kalau tak jelas sangat tulisan tu, tekan ctrl +, kalau rasa tulisan tu kecik sangat, tekan ctrl - ....mekaseh! enjoy your reading!

Thursday, October 2, 2014

minus

since start diet bulan May 2013,
macam2 produk try,
macam2 diet try.
Alhamdulillah managed to decrease 18.5kg up until Sept 2014.

ni yang diet main2,
yang bila nak diet, diet.
bila nak makan banyak, makan.
cheat day takyah cerita, berlarutan jadi cheat month pun ada.

but badan kita ni,
kalau dah set nak turun, dia turun jugak,
janji bila makan kenyang2 pun,
masih within limit.
kalau agak2 ter lebih sangat,
ganti dengan exercise ke kan.
sedapkan hati laaa konon terbakar jugak sedikit kalori hahaha.

achievement 18.5kg ni apalah sangat nak dibandingkan,
but everything start with first step kan?

another 30kg nak turunkan.
deadline lagi 3 bulan. memang tak masuk akal.
jadi nak cuba sedaya yang mampu ajelaaaa.

benda paksa2 pun tak boleh jugak.

ada satu trick yang sememangnya paling berkesan,
dari mula diet dulu sampai sekarang benda ni la satu-satunya yang dijaga.
GULA.
kurangkan gula.
sehari limit kpd satu sudu kecik je.
kalau hari tu terbanyak telan gula,
dilutekan balik dengan air kosong banyak banyak.

#RahsiaKejayaan

Friday, September 26, 2014

Alhamdulillah

lepas entry 'trauma' bulan lima haritu,
jujurnya dua subjek killer hampir2 membunuh semangat jugak lah,
lepas satu je subjek dan satu lagi kena re-sit.

re-sit something untuk kali ke-6,
subject which took me 3 years to pass,
aku patut dah ade degree untuk subjek ni,
cuak takyah cakap,
study nangis,
exam errrmm almost nangis tapi kuatkan diri jawab dulu papehal pun.
tapi end up nangis jugak lah the last 5 minutes sebelum kertas jawapan dikutip tu.
nangis sebab rase mcm ape yg aku jawab tadi betul ke?
rasa jawapan tak cukup perfect nak score serendah2 passing marks,
(sebenarnya nangis sbb ni dah my last chance to be exact)
untuk pass this paper and enter 4th year of Med School
klu tak bungkus baju la balik Malaysia tanam anggur.

penyayangnya Allah sebab bagi gua pass.
maka conclusionnya,
yakinlah Allah takkan uji sesuatu melainkan sekadar kemampuan kita.

Gua yakin sebenarnya yang buat gua pass ni bukan usaha gua sangat,
tp sebab doa2 family n kawan2 yang senyap2 doakan.

satu je,
nak pesan kat orang2 kat luar sana,
(kalau uols baca blog I la kan)
rezeki nak berjaya setiap orang berbeza.
tak apa la kawan2 dah grad dah jadi HO pun,
lambat2 pun tak apalah.
asalkan ada keinginan tu.

selalu I said this to myself,
later bila dah grad,
teringin nak bukak slot motivasi sket,
nak proudly say 'It took me 10years to graduate Med School, but I did it'

semoga tahun2 berikut berjaya dengan jayanya.
ameen.

and again,
alhamdulillah.
segala puji bagi Allah,
pemberi ujian dan pemberi rahmat.

Sunday, May 18, 2014

Trauma

dengan exam.

sebab asal tengok je soalan,
teringat jatuhhhh bangun yang dah 4 kali.

dan exam,
tak pernah buat baik dengan aku.

rasa loser gila. kan?

but aku yakin Allah sayang aku,
Allah mesti tolong.
Yakin ajelah.

betul lah

betul lah,
bila makin jauh dengan tuhan,
banyak nikmat Allah tarik.
sikit-sikit Allah uji supaya kita balik pada Dia.

Tuhan nak tengok kita buat sesuatu sebab apa,
sebab Dia atau sebab suka-suka.

kalau dah jauh,
boleh patah balik.

kalau kita rasa macam jauh dah dari Allah,
ingat je,
yang Allah tu sentiasa dekat,
always there,
tak ade pergi mana2.
pusing, buatlah u-turn ke,
do whatever you can untuk patah balik,
sifir mudah,
don't forget to turn back aje.

insyaAllah tengok macam mana hidup kita berubah jadi lebih baik.
because matlamat hidup kita adalah kerana Allah.

betul lah.

Coretan anda?