc..hahahaha


12. sesuatu yang anda jeritkan
Makkkkkkkkkkkkkk! :D hehe


13. tajuk filem :
Mujhse Dosti Karoge..


14. minuman :
Mineral..wow air sehat...haha


15. kumpulan muzik :
Mendua..kot la..xtau la ni grup ape.


16. haiwan :
Musang berjanggut. ape la soklan x best langsung..ahahaha


17. nama jalan :
Mahameru Road, Klang.


18. jenis kereta :
Map Cheng..hahaha kereta ape nih..hentam sajalah labu..susah beno.


19. mereka yg bakal di tag :
-safiah sariyyah,
-azrilhisyam..
-ira pipi bulat..
[3org pom dah cukup kan~]

sooyoungisme

enjoy!!


Posted Image

This post has been copy and paste by me: Siti Nur Alia binti Kamarulzamil to be shared worldwide with SNSD's fan.

Tuesday, June 22, 2010

UPSR dan PMR. lagi gimik kerajaan.

lawak.
itu perkataan pertama yang keluar bila baca berita ni.
tak ada otak.
itu perkataan kedua.

mansuhkan UPSR dan PMR? aih~ main-main pula orang tua ni.

komen saya:-
1. sapa la gatal-gatal boleh terpikir idea yang kurang bernas ni? kalau selama ni alasan korang UPSR tak membantu pelajar, abes tu, kalau mansuhkan akan bantu la diorang? apaaaa daaa!!!

2. UPSR dan PMR ni la platform student nk hadapi SPM yang akan datang. bayangkan tak pernah exam tiba-tiba kena jawab SPM. haru tak? tak haru? aih, pelik la pakcik ni.

3. pakcik dulu UPSR dapat teruk ke? or pakcik dulu takde UPSR, so pakcik jeles dengan budak sekarang yang ada UPSR? budak nak peksa pun di halang. ada-ada jela. macam-macam pe'el

4. tidak perlu gopoh dalam membuat keputusan? patutnya cakap camni dengan diri sendiri, tidak perlu keluar idea pelik camni dalam membuat keputusan, awak tu TPM kot, ada pulak cakap cenggini. seronok kot tengok budak tak belajar dan hanyut.

5. memanglah bukan bergantung pada exam kejayaan masa depan, tapi, nak asah jugak sedari kecil kan.

6. lepas ni apa pulak requirement MRSM atau SBP utk intake kalau tak ada exam? anak dato' sekolah bagus-bagus, anak atok nenek sekolah biasa. macam tu?

7. bla bla bla...banyak pulak gimik politik sekarang. dahsyat. budak nanti tak bijak, pastu tak sambung study, so kerajaan tak perlu keluar duit nk taja. oh, pandainye! ceh~

_____________________________________________________________________________________________

PUTRAJAYA: Tiada penetapan tempoh masa berhubung keputusan sama ada untuk memansuhkan atau mengekalkan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata kerajaan tidak perlu gopoh dalam membuat sebarang keputusan.
Katanya, beliau masih menunggu dan meneliti maklumat balas yang mula diterima daripada pelbagai peringkat masyarakat dan pihak yang berkepentingan berhubung perkara itu.
"Bila kita dah berpuas hati, kita akan maklumkan keputusannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Perkhidmatan Pendidikan 2010 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataannya sebelum ini yang mengajak pakar pendidikan dan masyarakat memberi respon tentang cadangan pemansuhan UPSR dan PMR.

Muhyiddin berkata, setakat hari ini, respon yang diterima adalah baik.

"Ada yang bersetuju kedua-dua peperiksaan itu dihapuskan, ada yang mahu tinggalkan satu peperiksaan sahaja.
"Apa-apa pun, kita akan menunggu selepas kita berpuas hati apabila semua pihak dapat menyuarakan pandangan," katanya.

Muhyiddin berkata maklumat yang diterima akan dikumpul dan perbincangan akan dilakukan di peringkat kementerian, yang membabitkan pihak yang berkepentingan. - BERNAMA

tQ for the award

awards dari my best buddy kt UIA dlu... miss Lina Iryani,
tQ dear!!!

Award ni datang bersama sedikit tugasan..ok..penerima award seterusnya adalah

bella,
mira khalid,
farihah,
K.A.M.I
dan
abang!

sudi2 la ye terima award ni..

Ni tugasan yang datang bersama award:
  1. Copy dan paste kan pada blog korang

  2. Buat satu entry tentang award ni

  3. Ucap terima kasih dan letak link pada entry tersebut

  4. senaraikan 5 blogger sebagai penerima award

  5. Beritahu penerima award supaya dia tahu yang dia adalah penerima award

Wednesday, June 16, 2010

lanjutan kes JPA

source : harakahdaily

KUALA LUMPUR, 16 Jun: “Tidak ada rakyat Malaysia yang waras yang dapat menerima keputusan kerajaan untuk menidakkan peluang pelajar cemerlang Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana kekurangan sumber dana,” kata Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) membantah keras keputusan kerajaan untuk memansuhkan pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar cemerlang secara berperingkat-peringkat seperti yang diumumkan Perdana Menteri di Dewan Rakyat semalam.

Beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini berkata, keputusan itu bercanggah dengan falsafah dan semangat yang digariskan dalam Rancangan Malaysia ke-10.

"Dapsy merasakan keputusan ini sangat tidak adil kepada generasi muda Malaysia kerana pengurusan kewangan yang boros dan tidak berhemah oleh Kerajaan Barisan Nasional menyebabkan generasi muda Malaysia terpaksa menangung akibat dan implikasinya," katanya.

Beliau juga berkata, rakyat tidak dapat menerima keputusan kerajaan memansuhkan pemberian biasiswa itu sedangkan kerajaan mengumumkan cadangan untuk membina bangunan Parlimen yang baru bernilai RM800 juta dan kos pembinaan Istana Negara mencecah RM811 juta.

"Kerajaan mengatakan pemberian biasiswa ini tidak dapat diteruskan kerana pembiayaan kewangan yang tinggi dan kerajaan tidak mampu menanggungnya. Ini adalah satu asalan yang tidak boleh diterima sama sekali.

"Tatkala apabila kerajaan mengumumkan cadangan untuk membina bangunan Parlimen yang baru bernilai RM800 juta dan kos pembinaan Istana Negara mencecah RM811 juta, tidak ada rakyat Malaysia yang waras yang dapat menerima keputusan kerajaan untuk menidakkan peluang pelajar cemerlang Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana kekurangan sumber dana," katanya.

Katanya, Dapsy turut mempersoal keikhlasan kerajaan dalam ‘membentuk belia untuk menjadi pemimpin masa hadapan yang dinamik dan berinspirasi’ seperti yang terkandung dalam RMK ke-10 yang dibentangkan.

"Apakah isi kandungan yang tertera dalam RMK10 yang dibentangkan sendiri oleh Perdana Menteri sekadar indah khabar dari rupa? Perdana Menteri semakin hari semakin dikenali sebagai ‘Perdana Menteri flip-flop’. Namun kita tidak menjangkakan bahawa beliau begitu cepat ‘flip-flop’ dalam dasar yang dibentangkan oleh beliau sendiri di Parlimen kurang dari semingu yang lepas," katanya.

Sehubungan itu, katanya Dapsy menyeru kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa pemilih khas Parlimen untuk mengkaji semula secara menyeluruh setiap aspek pelaksanaan dan sistem pemilihan penerima biasiswa JPA termasuk dua cadangan iaitu memberikan biasiswa kepada semua pelajar cemerlang SPM yang mendapat A dalam semua mata pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Selain itu, penajaan biasiswa ke luar negara mengikut pengkhususan bidang pengajian hanya ditetapkan selepas menilai keputusan akademik di peringkat pra-universiti.

sumber rujukan : azrilhisyam


Monday, June 14, 2010

kerajaan dan JPA. putar belit. dan nasib pelajar.




KUALA LUMPUR: Pemberhentian pemberian 1,500 biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara mulai tahun depan akan dilakukan secara berperingkat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz , berkata langkah itu bertujuan mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi menanggung pelajar yang menuntut di luar negara.
"Kita kurang secara berperingkat. Ini soal kemampuan kerana perbelanjaan untuk seorang pelajar terlalu mahal. Lebih untung kalau kita belanjakan untuk orang ramai," katanya.
Mohamed Nazri mengulas laporan media hari ini yang memetik beliau sebagai, berkata bahawa JPA akan menghentikan pemberian 1,500 biasiswa kepada pelajar bagi mengikuti kursus ijazah sarjana muda di luar negara tahun depan.

Namun, mereka yang mendapat tempat di universiti terkemuka seperti Oxford dan Cambridge, masih boleh memohon untuk diberikan biasiswa.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata penamatan pemberian biasiswa itu dijangka mampu memberi kesan yang baik kepada pelajar tempatan.

Katanya, universiti tempatan bersedia menampung jumlah pelajar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara berikutan keputusan itu.

"Apabila ramai pelajar tidak dihantar ke luar negara, ini bermakna ramai pelajar akan belajar di universiti yang terbaik di sini. Kita memang dari segi nak tentukan sama ada universiti itu mencapai kecemerlangan atau tidak, salah satu komponen yang penting ialah pelajar terbaik.

"Ini bukan soal tiada masalah. Dari segi IPT (Institusi Pengajian Tinggi) tempatan, kita sedia menampung jumlah pelajar," katanya di lobi Parlimen di sini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pihaknya menyambut baik cadangan itu sambil menyifatkan ia akan mengurangkan bebanan kos kepada kerajaan.

"Kita menyambut baik usaha ini untuk memberikan biasiswa kepada lebih ramai pelajar tempatan. Kalau kita beri biasiswa kepada 1,500 pelajar yang belajar di luar negara, memang tak cukup juga kerana tiap-tiap tahun yang merayu pun ramai juga.

"Banyak juga universiti luar negara yang ada kampus berkembar dalam negara kita. Sekarang ini, kalau RM1 juta hanya kepada tiga orang pelajar dan bagi kursus perubatan ia menelan lebih RM1 juta. Kalau kita nak hantar pun ialah untuk pakar," kata Liow.

Liow yang juga Timbalan Presiden MCA, berkata usaha menghentikan pemberian biasiswa tidak dilihat menyekat peluang mana-mana pihak malah dilihat mampu mengantarabangsakan universiti tempatan. - Bernama

________________________________________________________________________________________________________


KUALA LUMPUR: The 1,500 scholarships offered by the Public Service Department (PSD) for undergraduate studies overseas will be phased out from next year.

However, those who have secured entry for undergraduate studies at top foreign universities such as Oxford and Cambridge may still apply for such scholarships.

Scholarships for postgraduate studies will also be available.


Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz said the move was aimed at increasing the number of scholarships for those studying at local universities and to address complaints that there were not enough scholarships for outstanding Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) students.

These scholarships are awarded on merit and take into account the student’s background.

Nazri said this would not affect the Perdana Scholarship—the 300 scholarships awarded by the PSD entirely on merit, regardless of race.


This is the second year of the Perdana Scholarship, which is solely for students doing a master’s degree or doctoral programme in all fields with emphasis on science
and technology,at world-renowned universities.

Nazri, who is also the minister in charge of PSD scholarships, said that there would always be complaints that the government was not providing enough scholarships.

“There are just too many outstanding students. Even with the new grading system, where grades are divided into three classifications, for example, A-, A and A+, there are still many students who are able to get with outstanding results.

“It’s impossible to increase the number of scholarships because we don’t have enough money for that when we also need money to focus on other areas,” he said told the New Straits Times yesterday.

The 1,500 overseas scholarships given out under the PSD’s Program Ijazah Luar Negara (PILN) overseas programme are awarded according to a race quota with 56 per cent going to Bumiputera students and 44 per cent to non-Bumiputeras.

This year, more than 15,000 students applied for the scholarships.

Nazri also refuted a claim by Federation of Malaysian Indian Organisations president A Rajaretinam that 80 per cent of the scholarships were awarded to Bumiputeras, calling it a “blatant lie”.



Read more: PSD to end sponsorship of undergrad studies abroad http://www.nst.com.my/nst/articles/PSDtoendsponsorshipofundergradstudiesabroad/Article/#ixzz0qr7GsQfO


_____________________________________________________________________________________________________

KUALA LUMPUR: The phasing out of the 1,500 scholarships offered by the Public Service Department (PSD) for undergraduate studies overseas next year will be done gradually, Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz said today.


He said the move was to reduce expenses incurred by the government in sending students to study abroad.

"We will reduce in stages...because the cost per student is too high," he told Bernama.

He said this when asked to elaborate on his statement in the media today that the PSD scholarship for undergraduates studies overseas would be phased out.

However, those who have secured entry for undergraduate studies at top foreign universities such as Oxford and Cambridge may still apply for the scholarship.

Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said the phasing out of the scholarship would have good impact on local students.


He said local universities were prepared to accommodate students who could not pursue studies abroad because of the decision.

"When many students are not send abroad, this means many students will study in the best universities here...to gauge whether a university is excellent or not, one of the important components is having best students," he told Bernama at the parliament lobby here.

Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said he welcomed the proposal to phase out the scholarship ad it would reduce government expenditures.


"We welcome the move to provide more scholarships for local students. If we provide scholarships to 1,500 students studying overseas, it will also be not enough because every year, the number of those who appeal is also huge.

"Many foreign universities have campuses in our country. Now, RM1 million is only enough for three students and for those taking medical course, it will be more than RM1 million. If we want to send (overseas), it is for specialisation courses," he added.

Liow, who is also MCA deputy president, said he saw the move to phase out the PSD scholarship as a step towards internationalising local universities. -- BERNAMA



Read more: Phasing out of PSD scholarships to be done gradually http://www.nst.com.my/nst/articles/PhasingoutofPSDscholarshipstobedonegradually/Article/#ixzz0qr7PMBjV


Komen:

1. cambridge dan oxford tu sorang jek da RM1juta setahun. kalau hantar mesir, da boleh taja 6 org.

2. duit kerajaan yang banyak-banyak tu mana? masuk poket ke?

3. ooo, kalau untuk pelaburan pendidikan, ada je yang nak potong sana sini. kalau pelaburan judi, bina bermacam-macam bangunan stadium, masjid kristal, putrajaya yang jauh lebih berjuta-juta, tak jadi isu besar pulak pada kerajaan.

4. jangan terkejut kalau nanti yang belajar oversea, tak balik Malaysia untuk kerja dengan Kerajaan. eh, kitorang belajar ni pun, balik nak berkhidmat utk negara jugak. kalau tak nak taja, baik serve negara lain. lagi income masyuk.

cakap banyak kat sini pun tak guna jugak. baik pegi study esok exam. sakit otak je la cakap pasal kerajaan ni. aih! [keluh besaar punye]

Coretan anda?