kalau tak jelas sangat tulisan tu, tekan ctrl +, kalau rasa tulisan tu kecik sangat, tekan ctrl - ....mekaseh! enjoy your reading!

Monday, January 26, 2009

Tudung, tanda iman si pemakai~ [1]

DrAlia,
ana ingin bergongsi 1 masalah yg mmbelengu segelintir sahabat2 ana...background family yg xmengglkkn pmakaian yg mnutup aurat jge 1 punce untuk merke trs xistiqamah mnutup aurat....sedeh la,sat g ble dok asrama{jauh ngn fmily}mmg pkai tudung,buut...bile family dtg mlwat.. Astaghfirullah, {xtau nk pndg cmne g..} moge allah beri kkuatan pd shbt2 ana utuk tegar pd jalanNye..amin


-bissmi-


___________________________________________________________________



Menjawab permasalahan di atas,
memang banyak cabaran kepada umat islam skrg ni,lagi2 yang baru masuk U..terutama bagi yang bertudung,saya jua begitu even ramai kenalan saya bermula dengan bertudung labuh juga.memang labuhnya tudung tidak dapat memberi tafsiran sebanyak mana iman, TAPI ia adalah tanda tarbiyyah yang berkesan dan terkesan di jiwa yang menzahirkannya.

nasihat saya...
Sahabat,harungilah segala ujian, antara2 banyak2 org yang tertumpas dlm dunia,kita adlah yang terpilih untuk mengikuti sunnah sahabiah.Istiqomahlah! Usah berpatah kembali,kita dah berjalan ke hadapan,sgl ujian dan cabaran yang dihadapkan hanyalah ujian kepada kita agar lebih istiqomah dan menghargai ilmu agama kita.


Sebagai bekas pelajar sekolah agama, Tuhan telah menetapkan jalan kita menimba cintaNya agak sukar dari orang lain,ujiannya kuat.namun percayalah, walaupun susah namun kita mampu menjadi mawar2 mekar di Taman Islam.Lihatlah dari kaca mata dakwah dan tarbiyyah.Air mata wanita adalah fitrah, ia tidak salah untuk dicurah kerana mungkin dari situlah kekuatan datang, ianya tidak semestinya lambang sebuah kehampaan atau putus asa.Namun,hadapkan segalanya pada Khaliq.bukankah segala jalan Dia yang menetapkan?Bukankah segala penyelesaian ada pada Nya?Maka mintalah daripada Nya.


Biarlah saya berkongsi sesuatu moga mendapat manfaat darinya. Kata seseorang kepada saya ketika saya berputus asa ‘ Tarbiyyah tak selalunya mudah dan senang sentiasa.Kadangkala tarbiyyah dtang dlm bentuk kesusahan,dan itulah tarbiyyah direct dari Allah.Jikalau kita hanya fikir untuk keluar dan putus asa dalam dakwah,ibarat kita keluar dari kelas tarbiyyah yang Allah beri’.


Lihatlah dari sudut berbeza.Saya jua kadang kala ingin cepat keluar dari masalah, namun andai kita sentiasa cuba lihat hikmah dari setiap apa yang dihadapkan,kita akan tahu betapa besarnya Cinta Illahi kepada kita.Bersabarlah dalam menuntut tarbiyyah dan melaksanakan dakwah.Peganglah dengan kuat tali Allah, dan penawar atas segala2nya adalah YAKIN PADA ALLAH Wink. kekalkanlah pemakaian tudung sempurnamu..

jangan biarkan iman semakin tipis lantaran nipisnya kain tudung yang dipakai,
jangan juga biarkan iman semakin kurang lantaran singkatnya tudung kita..

Wallahu'alam..


si comel aisyah juga sudah pandai menutup auratnya!!

aisyah : saya menyeru acik2 smua tutuplah aurat ya~

P/s : label perkataan 'pelajar sekolah agama' itu adalah kerana yang bertanya itu datangnya dari sekolah agama jua. Tidak bermaksud untuk mengenepikan golongan yang bukan berasal dari sekolah agama kerana saya yakin yang bukan dari sekolah agama juga kadangkala lebih baik dari mereka yang bersekolah agama~! apa-apa pun, minta maaf untuk coret-coret kali ini..sekian dari mata keyboard saya..

Assalamualaikum (^_^)

2 comments:

Ibnurashidi said...

Alhamdulillah, semoga dugaan dan mehnah ujian mampu diharungi serta menjadikan ianya sebagai titik tolak sebuah kebahagiaan.

P/S : Macam kenal gambar:)

DR. ALIA said...

pastilah kenal..

anak menakan kn..haha

ya..semoga kita semua lebih tabah menghadapi krenah hari muka~!

Coretan anda?