kalau tak jelas sangat tulisan tu, tekan ctrl +, kalau rasa tulisan tu kecik sangat, tekan ctrl - ....mekaseh! enjoy your reading!

Friday, July 2, 2010

cuti hari #1

hari ni hari 1st cuti selepas final exam. insyaALLAH jika tiada aral melintang, cuti ini akan terus berkekalan ke awal mula kuliah nanti. Doakan semua paper mumtaz lulus ye kawan-kawan!!

Pagi tadi tidur lewat, after subuh. Ada arab bising-bising. Biasalah musim cuti ni, ramai lah yang kahwin dan berkenduri-kendara. Kerana tengok movie arab memekak sampai subuh, tidur pun lambat dan bangun pun lambat awal la. :”)

11.00pg – bangun pagi.

Then terus online, check FB, check Twitter, update sikit-sikit pastu bukak folder movie. Layan sebuah movie ‘Obsessed’ and then tengok bilik sendiri yang tunggang-langgang tak berkemas sepanjang examcantik tersusun ni, rasa nak mengemas la pulak. Lepas solat zohor, terus kemas my room dengan susunan baru yang tak ada lah cantik sangat. Just ok-ok since I dont mind living like this..hahaha

Katil angkat dan tilam je biar atas lantai. Sekali-sekali kena ubah angin tidur bawah. Macam roda, sekejap di atas, sekejap di bawah ceewaah. Meja study memang kosong. Kasi licin buku-buku susun dekat rak mana tahu nanti terpaksa baca lagi buku tu cuti nanti bosan-bosan nak baca balik buku kan.

Now, after dah layan diri mandi manda menghadap blog dan FB lagi. Received sms dari emak, saying she’s at Kampuchea right now and ask me to pray for her safety [amiin] – then i text her asking for permission since diajak oleh my housemate + etc. They will be going to Cairo tomorrow mandi manda di laut. Got back a reply saying ‘Why dont you start hafal quran and dont waste your time on something like this’ so, uh okay, since I dont have and intention to ruined her mood while she’s on working’s tour to Kampuchea, so I end up saying, ‘okay, will stay home safely, take care and enjoy the trip, pray for your safety..bla bla bla bye and wslm’

Petang-petang macam ni kalau di Malaysia, pekena pisang goreng dan air teh panas, awww yummy! Tapi ini Mesir, so, called safya, my new besties, almost like my adik and ‘jom pekena seroja*’ and she say yes. Ok.. got to go!

Bye all~

*Seroja = rumah makan yang student Indonesia usahakan.

No comments:

Coretan anda?