kalau tak jelas sangat tulisan tu, tekan ctrl +, kalau rasa tulisan tu kecik sangat, tekan ctrl - ....mekaseh! enjoy your reading!

Sunday, March 8, 2009

Sudah Tibakah Saatnya?

Tengahari tadi, saya mengambil 2 biji pil Vitamin C 250mg. Sebagai langkah berjaga-jaga tidak mahu terkena selsema kerana lagi dua hari saya perlu menjadi pengacara majlis.

Sedang sibuk menyiapkan teks ucapan lengkap dengan gaya, saya ke dapur mencari sesuatu untuk dikunyah. Biasalah, musim sejuk memang terkenal dengan kelaparan yang mengganda. Tambahan pula saya tidak bersarapan pagi tadi.

*buka peti*
*sedih*
*tiada makanan yang boleh dimakan segera*

*buka peti bahagian frozen food*
*nampak udang*

*senyum*

Jadi, kesimpulannya, udang tersebut saya goreng bersalutkan tepung segera dari Malaysia dan kemudian saya makan dengan roti whole wheat (menu diet saya).

Cukup 4 ekor udang sudah saya telan, saya baru tersedar bahawa, selepas pengambilan pil vit. C, adalah mudarat jika diikuti dengan memakan udang!

Oppss... I did it~

Berikut adalah forwarded message yang saya pernah dapat lewat Yahoo Messenger tentang ambilan pil Vit.C diikuti dengan memakan udang.

[Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C !!. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.]

*diam*
*sebak*
*cakap dalam hati, nak mati dah ke aku ni?*

saya terus menaip kata kunci arsenik di skrin laptop dan berjumpa satu laman yang bagi saya amat berguna untuk panduan kita bersama.

klik sini

*tangan mengurut leher..kepala sudah terasa pening*
*diam*
*mungkin dah tiba saatnya*

izinkan saya pergi dulu...

p/s: kalau ada kesempatan dan umur yang panjang, saya akan terjemahkan ke bahasa melayu apa yang dipaparkan dalam laman berkenaan.

oh ya, saya sudah cuba makan telur 3 biji tadi (^_^) berkesankah ya?

YA ALLAH, SELAMATKAN AKU!

4 comments:

eunsuh_88 said...

kikikikik lawakkk laa aliaaa

ish3~

mintak maap bbyk aliaa klo ada salah silap.. tsk tsk..

Anonymous said...

slm..ala..k.yong pun mntk maaf lh slh silap. tp maut tu tgn tuhan kn

zulikhwan said...

assalamualaikum...
saya zulikhwan dan merupakan calon spm 2008... saya membaca komen anda di salah satu blog mengenai akademi quran medic malaysia.... dan saya akan melanjutkan pelajaran menerusi agensi ini....saya ingin bertanya adakah agensi ini boleh dipercayai.. tolonglah saya... hubungi di mohdzulikhwan@gmail.com. harap anda dapat responds secepat mungkin di email ini kerana result spm akan kuar dua hari lagi.. 12 march.. thank you... assalamualaikumm

TheNextSyahidah said...

huhu..takut gak..ahaks

Coretan anda?