kalau tak jelas sangat tulisan tu, tekan ctrl +, kalau rasa tulisan tu kecik sangat, tekan ctrl - ....mekaseh! enjoy your reading!

Wednesday, February 27, 2013

Ayam Masak Merah

Entri ni aku nak bagitahu macam mane orang/kita/aku/kau melihat dari pelbagai sudut akan sesuatu perkara tu. Sebab benda ni, from my own view, jadi awal-awal aku nak pesan, maaf kalau tersilap melabel.

Untuk memudahkan korang baca entri kali ni, aku akan namakan watak dalam ni dengan alphabet A, B, C, dan seterusnya. Aku nak bagi contoh senang faham je.

AYAM MASAK MERAH.

A: "sedapnya, elok gula garam, lengkap rencah. memang kena la dengan selera aku."
-golongan jenis terima aje. tak berkira. mungkin segelintir datang dr golongan yang mudah kena tipu. jenis ikut kdaan, bila mood baik, memang licin pinggan dilahap.

B: "pedasnya. macam mana nak makan ni. membunuh selera betul la."
-golongan selektif. mana yang nak je diambil. bende yang lain dari kebiasaan -akan ditolak.

C: "eii ayam dah lembik, ayam tak goreng dulu la ni, takpun mesti masak lama sangat ni. patut masak kuah dulu, baru masuk ayam yang dah digoreng. ish tapi lapa, makan ajela."
-golongan yang komen macam-macam tapi bila terdesak, merelakan je diri untuk terima.

D: "wahh AYAM. my favourite all the time."
-golongan yang memang taksub. sedap tak sedap, tu semua belakang kira. sebab? sebab dah suka sangat. orang macam ni, susah kita nak bangkang pendapat dia"

E: "huk aloh, tawar gila. tak ada rasa ayam merah" *pegidapurtambahgaram*
-golongan yang nampak kekurangan, dan cuba perbaiki dengan berusaha memulihkan keadaan.

F: "ayam ni sembelih ikut cara betul ke tak aa?"
-golongan teliti. kaji dalam sangat. cuma jangan sampai jadi paranoid.

G: "alaaaa, tak mahu la ayam masak merah. nak ayam chop ke ayam grill ke"
-golongan memilih. demand besar. tak cukup dengan apa yang ada depan mata. nak bermewah-mewah.

H: "Alhamdulillah, rezeki aku hari ni lauk ayam. mak abah kat rumah lauk apa la ye"
-golongan bersyukur seadanya. bila buat sesuatu bukan fikir diri sendiri aje, tp fikir orang lain juga.

The point is, ini semua kita. semua kita pernah komen itu ini. manusia memang macam tu. aku pun macam tu. the difference yg kita boleh buat ialah, what we choose to be.

iman manusia ni turun naik, ada hari emosi, ada hari sedih, ada hari nak buat baik, ada hari terhasut dek syaitan. semua kemungkinan boleh terjadi.

hari emosi, cakap mungkin jadi kasar sedikit, ada singgung hati kawan sedar mahupun tak sedar. hari sedih mungkin menjauhkan diri dari public, kawan mungkin terasa ingatkan kita ada masalah dengan dia. ada hari nak buat baik tapi disalahtafsir oleh orang. ada hari lemah jatuh tersungkur dengan hasutan syaitan, nak bangkit sakit.

cuma aku nak kata, aku faham. sebab benda yang sama aku rasa.
aku faham.

jadi kalau tiba-tiba aku terjudge pendapat seseorang, aku akan pikir balik selepas tu, apa yang aku buat tu salah. bangun balik, minta maaf. manusia ni tak lari buat silap.

satu je aku salu pesan kat diri sendiri, dan aku harap orang boleh sentiasa ingatkan aku.
"kalau tak suka dengan pendapat seseorang, kita jangan sampai tak suka dengan empunya pendapat sekali"

sebab we tend to dislike/disagree dengan pendapat dari orang yang kita tak suka :)

p/s: jangan ada benci.

kita yang pilih untuk jadi jahil atau jadi orang yang berilmu.>










No comments:

Coretan anda?