kalau tak jelas sangat tulisan tu, tekan ctrl +, kalau rasa tulisan tu kecik sangat, tekan ctrl - ....mekaseh! enjoy your reading!

Wednesday, June 24, 2009

Musibah [Mim-Sod-Ra'] - Mesir


Jam sudah menunjukkan angka sebelas. Jalan-jalan besar di sekitar Ma’rad, Tanta mulai sibuk. Aku mempercepatakn langkahan :bofu_39:. Hari ini -24/6 hari pertama aku ber ‘attachment’ bersama senior tahun 3, aku mesti segera sampai ke I3adah Shamlah (Hosp. Universiti) kerana sudah berjanji untuk turun padang bersama mereka. Aku berseorang kerana rakan-rakan lain sibuk dengan aktiviti mereka, maklumlah, imtihan masih belum habis.

Perjalanan yang memakan masa 15 minit berjalan kaki bukanlah sesuatu yang meletihkan, sudah selalu ke kuliah begitu. Tetapi hari ini, aku sudah merasa tidak sedap hati.

Betul-betul setelah aku melintas jalan dari kawasan perumahan menuju ke kawasan university, aku terpandang seorang pakcik arab sedang melepaskan hajat di tembok dinding dan bukan di celah semak. Pemandangan biasa bagi seorang aku, dan yang mampu aku lakukan hanya beristighfar di dalam hati.

“astaghfirullah, tak senonoh betul” kataku dalam hati. :puteh_8:

Teringat kata-kata seorang sahabat ketika bersama menemani emak, abah dan adikku berjalan mengelilingi mesir,

“orang arab ni, dia cakap ‘kullu jiddar, hamam’” semua dinding adalah tandas.

Aku menggeleng kepala, panas terik matahari sudah naik ke kepala, aku harus tiba ke hospital dengan segera, first impression dari doktor amat penting.

Di satu sudut dinding, aku terpandang seorang pekerja binaan berbaju oren sedang mencangkung dan bersandar keletihan, namun matanya tidak terlepas dari memerhatikan setiap gadis arab yang melintasinya. :bofu_23:

Aku geram
:puteh_28: , namun aku harus melalui jalan itu juga, biarlah, nak pandang pun pandanglah, aku bukan ambil kira, asalkan tidak mengganggu aku sudah.

Teringat peristiwa tahun lalu, ketika imtihan histology, aku dan beberapa kawan-kawan aku bersama-sama ke dewan peperiksaan, juga ditempat yang sama lelaki itu bersandar, aku telah diperlihatkan oleh seorang lelaki arab yang gila seks akan kemaluannya. Membuatkan aku tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian di dalam imtihan. Sangat gila! Mahu saja aku kerat-kerat :bofu_19: dan campakkan biar anjing makan . Sungguh tidak patut!

Aku berkira-kira mahu melalui lorong kecil yang dipenuhi semak samun itu untuk ke hospital. Panjang lorong ini sekitar 10 meter. Ada satu lagi jalan besar tetapi lorong ini memang lorong yang sering dilalui oleh pelajar Malaysia jika ke kuliah. Memandangkan aku sudah pun terlewat dari janji asal bersama senior-senior ku, aku tekad melalui jalan itu walaupun berseorangan. Aku toleh kanan kiri dan belakang, ada beberapa arab yang bersama berjalan, suami isteri bersama anak. Aku lega, sekurang-kurangnya aku berteman. Lorong sempit itu hanya muat untuk seorang sahaja melaluinya jika kalian bersaiz aku. Ada seorang lelaki tua berbaju belang biru-putih kukira pakcik lingkungan 40 tahun berjalan bertentangan dengan aku, lalu kuberi dia laluan dan usai itu, aku segera melangkah kembali.

KLIMAKS

Baru beberapa langkah berjalan, aku rasa ada sesuatu menyapaku dari belakang. Aku gusar untuk menoleh, dalam hatiku terbayang lelaki berbaju oren yang bersandar di dinding tadi,

“ahh, tak mungkin laki itu, berani dia mengejar aku ke sini” aku monolog dalam hati.

Aku toleh dan tergamam, bukan lelaki berbaju oren itu, bukan juga pakcik yang kencing di dinding, bukan juga suami kepada si isteri tadi, kamu rasa siapa?

Pakcik berbaju biru-putih yang kuberi laluan sebentar tadi! GILA! Tak tahu malu. Dia berhenti ketika aku toleh, dan kemudian 'menunjukkan zip' seluarnya, dan bila aku berkerut, dia kemudian cuba 'membuka zip' itu. CELAKA! Aku sudah tak boleh beritahu macam mana perasaan takut aku ketika itu, aku baca ayat qursi dan terus berlalu ke arah orang ramai betul2 dalam 6 meter dari tempat lelaki gila seks itu. Bayangkan, di tengah-tengah orang ramai pun dia berani menyentuh aku. Memang dasar tiada akhlak.

Aku sampai ke department O&G hospital I3adah Shamlah dalam 5 minit kemudian. Aku menceritakan kepada seniorku, Kak Husna Sani yang juga merupakan Timbalan Pengerusi PCT 08/09 (Perubatan Cawangan Tanta). Cerita kami di sampuk oleh Wani. Wani memberitahu, pagi itu, sebelum aku sampai, dia sudah pun di ganggu oleh lelaki yang sama dengan perlakuan yang sama. Dan Wani bukan berjalan berseorangan, tetapi dengan Fazilah.

Sekarang aku rasa, patutlah aku paling malas mahu keluar rumah. Terus-terangnya, aku takut! Banyak lagi kisah-kisah sebegini yang pernah berlaku bukan sahaja pada diri aku tetapi pada sahabat-sahabat aku yang lain di Mesir. Ini belum lagi kisah rompakan bersenjata dan pecah rumah. Terlalu banyak sehingga aku tak tahu mahu menulis bagaimana. Benarlah, mati ketika menuntut ilmu itu dikira sebagai mati syahid, terlalu besar pengorbanan yang perlu dilakukan demi mengutip ilmu-ilmu di kuliah setiap hari.

Siapa tahu bagaimana mahu membanteras kejadian ini dari berlaku lagi?! Ada cadangan? :bofu_25:

"killing is totally prohibited" :bofu_35:

Ditulis oleh,
Siti Nur Alia Kamarulzamil,
Ma’rad, Tanta,
4.00 p.m,
25/6/09

P/S: arab, arab, arab!! patutlah nabi diturunkan dari kalangan orang arab..haih~ sabar aje lah!!

Tuhan, selamatkan lah kami yang menuntut ilmu kerana-Mu...ameen

8 comments:

dila cunnya said...

woi,hormat ckit kak mihah tuh..de ko pi pnggil samihah jer..terasa ati org tua tuh,....huahahahah

Anonymous said...

cincaa??scarry~~

i'm still virgin..hehe~ said...

uish..tkt gak..
dh le tym exm aku slalu jln sowg..huhu..
sumph xbrani jln sowg2 dh..huhu
btw,mmg gilo seks pak arab ni..
makin tua,makin gatal!
klu muke cm 40-an tu,ag la..cm siau je..C*****i btol..haha~
penah kne gak kat tmpt2 yg tremco..
sial gle arab tuu~

SNA said...

aku da delete da nama2 org2 yg x bkenaan~~ da settle...
bia la nama yg tjadi ni, nama aku jek..haa~ pueh!! haha
aku just nk share je kn, yg pnting isi tu weh, amek ihtimam smua akhawat..
bahaya arab ni..
kadang2 muka baik pun, xley nk pcaya..
ape2 pun, kuar rumah tu, biar bteman..
n jgn la lupa bc doa...ye!!

woih~ I'm still virgin too!! ahaha

syahidah said...

salam..
dahsyat gak kan...
sabar ya cik alia ku sayang...
nk blaja nk wat cmna...
sabar la..bnyk2 bersabar..

Unknown said...

slm.mintak sgt ambik perhatian.jgn jln sorg2 lorong tu, paling kurang pon bertiga la.
lambt mcm mane pon harap ambik jln yg lbh selamt, jln luar tu yg ramai org.
share la dgn akhowt2 lain psl ni, harap smua ambik langkah berhati-hati lps ni.

Anonymous said...

salam..

ana pun pernah lalu dekat laluan tu, masa ade urusan di kuliah TIB.. memang jalan itu agak tersorok dari pandangan orang ramai dan agak bahaya kalau lalu sorang2 terutamanya akhwat.
cadangan ana, kalau nak lalu pastikan berteman dan juga ramai.. lebih dari 3.. kalau x, ikut cadangan dr zul, lalu jalan luar.. biar jauh asal selamat... kerana maruah dan keselamatn diri lebih aula dari segala sesuatu...

Siti Aisyah Ibrahim said...

uish..mencabarnye duk cane..sebaek ak x g..ehee~(alasan)..
ape2 pun,ko 'tace carela urself' kat negeri org tu..hati2 k..

Coretan anda?