kalau tak jelas sangat tulisan tu, tekan ctrl +, kalau rasa tulisan tu kecik sangat, tekan ctrl - ....mekaseh! enjoy your reading!

Sunday, September 27, 2009

HATI PMRAM


Bahang Hari Raya Aidilfitri masih lagi terasa di setiap umat Islam di seluruh dunia termasuk setiap rakyat Malaysia yang berada di Mesir ini. Berada jauh dari kampung halaman, keluarga dan sanak saudara, maka pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sekali lagi akan menganjurkan sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri bagi meneruskan kesinambungan pada tahun-tahun yang sebelumnya.


Haflah Aidilfitri PMRAM 2009 (HATI '09) yang akan dianjurkan oleh Lajnah Dan Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan PMRAM pada tahun ini, akan diadakan pada 28 September 2009, bersamaan dengan 9 Syawal 1430H, hari Isnin dan akan bermula pada jam 10 pagi sehingga jam 4 petang. Beberapa acara menarik akan disajikan pada majlis tersebut seperti persembahan nasyid, tayangan slide show dan banyak lagi. Majlis tersebut juga di bawah kerjasama Unit Dakwah setiap BKAN dan DPM.


Majlis yang bertemakan "Tautan Hati Ukhuwah Terpatri" ini akan diadakan mengikut konsep rumah terbuka dan sekali lagi akan diadakan di Dataran Kompleks Hayyu Asyir. Segala maklumat terkini berkaitan dengan HATI '09, bolehlah menghubungi Pengarah Program, Saudara Meor Mohammad Khairul Anuar bin Hairudin di talian +20167828835 ataupun Timbalan Pengarah 1, Saudara Mohd Yazid bin Pardi di talian +20161531573 ataupun Timbalan Pengarah 2, Saudari Norhidayah binti Abd Rahman di talian +20118202857. Semua rakyat Malaysia yang berada di Perlembahan Nil ini dijemput untuk sama-sama memeriahkan lagi sambutan Haflah Aidilfitri PMRAM 2009 (HATI '09)

No comments:

Coretan anda?