kalau tak jelas sangat tulisan tu, tekan ctrl +, kalau rasa tulisan tu kecik sangat, tekan ctrl - ....mekaseh! enjoy your reading!

Friday, April 16, 2010

cakap tak serupa bikin

Hidup penuh dengan situasi-situasi yang tidak terjangkakan. Banyak perkara yang kita tidak bersedia menghadapinya. Terlalu banyak! Entry kali ini sekadar beberapa perkara yang kerap bermain di benak saya. Ditelan mati emak, diluah mati ayah, serba salah pula untuk menulis. Namun selagi apa yang terbuku ini tidak terluah, hati tidak tenang juga.

Situasi : Batotis ditegur oleh Tomatom kerana sikapnya yang agak liar. Tomatom memarahi Batotis dan mengugut akan melaporkan kepada kedua orang tua Batotis jika Batotis tetap berkeras untuk kekal liar. Walaubagaimanapun, Batotis tidak mengendahkan nasihat dan ancaman Tomatom. Batotis terus berkelakuan liar dan tambah menarik lagi, Batotis menyebarkan cerita dalam kalangan kerabatnya, Batoto dan lain-lain lagi tentang betapa Tomatom cuba menegurnya dengan cara yang tidak berhikmah.

Komen #1 : Jalan dakwah itu tidak harus disempitkan dengan teguran semata-mata. Ada banyak method dakwah untuk mengajak manusia ke arah kebaikan. Dakwah bil-hal, dengan perbuatan kita, mudah-mudahan mereka-mereka yang melihat akan lembut hati untuk beribadah.

Komen #2 : Cara teguran yang terlalu lantang tidak menjamin ianya merupakan teguran yang berterusan. Ada banyak ragam dan jenis manusia yang lebih terarah kepada cara yang lebih lembut, lebih ‘friendly’, mudah dihadam dan diterima akal, didengari manis. Pointnya ialah, kekerasan bukanlah jalan mudah menghalang.

Komen #3 : Ada juga situasi yang saya sendiri pernah alami apabila berhadapan sengan segelintir orang yang terus-terusan menolak teguran demi teguran ke arah kebaikan. Alasannya ialah, cara teguran yang tidak sesuai dan tidak ‘kena’ dengan mereka. Teguran yang kadang berlandaskan emosi semata tanpa dilihat dari perspektif dan sudut lain. Sudut dimana dikaji mengapa mereka berkelakuan sedemikian. Terdiam juga saya dibuatnya. Namun, dibantu oleh sahabat saya, kami menguatkan diri bertanya dengan lebih lanjut kepada adik tersebut, apakah jenis teguran yang dia rasakan baik dan mudah diterima, dengan harapan jika teguran secara kasar tidak jalan, maka mungkin menggunakan pendekatan yang lebih lembut akan berkesan. Perbualan kami menjadi semakin menarik, adik tersebut lancer menuturkan bahawa dia suka jika ditegur dengan lemah lembut, bukan paksaan, tanpa ada unsur emosi, dan bukan dengan marah-marah atau brainwash. Jadi, mungkin selepas ini kita boleh sama-sama praktikkan?

Komen #4 : sebelum mengakhiri komen ini, saya hanya ingin melontarkan satu pertanyaan kepada semua pembaca sekalian, sekiranya anda, kamu, engkau, kita, saya, ditegur dengan lemah lembut sebegitu, adakah kita akan benar-benar terkesan dan berubah? Sama-sama tepuk dada dan tanya iman.

p/s: soalan yang sama saya lontarkan kepada adik tersebut, dan jawapan dia ialah, dia memang tidak mahu berubah, biarlah dengan apa cara sekalipun.

Kak alia: Habis tu, kalau si X tegur awak dengan cara macam tu (cara lembut), awak boleh terima tak?
Adik : Ala, orang cakap cara tegur tu kena ubah je, tapi orang memang taknak berubah lah.

Dalam hati,
Kak alia: aik dik, pulak dah? Ini sudah jadi kes cakap tak serupa bikin. Aduh.

[watak dirahsiakan dan nama-nama berkenaan hanyalah rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan siapa-siapa yang masih hidup mahupun sudah tiada]



1 comment:

Anonymous said...

Para Dr/pendakwah kena blajar psychology. Lain org lain ragamnya. Adakala perlukan peraturan rasmi spt pekeliling/arahan mcm kat U. Tp klu personal, kena tgk org dan gayanya. Pendakwah mesti menjadikan diri spt AIR (bukan udara); yg boleh menjadi penawar, menghilangkan haus, mencuci, merubah pantai (hakisan) hatta melembutkan batu dan mengubah geography dunia. Lihat betapa kuatnya kuasa AIR yg boleh melembutkan & menbentuk batu2 di sungai, di lautan. Kalau gunakan tukul, batu2 itu akan pacah berdasai (kata org nogori). Lihat peta geography Acheh slepas Tsunami. Banyak yg telah berubah. AIR ciptaan Illahi sesuatu yg lembut tetapi mampu MERUBAH keadaan. Hargailah AIR. Jgn membazir. Wassalam ~~

Coretan anda?