kalau tak jelas sangat tulisan tu, tekan ctrl +, kalau rasa tulisan tu kecik sangat, tekan ctrl - ....mekaseh! enjoy your reading!

Tuesday, December 16, 2008

Syukur, Nanti Allah Tambah!

Saya mendapat teguran membina dari seorang sahabat bloggers. Beliau berpesan, blog adalah wadah tempat menyampaikan ilmu kepada orang ramai, berkongsi tentang apa sahaja yang dirasakan perlu. Saya garis dan tekan kan sekali lagi iaitu hendaklah tentang 'APA YANG DIRASAKAN PERLU' bukannya main hentam keromo dan mengarut-mengarut. Alf syukran ya akh. InsyaALLAH dari masa ke semasa akan saya perbaiki kelemahan yang ada. Jika terdapat sebarang teguran bolehlah disampaikan terus kepada saya di alamat email berikut

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
SYUKUR

kes 1 :

B menghidap penyakit kronik yang serius. Kerana sering merasa kesakitan, B selalu merungut dan merintih tentang sakitnya.

" kenapalah penyakit ni terjadi kepadaku?" monolog B di dalam hati.

" malaslah mahu solat, tak nampak aku sedang sakit ni! "
" agaknya tuhan tidak sayang aku, lantaran itulah aku ditimpa penyakit seperti ini"

kes 2 :

Q merupakan salah seorang pelajar yang mendapat peluang melanjutkan pelajarannya ke Mesir. Imtihan akhir tahun yang dilaluinya menunjukkan keputusan yang kurang memuaskan. Q tidak berjaya naik ke tahun berikutnya. Q sangat kecewa dan kerap mengeluh akan nasib dirinya.
" bukankah aku sudah belajar dengan tekun, kenapa jadi begini pula?"rungut Q.

" kalaulah aku tahu keputusan imtihan akan jadi begini...[mengeluh!] "
" kenapa Si K yang terkenal dengan malasnya boleh naik tahun pula! "


kes 3 :
W mempunyai seorang isteri yang baik tingkah lakunya, baik perwatakannya, sangat taat beribadah kepada Allah, mampu melahirkan zuriat-zuriat yang bijak-bijak belaka. Namun, isterinya tidaklah secantik mana. Jika orang lain putih, dia gelap. Jika orang lain tinggi dan kurus menawan, dia pula pendek. Sudahlah pendek, montel pula tu. W mengimpikan mempunyai isteri dalam kalangan wanita yang cantik.

kes 4 :

H hanya peniaga kecil-kecilan. Perniagaannya ada masa naik dan ada masa turun.H amat iri hati akan Z. Z hartawan ternama. Perniagaannya yang maju, menyebabkan Z semakin mabuk harta dan sering menguar-uarkan impiannya mengumpul harta yang banyak. H semakin tidak senang duduk melihat Z menambah kereta baru dijadikan koleksi.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Kita jarang bersyukur untuk perkara yang Allah beri kepada kita. Baik nikmat sihat mahupun nikmat sakit. Nikmat harta yang banyak mahupun nikmat harta yang sedikit. Nikmat kejayaan mahupun nikmat kegagalan.


Memetik kata
seseorang kepada saya lewat nota ringkas pada *telefon genggamku.

"Alia, kita jarang sebut syukur dikala datangnya perkara yang buruk kepada kita, bukankah semua itu kehendak Allah jua? Semuanya, baik yang baik ataupun yang buruk adalah kurniaan Allah. Ucapkanlah syukur. Semestinya dialah yang Maha Tahu apa yang terbaik buat kita. Jadi, mengapa kita perlu bersedia? Muhasabah semula apa yang silap, dan kembalilah bersemangat! Ingatlah, sekali kita mengaku kita adalah Pejuang dan Srikandi agamanya, kita pasti DIUJI!!


KENAPA MANUSIA DIUJI?

# sebab Allah sayang..dia ujilah kita - kata S
# ujian adalah tarbiyah dari Allah - ujar A sambil bernyanyi-nyanyi kecil bait lagu Kump.Raihan itu.

# untuk melihat sejauh mana benarnya iman seseorang - KA

# mengukur sejauh mana kemampuan kita mnghadapi ujian tersebut - jawab Sar
ah

Justeru kesemua jawapan berkenaan adalah tepat. Manusia yang kerap diuji adalah mereka yang disayangi Allah. Analoginya mudah, seseorang yang menyintai kekasihnya sanggup berbuat apa sahaja demi menarik perhatian insan yang dikasihinya. Walau disuruh ke kedai, menjaga anak, hatta membasuh baju pun dia sanggup. Persoalannya, kenapa mengujinya dan menyuruh berbuat sesuatu? Pastilah kerana mahu melihat sejauh mana dalamnya perasaan kasih dan sayang kekasihnya terhadap dirinya.

Allah yang menciptakan kita, pasti Dialah yang mengetahui akan diri kita. Seringkali terdengar suara-suara nasihat menyentuh gegendang telinga ini, Allah menguji hambanya kerana Allah tahu hambanya itu mampu menghadapinya. Allah yang Maha Bijaksana tidak akan bertindak kejam dan zalim dengan menguji hambanya perkara yang tidak mampu diuruskan.



NANTI ALLAH TAMBAH!

Bila kita kerap bersyukur, insyaALLAH satu hari nanti kita akan mendapat ganjaran yang sewajarnya. Bersyukurlah seadanya atas nikmat yang Allah berikan. Fikirlah tentang hikmah disebaliknya.


~Kadang-kadang kita inginkan mentari, tapi Allah beri kita hujan. Pasti kita berasa sedih, namun ketahuilah selepas hujan pelangi muncul dan kala itu baru kita tersedar bahawa Allah mahu hadiahkan kita pelangi yang indah.

~Jika Allah memakbulkan doamu dengan cepat, pasti Dia amat menyayangi kamu. Jika Dia lambat memakbulkan doamu, pasti Dia makbulkan disertai ganjaran untuk dirimu yang bersabar menanti. Namun, jika Dia tidak memakbulkan doamu, jangan khuatir, pasti Dia mempunyai sesuatu yang lebih baik untuk dirimu.

~ Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat... Tpi, byk pula dugaan yang datang.. Kadang2 kita minta cerdik, tapi, masalah pula yang bertandang... kadang2 kta minta kebahagiaan, tetapi, huru hara pula menjelang... Dugaan menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, huru hara menjadikan kita tabah... SUBHANALLAH.. Betapa Hebatnya ALLAH itu.... semuanya ada hikmah..

~Kalau lah manusia tahu hadis ini.. Telah berkata Jibrail a.s: " Wahai Tuhan, Engkau smpaikanlah hajat hambaMu, maka Allah berfirman : " Biarkan hambaKu itu... kerana Aku mencintai rintih suaranya"..... - Anas ibn Malik r.a

(Bersyukur sebab pada hari ini Allah tambah usia saya genap 20 tahun)





galeri ucapan:
1) ainaa adikku - Allah selamatkan kamu (4x) hepi besday yong..syg yong!
2) ansori - sanah helwah ya gamilah.

3) noy - epi besday alia.

4) nad jordan - lia syg, epi burfday! sowi lmbt.tenet cni mengong ckit.

5) faiz mansurah - kita bukan kembar ok! tapi apa-apa pun hepi besday lah juge

6) ust fairus - lah, kek besday dia rupenye. kira adela rezeki ana ni ye?hehe
7) najibah omar - happy birthday to alia !!!..moga pjg umur,murah rezeki,dberkati Allah selalu..dpt jodoh cpt2 dgn org yg baik2,hehe..=)...sayang alia..ukhwah fillah abadan abada..

8) Lina Julian - epi bday girl.did u hv a nice day?

9) amani - sanah helwah ya gamiiilah, alia da tuaaa..sayang mu sokmo!!

10) amal - eid milad sai'ed..sanah helwa, kita da sama umo..huhu

11) nawal kamaludin- selamat hari lahir alia..sori lmbt wish....moga Allah sntiasa merahmati n memberkati alia..da besar da..tp,jgn nk kawen lg tau!!..studi rajin2 lu..huhu..apepn,moga segala amalan + iman sntiasa bertambah..aminnnn

12) hana alex - moga pnjg umo btmbah iman dan akhlak..hehe

13) kak anum HEWI PMRAM - slmt ari tuo!!

14) rusydi - hepi birthday! yg ke berape ye??

15) wani UIA - waaa windu alia..hepi besday..

16) kak una sani - sengil chukka hamnida!!hehehe

17) kak na - slmt la tuh noo. :* tu ciuman umair untuk acik alia..ehehe
18) kak salwa - hepy birthday to u (4x) slmt ari lahir..

19) kak masliza - happy birthday to u, u r born in d zoo, like a monkey n kangaroo.hehehe

20) kak intan - assalamualaikum tak terlambat kot lagi akak nak ucapkan selamat memperingati hari kelahiran,semoga usiamu seiring amalan, selamat mengenang jerih payah ayah ibu dalam membesarkanmu, selamat menempuh dunia kedewasaan dan setahun usiamu berganda bermakna semakin dekat dengan alam kematian.semoga dirahmati Allah sentiasa,berjaya di dunia dan akhirat, mendapat jodoh yang baik ;)

21) atilia KUIS - dude, bile besday kau?? [konpius]

22) pamie zagazig - epi besday ongtue!

23) syerry - hepi bsday alyaaa~

24) zue - eid milad. kne matang-matang tau pasni..

25) iffah UiTM - al syg, hepi bsday dear~ dan beberapa nama yang tidak larat disenaraikan..syukran semua!

glosari : 1) telefon genggam - sejenis telefon yang digenggam bukan di bimbit [hehe] nama lainnya adalah handphone. (^_^)

4 comments:

Ibnurashidi said...

Terima kasih...
Dah tak tau nak tegur apa..huhu. Terkesima.

DR. ALIA said...

yelah tu...byk benor komennye!!

Ibnurashidi said...

banyak komen di mana?
jangan lupa jawab soalan cepu emas tu ya..

chi am said...

baguslah kalu kita cepat sedar.. insaf nih.

Coretan anda?