kalau tak jelas sangat tulisan tu, tekan ctrl +, kalau rasa tulisan tu kecik sangat, tekan ctrl - ....mekaseh! enjoy your reading!

Wednesday, February 2, 2011

sepanjang rusuhan

keadaan mesir sepanjang rusuhan :

 

1. ribuan rakyat mesir membuat rusuhan bermula selepas subuh sehingga waktu perintah berkurung (pkul 6ptg).

2. antara spots yang paling teruk adalah cairo,alexandria dan suez.

3. banyak balai polis telah dibakar dan lebih kurang 6000 banduan telah terlepas.

4. that's why banyak jenayah yang berlaku. sbgai contoh cubaan rompakan bank bersenjata berdekatan asrama MARA,Alex (sb tu ade kete kebal..dan disebabkan kami 'jakun tak pernah tgk kete kebal', tu yang ade bergambar..dan hakikat bergambar adalah senyum. bukan sedih@menangis..senyum bukan bermakna kami main2)

5. sepanjang tempoh perintah berkurung, terutamanya kawasan blacklisted,RANDOM SHOTS merata2.. boleh kata jadi lullaby utk tido.

6. malam2 dengar org menjerit pencuri,ceroboh rumah dan kemungkinan pencuri tu masuk rumah mase tgh2 escape dari org ramai ade. then (bang..bang..bang!!) pastu dgr ambulans dtg. bukan sekali dua.tido pn mcm tak tido.students sume dalam ketakutan.malam2 tutup lampu. cakap dalam gelap.takut.

7. selepas gelombang kedua, sebuah stesen bas+van (the so called mau'af gadid) dah kena bom.

8. salur air utama kawasan alexandria dah dipecahkan.

10. banyak trucks dan kereta polis dibakar dan meletup. (di depan mata sendiri).

11. even gas pemedih mata yang polis tembak pn masuk sampai dalam rumah. kami pulak yang pedih sampai ke dalam tekak.

 

ni just info sebelum pihak kerajaan mengumpulkan students medic alex di tmpt2 tertentu. lepas drpd waktu ni, kami terputus dari keadaan luar. just tgk updates from al-jazeera..

dan kami banyak terima rumors yang boleh dikatakan memberi mcm2 harapan sementara berada di sini).kami tak salahkan sape2 malah berterima ksih pd malaysia. (membuktikan malaysia SGT BAIK kerana membenarkan students malaysia duduk lama2 kat mesir sementara rakyat negara lain dh lame been evacuated) :p

buat pihak yang tak berpuas hati,mungkin anda tidak cuba berada di tempat kami. tak cuba faham perasaan keluarga kami.letakkan anda pada keadaan kami.kalau nak cakap mengada,benda tu dah lama sb benda curi dan gaduh2 di mesir bukanlah benda ganjil.kami dah immune. tapi bila keadaan dah sampai tahap rase duk dalam rumah pn dalam ketakutan,rasenya wajar utk kami diberi bantuan.'ala kulli hal,alhamdulillah wa syukru lillah.. doakan keadaan dan perjalanan kami dipermudahkan Allah.

sumber:- http://www.facebook.com/notes/nurrul-amrah/httpkrisismesirnasibrakyatkitablogspotcom/191756410852469

No comments:

Coretan anda?