kalau tak jelas sangat tulisan tu, tekan ctrl +, kalau rasa tulisan tu kecik sangat, tekan ctrl - ....mekaseh! enjoy your reading!

Thursday, August 20, 2009

MONEY will flooooowww~ heh

Had joined this one advertising program, let’s learn about it in simple steps.

1. It uses Twitter, (Follow My Twitter please).

2. This is how it works.

3. You’ll get paid when you reach RM100.00.

That’s all. Register here.

*You don’t need to have a blog, just twitter is enough.
*The founder is the same as Nuffnang (so they said), automatically it’s reliable.

I heard of this from Jackster. It’s not that hard to monetize things, just take the chances,
and money will floooow right into your pocket, heh like I’m that kind of money-spinner.

Monday, August 17, 2009

ESQ 165 dan demi matahari~

Alhamdulillah saya baru selesai mengikuti satu kursus atau lebih dikenali sebagai ESQ training 165 bertempat di KUIS pd 15 dan 16hb ogos baru2 ini gabungan bersama Iluvislam.com.


Alhamdulillah Semuanya Berjalan Lancar … Satu Program / Kursus Yang Bagus Untuk Semua Tak Kira Muda @ Tua, Kecil @ Besar … Pada Saya Mahasiswa Mmg Wajib Pergi … Best Woo .. XD

Masuk Kursus Ni Mmg Tak Boring … Sebab Mmg Penuh Dengan Gelak Tawa, Sedih Dan Lain2 … [ Nak Tau Lebih? Pegi join ESQ ] ..

Anda Pasti Tak Boring Sbb Di ESQ, Mereka M’gunakan Music Yang Kuat Supaya Kita Tidak Merasa Boring / Mengantuk .. [ Nak Tido? Try La, Mau Terkejut Korang ] - ada la terlelap jugak kot..haha

Anda Pasti Tidak Mahu Tidur Walau Sesaat Kerana Jika Tidur, Anda Akan Terlepas Sesuatu Yang Indah …

Di ESQ Ada Pelbagai Kaedah Yang Mereka Gunakan Supaya Anda Tak Boring Antaranya :-
*Menyanyi [ Ada Gaya / Tariannya ] Lagu Best [ Demi Matahari ]
*Yell [ Best Nih ]
*Senaman [ Bagi Korang Tak Kebas Badan2 Korang Tuh ]
*Games [ Main Ramai2 ]
* Byk Lagi ..

So, Kalo Korang Nak Rasa Experience Nya … Pegi La .. Baru Korang Akan Tahu Pengalamannya … Jauh Berbeza Dengan Kursus2 Yang Lain …
‘ – F e e L – – T h E – – E x p e r i e n c e – ‘

Special Thanks To :
Pak Firdaus Djamaris & Pembantunya ..
ATS & Semua Yang Terlibat ..
Alumni ..

Secara jujurnya, program sebegini sangat lah bagus, kerana banyak muhasabah diri dilakukan..apa-apa pun, buat sahabat-sahabat yang nak tahu apa itu ESQ 165, jom ramai-ramai sertai!!

next training :-
maju junction 12 dan 13 sept...!! jangan lepaskan peluang ini~
updated info later ok~ jangan ketinggalan

Saturday, August 1, 2009

Memang ALLAH sengaja!

Sekadar renungan bersama……

Memang Allah sengaja....

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL. Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan laranganNYA. . PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA


10 JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM...

Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.

3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.

4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.

6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.

8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.



9 Pembaziran Yg Sering Kita Lakukan...

"Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada 9 pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:

Ilmu pengetahuan
- Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

Amalan
- Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

Kekayaan
- Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

Hati
- Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

Tubuh badan
- Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

Cinta
- Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

Masa
- Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

Akal
- Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

Zikir.
- Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Wallahu'alam.

Semoga Allah s.w.t memberi kekuatan untuk kita amalkan.
Wassalam

Coretan anda?