kalau tak jelas sangat tulisan tu, tekan ctrl +, kalau rasa tulisan tu kecik sangat, tekan ctrl - ....mekaseh! enjoy your reading!

Friday, December 4, 2009

Pemilihan Yang Tidak Seimbang

[5/12/2009]


"oh, dia bertudung labuh, patutlah terpilih"

"waa, dia tu bekas sekolah agama wooo, mesti terpilih"

"ehem, dia tu kan tak suka 'kapel2', sbb tu la dia terpilih"

"pergh, dia tu syadid beb, I like~~"

"dia tu kan anak mufti, uish, jangan main-main, ilmu banyaaak tu, konfem terpilih punya la"


Bukan sedikit situasi di atas berlaku dalam kehidupan kita. Kadang-kadang dalam satu persatuan tu, kesemuanya mereka yang seperti tertulis pada dialog di atas. Benar, banyak baiknya mereka seperti ini dilantik, inilah orang-orang yang akan memajukan Islam, menyebarkan lagi dakwah islamiyah kepada ahli persatuannya.


Tetapi~~!! [ada tapi-tapi pulak?]


Apa akan jadi pada ahli persatuan yang tidak seperti golongan di atas? Aku tak hairan kalau kau ahli PMRAM atau DPM, sebab syarat kau nak datang Mesir pun, kau mesti belajar agama untuk ambil kos Pengajian Islam dan kau pakai sopan gila pergi kuliah~ So, aku tak hairan. Tapi kau pelajar Perubatan. Maka pasti akan ada variasi dalam pemilihan pelajar.

Aku akui bukan semua pelajar perubatan ada background sekolah agama macam aku, bukan bertudung labuh macam aku /berkopiah/berserban, bukan juga anak mufti atau anak syeikh-syeikh kabeeer. Tahap mana yang kita ni melayakkan seseorang memegang jawatan dalam persatuan? Perlu ke kita had dan limitkan kepimpinan pelajar dengan perkara macam ni?


Aku bukan bercakap kosong, aku tanya satu orang ini.

katanya,

"Kalau mereka duduk dalam persatuan jadi perosak lagi bahaya"

Itu pendapat dia, maka aku minta kalian yang nilaikan.


Aku juga pernah terima satu IM dari seseorang semasa manifesto pencalonan tempoh hari.

"Undilah si A, B, C, D, E, dan F! Undilah mereka yang memahami Islam, demi kebaikan persatuan dan Islam. [aku guna symbol huruf je ni]


Maka, nampak tak bagaimana mereka mentreat dan menunderestimate
student dengan mengatakan seolah orang lain tidak MEMAHAMI ISLAM. Aku jujurnya tidak nampak relevannya menforward IM seperti itu. Promosi yang mengganggu-gugat dan mengundang porak-peranda.


Kesan yang aku nampak bila berlaku perkara macam ini,

  1. Pelajar tidak mahu join program persatuan. Ayat jahatnya, ialah BOIKOT persatuan.
  2. Pelajar buat kepala sendiri instead of mendengar kata-kata orang dari persatuan
  3. Aku rasa no.1 dan no.2 tu macam sama.
  4. Pelajar akan ade plan untuk menggagalkan/menjatuhkan persatuan. [nauzubillah~!]
  5. Persatuan goyang serta berlaku PERPECAHAN!
  6. Dan sebagainya yang berkaitan.

Asbabnya,

  1. Bila kaum minoriti yang diiktiraf 'tidak sefikrah' dengan ideologi persatuan tidak layak dilantik menjadi AJK [merujuk kepada sikap sesetengah orang yang memandang rendah kepada yang tidak bersekolah agama, yang tidak bertudung labuh], they tend to rebel dan seterusnya, tidak lagi menganggotai persatuan.
  2. Jika yang naik hanya dari kalangan yang aku sebutkan di awal entri, method kau nak sampaikan dakwah pun jadi lagi susah.
  3. Kita risau persatuan hancur jika dipimpin oleh orang yang 'dikatakan tidak faham Islam' [orang yang kata, sedangkan hati budi dia, pernah kita ambil tahu?]
  4. Menilai secara zahiriah sahaja. Asal nampak baik, nampak alim, semua benda yang tidak baik tentangnya diletak tepi.
  5. Mereka nak terlibat dalam persatuan tetapi niat murni itu terhalang/dihalang oleh faktor tertentu.
  6. Dan lain-lain lagi.


Apa yang aku cuba sampaikan ialah,

  1. Biarkan mereka bersama-sama dalam tampuk pimpinan. Moga bila berada dengan pimpinan, dia terpimpin sedikit demi sedikit. Akhirnya, dia pun menjadi dari sebahagian yang Terbaik itu.
  2. Biarkan diberi peluang demi secebis pengalaman. Pengalaman dirasai dengan sebuah peluang. Kalau kita tak pernah beri dia peluang, sampai bila pun kita tak tahu potensi yang ada.
  3. Sampai bila 'hanya orang yang berpengalaman' sahaja perlu menguasai sebuah persatuan? Tak akan pernah ada pengalaman tanpa langkahan yang pertama. Kau dulu pun, mendapat pengalaman dari sebuah kepercayaan dan peluang yang orang sudi beri.
  4. Maka, jangan GILA KUASA dan hanya beri pada puak-puak kau, sebab kau rasa puak-puak kau sahaja baik dan dipercayai.
  5. Dah-dah la tu, aku malas nak bebel panjang-panjang. Bukan ada orang nak baca dan komen. Akhirnya jadi bualan belakang cakap belakang sahaja.


Sengaja aku coretkan apa yang aku rasa lewat Mesyuarat Tahunan yang lepas. Sekadar pendapat peribadi yang aku rasa aku perlu luahkan, dan kalau kau tak mahu baca, boleh pergi jauh-jauh dari BLOG AKU
[sengaja aku BOLD.mungkin perlu?]

28 comments:

Pemuda sekoda said...

La..naper tak ckp jer kat MTC semlam ...waktu muhasabah..sama2 boleh bincang dan cari jln penyelasaiannya...

Anonymous said...

Muhasabh la dri.. Waktu diberi peluang tuk berckp xnk lak bersuara.. Bile kt blkg lantang plak.. Bek salurkn pendapat dgn cara yg btol.. Klu ade slh boleh diperbetulkn bknnye pot pet kt blkg je.. Dose dpt tp hasil xde..klu berkongsi pendapt tyme usul ke ade gak pekdahnye.. Sye yakin xkn ade org nk marah klu bg pendapat.. Klu pendapat xterime muhasabah la dri blk mne xkne..

DR. ALIA said...

to pemuda skoda:
saya da ckp pd MTC ape yg sy nk ckp ttg sesi lepas...kali ni, entry ni utk sesi akn dtg..spaya kita sama2 pikir ape yg terbaik utk persatuan..untung saya masih ambil tahu tentang persatuan dan bukannya saya membuta tuli mengeluarkan statement mcm ni.maaf, saya da lakukan yang terbaik smlm. masa mencemburui.

to anon:
maaf sy nak ckp, entry sy ni, xde pon nk ckp psl mesyuarat n laporan2 smlm. dmana ayat yg sy kate ttg msyuarat smlm. ini cuma muhasabah utk sesi AKAN DATANG. sbb org yg sy undi pon terpilih jugak jadi exco..win-win situation la bak kate encik faqeh..

wslm~

Anonymous said...

btol tue alia..aku sokong~ tp kan..aku pon xphm ngan org2 yg xphm nie..pesal la xphm2~ aku ase ade dgr ko ckp sal pglmn tue kan mase..lg 1,psl mtc smlm..bkn tu tuk muhasabah untuk sesi lepas ke??bodoh jugak org2 xphm nie~

Anonymous said...

setuju dgn tuan punya blog.
benda ni nk suarakn dgn cre cmne?
ank tunding jari pd siape?
mase dh la pendek giler..
siap de selisih fhm yg buang mse..
dgn pengerusi yg useless xtau control mjlis.

lg pon,ini bkn bsuara dibelakang,
semua org pon bc blog ni.
its public,keyh?

u go girl!

uxl said...

"siap de selisih fhm yg buang mse..
dgn pengerusi yg useless xtau control mjlis."

bajet bgus je sape y komen pngerusi tuh.
pakai air liur boleh la...buat tgk!

Anonymous said...

cam ne la nk kasi pendapat sndri kalau asek2 org yg same je "kongker" mic tuh... balik2 muke tu je yg dpt mic... sampaikan ade org yg berckp x gune mic.. ish2...

pengerusi smalam da wat yg terbaik utk kawal majlis, cume sesetengah org je yg x hormat ape yg pengerusi ckp... die da kate stop pon ade lagi org yg nk bersuara... macam mane tuh...

salah org yg macam ni nmpk je... kalau slh "org2" mereka x nmpk plak...

Anonymous said...

kalau ckp pun mse kat mtc confirm kene condemn punye lps tu...bukan semua org open minded..more to close minded adelar..

Anonymous said...

baik lah klu nk muhasabah thun ni punya harap dapat lah bangun n bagi muhasabah tuk mtc thn dpt tuk sesi kali ni jngn x bangun lak yer n kt x cukup masa jadi sama2 nnt kn..

Anonymous said...

kenapa tgk dari sudut luar?klau rupanya ada diantara org2 yg terpilih itu bukan tudung terlalu labuh,bukan sekolah agama,bukan anak mana2 org yg paham agama secara menyeluruh,dan latar belakangnya lebih dasyat (boleh dikatakn x berapa kuat beragama)tapi dia dilihat berpotensi mengubah diri dan org lain ke arah yg lebih baik,adakah itu juga dibangkang?sebelum menilai,lihatlah seseorg itu secara luar dalamnya,byk hal yg kita x tahu dan x nak amik tahu tapi dgn cepatnya condem org yg x bersalah hanya kerana x puas hati dgn org lain..its not fair my dear...

DR. ALIA said...

terlalu banyak anon dan terima kasih semua untuk komenan~ terharu *sob2*

anyway, so far saya bangun setiap kali MTC. sekadar pemberitahuan kepada yang ingat saya tak bangun memberi cadangan. (^_^)

ini sekadar pandangan saya. saya mungkin tak menulis secara menyeluruh kerana had kemampuan saya menulis. maka, apa yang ada sahaja yang terhasil.

sekian. tQ

En.Azrilhisyam said...

skdr pndgn...

x kisah org nk terima xnk terima trplng pada y menilai sbb itulah dia suara DEMOKRASI sebenar sbgai satu krtikan membina supya PCT trus maju dan dapat penuhi kehendak ahli

don`t blame empunya blog

sbb kritkan pedas ni pun berlaku jgk dlm arena politik tempatan cuba tgk apa y berlaku dalam PAS bila prof.abdul aziz bari kritik mrk, smua mrh tp.. hakiktnya dia mmberi satu pndgn y baik utk perbaiki PAS spya kukuh dan trs relevan di hati rkyat~

semoga PCT terus maju.

salam dari Malaysia tanah air tercinta.

Anonymous said...

emm~ sangat tak sangka..sdih:(

ummu hafiz said...

Salam semua, Dlm persatuan/ pertubuhan AJK perlu terdiri bbrapa kategori spt Pemikir yg merancang & fokus kpd hala tuju, Pengurus/pengerak yg gets things done, Penyelaras yg menkordinasi dan strusnya the doers. AJK dan ahli mcm aur dgn tebing. Saling mmerlukn. Sama spt makanan ada perencah,cili,asam,garam dll. Tujuannya 1 utk mndapatkan makanan yg sedap wlaupun x dapat menepati citarasa semua.

Oleh itu carilah mereka yg ahli berdasarkan kategori berkenaan. Adalah tidak ADIL meletakkan sesuatu/seseorg bukan ditempatnya.

Matlamat berpersatuan adalah utk amal jama'ie serta menjalinkan ukhwah dan mengiratkn siratul rahim. Pilihlah pemimpin dan ahli JK yg amanah dan ikhlas dlm melaksanakan tanggungjawab. pemimpin perlu tahu, jawatan adalah amanah bukan glamour. Tanggungjwb ahli utk baiah dan membantu pemimpin agar tidak tergelincir. Pemimpin & ahli ibarat keretapi. Bila kepada tergelincir, gerabak pun akan binasa. Kepada para calon/pengundi akan dtg “Berikan ilmu kepada akal supaya tahu. Suntikkan iman ke hati supaya mahu. Berjihadlah menundukkan nafsu supaya mampu" - saifulislam.com

Anonymous said...

x baik kutuk mengutuk sesama jemaah. Jauhilah kata2 yg menyakiti saudara kita sendiri. Klu x stuju atau marah sekali pun, ckp/ marahlah dgn pro. Kita ini kan golongan terpelajar future Dr, pemimpin ummah. X layak kiranya kita menetap di Bumi Anbiya' klu x beradab n x berakhlak mulia. Lebih baik balik ke Msia jadi buruk binaan. Wassalam.

ahlixmatang said...

slm,citarasa pengundi yg shape structure sesuatu organisasi trtntu spt pct ni.citarasa tu dtg dri mentaliti trtentu sang pengundi.klu nk ubah ikt yg pnulis ckp ni,kena ubah mentaliti tu dululah..rasanya,ada cra yg lbh baik n berkesan utk ubah..n aku rasa cara plg baik adlh cara yg minimise sbanyk mgkn kemungkinan utk timbul slh fhm di klngn ahli dlm organisasi tu..
klu nk ubah mntaliti,aku rasa,ia amik masa pnjg,mybe 4 5 thn or lbih,n perlukan kita utk bergerak msk dlm komuniti tu n pahamkn ngn hikmah slow2 dri bwh smpai atas..kena bergerak,turun pdg n br'dkwah'lah in short yg aku rasa(amik masa lamalah sket bnda ni)..sbbnya..klu duduk n tulis je,mentaliti mgkn susah utk berubah,bhkn mgkn timbul unxpected plak,yg rasa mkn cili,confront n lnsung2 mentaliti -ve yg mgkn ada jdi mkn -ve,n yg rasa 'tertindas',myb btrmbh againstnya dia pd empunya mentaliti yg mgkn shj tgh dominan lani n akhirnya...umat nabi muhammad saw pon berpecah2 hati2nya..n islam is d biggest loser n musuh2 islam cm amereka yahudi gak d biggest winner out of our own dispute ..so,in short,aku hrgai niat baik penulis,n aku cuba garap idea pnulis dri +ve point of view,tp tulah aku rasa nk tckle isu ni kena turun pdg n tablighkn dgn hikmah idea2 yg dirasakn baik tu...slowly2,berterusan..smpailah majoriti akhirnya bertmbah baik n mantap mntaliti diorg spt yg di'citarasa'kan oleh pnulis..rather thn writing..sbb rmai org mudh slh fhm..mgkn kerana cetek akal,mgkn krn hti yg sakit eg mdh su' zon,mgkn krn kelemahn pnulis dlm nk smpaikn idea n mcm2,or mgkn gak krn wujud anasir2 yg xbaik spt syaitan yg sntiasa 'cucuk2' ni yg mmg nk ngt umat trbaik,umat nabi muhammad ni gado2..mgkn writing adlh option2 yg lbh valid utk phase2 ke dpn rather thn now...tu buah fikiran yg aku rasalah..skdr nk share ngn penulis..klu pnulis rasa ia baik n lebih dredhai olh Tuhan kita Allah,penulis blh ikt..klu x,pnulis blh ignorekn..papepn,maalish la ye for evrything,trksar bhs ke pe ek..klah,gue nk makan dlu,skian,tQ.

DR. ALIA said...

to ahlixmatang:
syukran n jazakallahu kheir utk komen!

moga sama2 dapat muhasabah..

saya juga ada kelemahan n syukran utk teguran!

Anonymous said...

klu nk muhasabah tuk thn hadapan nape klurkn skng muhasbahnya..ajk pun x wat kerja lagi ttb nk muhasabah...adakah ia sesuatu yang logik..muhasabah seblum perlaksanaan kerja..ada sesiapa leh tlg jelaskn?

Anonymous said...

muhasabah ini bukan utk gerak kerja, tapi pemilihan AJK... tajuk nye sahaja da cukup jelas... pemilihan yg tidak seimbang... cube bace betol2 sebelom komen

Husna Sani said...

alia saje buat gimik..

..dan akhirnya, komennya mencecah ke-20 (iaitu sye!! he he he)

maafla ye psl conquer mic tu, x perasan, lain kali kte letak mic byk2 kt perwakilan eh?

senyum, senyum, hepi, hepi,
kte sume kn adik beradik?

Melayuraya said...

Bulat air krn pembentung, bulat kesatuan krn muafakat - hadis Melayu

KeADILan said...

Berlaku ADILlah! Jauhi KONSPIRASI yg
akn merosakkn organisasi,agar PCT akn trus dihormati.

DR. ALIA said...

maaf entry kontroversi :)

to anon:
saya menilai melalui perlantikan-perlantikan yang berlaku dan pernah berlaku..

dan saya menyuarakan apa yang saya rasa dan nilai itu..

pengumuman AJK pada akhir majlis, maka boleh kah saya tiba-tiba bangun dan mengutarakan apa yang saya tulis dalam blog ini ketika itu?

to kak husna sani:
ya gimik, dan x sangka ramai jugak yang concern dengan perkara macam ni..alhamdulillah masih ramai yang sayang PCT kita!

to melayuraya:
ya, bulat saya kerana banyak makan! (^_^)

DR. ALIA said...

to keADILan:
ini bukan konspirasi menjatuhkan PCT..

saya nak orang lihat dengan mata hati, nilai sesuatu bukan kerana luaran~ :)

moga PCT terus teguh demi kebajikan semua!

topecs said...

smue org da wat yg terbaik..
klu ad slh slap tu,,maafkn la..
not everybody perfect kn??
xperlu nk bertengkar diruang siber utk menunjk kn sape btul n sape slah..
jom kte ramai2 pkirkn ape yg bleh kte perbaiki..
ksian ajk mtc,da wat yg terbaik da dorg..kte bleh rncng sje..klncran program kn atas kehendakNYA..
bgus blog ni,,bleh wat ruang melontarkn idea bernas(^_^)smue x slh,,yg mgkin slh adlah care..
beli moto la jom!!hehehe

Anonymous said...

blah blah blah..whine some more lG..PLZ..klaw kutuk org sng..tngok diri la..hg kutuk ingt hg bek sngt..hg g la calon dri sndri klu nk sngt amik jwatan..sory la tuan blog..bkn nk bg kne tuan..nk bg kne tukang komen tuh..nk ckp org bongok ke useless ke..ko useful sngt ke?ape ko pnye sumbangan..k chow..peace..~~

p/s - tuk tukang komen haram tuh je k..yg len2 ok..

pakcik/akhi said...

useless la sgt..ko jadik la sniri pengerusi..br ko tau..klo da ada bnyk mulut nk ckp nk myampuk takkan pengerusi nk tunjuk pistol br leh org nk senyap..klo dah nk ckp sgt,pengerusi pn ada budi bahasa dia..len kli ko volunteer nk jd pengerusi..

adik akak said...

kk alia,klu akk perhatikan,blog akk dh jd medium tmpt org berkhilaf2..not to mention yg berkhilaf2,gado2 kt luar alam siber ni..lgila ramai..

apa kata,akk ikt cdgn ahlixmatang..?
tktlah kak..tkt niat baik akk post entry ni xdpt pahala sbb dh jd pncetus kemudaratan yg lbh besar cm gado2,khilaf2,kutuk2..smg Allah ampnkn dosa kita sume..amin2..

hrp akk maafknlah sesape yg mgkn slh intepret msg akk dlm entry ni..tp tulah..sy nmpak idea ahlixmatang tu mayb cm akk blh pakai klu akk serius nk lakukn perubahan spt yg akk citarasakn..

mgkn akk blh remove entry ni,n cm kta ahlixmtg,mgkn writing cn be valid n efficient for d next2 phases..for timebeing,mgkn kena guna cara len dulu dmi nk elak kemudaratan yg lbh bsr..wallahualam

Coretan anda?