kalau tak jelas sangat tulisan tu, tekan ctrl +, kalau rasa tulisan tu kecik sangat, tekan ctrl - ....mekaseh! enjoy your reading!

Monday, August 18, 2008

khasiat susu ibu..

previously, tanta di kuasai kanak2 yang baru dilahirkan...
hampir 10 org berjaya menghirup udara dunia..
ahlan diucapkan kpd mereka..mabruk utk yg bru melahirkn lah...
melihat kepada bayi yang baru lahir,alia terfikir tentang kebergantungan mereka terhadap satu-satunya sumber makanan mereka iaitu SUSU..

~GALERI BERGAMBAR dan budget comel..ahaha~


~ me n da little kiddo (aisyah) ketika bru 2 hari dilahirkan ~


~ she's up to this [2 month] rite now ~


~ comparing the kids, both were born with da same weight - 3 kg (^_^) ~
[dari kiri : aisyah 2 month, afifuddin newly born ---> tgk afif nanti da 2 bulan chubby mcm aisyah x..hehe]


~ Aisyah Humaira' binti Mohd Nurul Hisyam - serikandi alaf baru ~

we begin here :

MENGAPA PENYUSUAN SUSU IBU PALING SESUAI
UNTUK BAYI

Penyusuan ibu menampilkan kelebihan untuk bayi anda. Antaranya:

* Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar.
* Susu ibu, khasnya kolostrum, mengandungi bahan-bahan antibodi yang boleh melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan seperti cirit-birit, bronkitis dan radang paru-paru.
* Susu ibu juga mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut bayi.
* Susu ibu mengandungi zat khusus yang penting untuk perkembangan otak.
* la mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam kaedah penyusuan lain.
* Susu ibu memberikan khesiat terbaik untuk bayi.
* Berbeza daripada susu lain, susu ibu boleh diperolehi dengan mudah pada bila-bila masa. Jadi, tiada masalah membancuh atau memanaskannya sebab ia sentiasa pada suhu yang sesuai.
* Memberikan bayi keselesaan dan ketenangan emosi yang diperlukannya.
* Menjalinkan hubungan kasih sayang yang lebih mesra antara bayi dan ibunya, berbanding dengan cara penyusuan lain.



[english section]
Wiki defined breast milk as a milk produced by a human female which is usually fed to infants, toddlers, and young children by breastfeeding. It provides the primary source of nutrition for newborns before they are able to eat solid food and digest a wider variety of food. Breast milk is fed to the infant by a variety of methods: breastfeeding, baby bottle, and so on.

Breast milk is the ideal form of nutrition for newborns, but for mothers who are unable to breastfeed or who decide not to, infant formula is a good alternative. If you feed your baby with a commercially prepared formula, be assured that your baby's nutritional needs will be met. And you'll still bond with your baby just fine. After all, whether with breast milk or formula, feeding is an important time of connection between mother and baby.

The decision to breastfeed or formula feed your baby is a very personal one. But here are some points you may want to consider as you decide which is best for you and your kids.

Breastfeeding: The Advantages

1. Infection-fighting. Antibodies passed from a mother to her baby can help lower the occurrence of many conditions, including:

* ear infections
* diarrhea
* respiratory infections
* meningitis

Other factors help to protect a breastfed baby from infection by contributing to the infant's immune system by increasing the barriers to infection and decreasing the growth of organisms like bacteria and viruses.

2. Beneficial for premature babies and may also protect children against:

* allergies
* asthma
* diabetes
* obesity
* sudden infant death syndrome (SIDS)

3. Nutrition and ease of digestion. Often called the "perfect food" for a human baby's digestive system, breast milk's components - lactose, protein (whey and casein), and fat - are easily digested by a newborn's immature system.

4. Contains all the vitamins and minerals that a newborn requires.

5. Free. Breast milk doesn't cost a cent. And because of the immunities and antibodies passed onto them through their mothers' breast milk, breastfed infants are sick less often than infants who receive formula.

6. Different tastes. A mother will need 500 extra calories per day to produce breast milk, which means that she should eat a wide variety of well-balanced foods. This introduces breastfed babies to different tastes through their mothers' breast milk, which has different flavors depending on what their mothers have eaten.hehehe

7. Convenience. With no bottles to mix and sterilize and no last-minute runs to the store for more formula, breast milk is always fresh and available. And because breast milk is store at body temperature, there's no need to warm up bottles in the middle of the night. It's also easy for breastfeeding mothers to be active - and go out and about - with their babies and know that they'll have food available for whenever their little one is hungry. So happy with this statement. Ahah~!

8. Obesity prevention. Recent studies indicate that breastfeeding might help prevent childhood and adult obesity.

9. Smarter babies. Recent studies suggest that children who were exclusively breastfed for 6 months have IQs 5 to 10 points higher than children who were formula fed.

10. "Skin-to-skin" contact. Many mothers really enjoy the experience of bonding so closely with their babies. And the skin-to-skin contact can enhance the emotional connection between mother and infant.

11. Beneficial for mom. The ability to nourish a baby totally can also help a new mother feel confident in her ability to care for her baby. Breastfeeding also burns calories and helps shrink the uterus, so moms may be able to return to their pre-pregnancy shape and weight quicker. In addition, studies show that breastfeeding helps lower the risk of pre-menopausal breast cancer and also may help decrease the risk of uterine and ovarian cancer.

Breastfeeding: The Challenges

Common concerns of new moms, especially during the first few weeks and months, may include:

Personal comfort. Secara personalnya, ramai kaum ibu berpendapat menyusukan bayi itu leceh, kerana mengundang ketidakselesaan.

Latch-on pain. Melecet mungkin sebagai alasan kerana salah teknik menyusukan bayi.

Time and frequency of feedings. Memerlukan masa yang banyak. Kebanyakan ibu merasa terganggu kerana sibuk dengan urusan harian.

Eatings alots. Susu ibu menyebabkan ibu sering merasa lapar. Ini adalah kerana ibu perlu men’supply’ bayi dengan susu. Ibu akan mudah merasa kering, cepat penat dan sebagainya.


Limiting caffeine. Perlu mengurangkan pengambilan minuman berkaffein



Reference: http://kidshealth.org/parent/pregnancy_newborn/feeding/breast_bottle_feeding.html

________________________________________________________________________________


[bahasa melayu pulak lah..ahaha]


Susu Ibu mempunyai nutrisi yang lengkap untuk bayi termasuk kandungan karbohidrat, lemak dan protein. Ia juga mempunyai segala khasiat seperti vitamin, mineral, hormon dan antobodi yang diperlukan oleh bayi untuk membesar. Dan TIADA.. saya ulangi.. TIADA.. susu-susu formula.. susu lembu atau susu kambing yang setanding dengannya untuk tumbesaran bayi.
Ok lah.. anda memang meminati susu formula atau susu lembu… Tak pe.. tapi anda harus ingat..
• Jika susu formula diberi kepada bayi di bawah umur 1 tahun, gejala alahan atau allergi akan meningkat untuk bayi anda.
• Susu formula atau susu lembu memang ada vitamin dan mineral setelah ditambah oleh pakar-pakar untuk menyamai susu ibu… Walaupun begitu, ciptaan Allah tetap yang terbaik… antibodi tidak boleh ditambah di dalam susu formula… ini menjadikan susu ibu makanan paling power bayi..
• Susu ibu adalah percuma… tak payah pergi supermarket beli.. jimaaaattt…
• Hygienic… yelah tak payah jerang air panas, tak payah cuci botol… so si bapa, abah dan ayah tak payah bangun malam cuci botol dan buat susu… (eleh… memang tak pernah bangun pun!)…
• Anak lebih rapat dengan ibu yang menyusukan menggunakan susu ibu...
• Ibu yang inginkan badannya cepat langsing boleh mengamalkan penyusuan ibu kerana otot rahim lebih cepat mengecut dan lemak di badan akan digunakan untuk menghasilkan susu.


Tapi kan… ramai ibu-ibu yang biasanya anak pertama… mengeluh.. bukan tak nak bagi… tapi tak cukup.. atau alasannya anak tak nak minum… walaupun alasan tersebut memang ada logiknya.. tapi mari kita sama-sama tengok...
• Bila bayi menghisap puting, hormone prolactin terhasil di kelenjar pit uitari di dasar otak, seterusnya hormone oxytoxin di hasilkan, menyebabkan pengecutan kelenjar susu..maka susu dihasilkan dan masuk ke mulut bayi. Semakin banyak bayi menyusu, maka lebih banyak prolactin terhasil jadi lebih banyak susu terhasil. Maknanya….. Kalau susu tak ada… bukannya kita berhentikan bayi itu dari menyusu.. sebaliknya kita kerapkan lagi susuan… nak elakkan bayi dehydrated.. kita sediakan juga sedikit susu formula sementara susu ibu nak terhasil.
• Kadangkala kita mengikut pantang terlalu “strict”… Tak salah ye puan-puan… tapi macamana kita nak harapkan susu yang terhasil 2000 ml sehari (banyak tu.. boleh buat berniaga..hhehe)… :kakakaka:kalau kita minum air pun 100 ml je sehari… Minum air kena cukup... Saya tak pasti kenapa orang tua strict sangat dengan air ni.. kadang-kadang depa kata nanti “kembang”… apa entah yang kembang… Menurut teori oleh Pakar saya… mungkin zaman dahulu, luka di tempat bersalin tu tidak berjahit (yelah dulu-dulu kan bersalin kat rumah).. kadang2 koyak tang sana- koyak tang sini… so nak elak dari luka tu terjangkit kuman, maka dikurangkan minum air, supaya kuranglah terkencing… bila kering cepat luka baik. Tapi sekarang luka dah berjahit, ada pulak antibiotik.. saya rasa alasan tu dah tak releven
• Sekali lagi pasal pantang… susu ibu ini terhasil daripada pemakanan ibu yang seimbang… susu ibu kurang kalau ibu makan terlampau berpantang… contohnya nasi beberapa suap dengan ikan kering… buah-buah tak makan langsung… sayur pun tak makan… sup tak boleh minum (sup pun air).. susah kan.. ibu yang lepas melahirkan perlu makan makanan yang seimbang… kalau buah itu tak boleh… buah ini sejuk… awak beli je buah-buah luar negara.. epal ke apricot ke… susah jugak orang2 tua kita nak klasifikasi kan… tak tau mana sejuk mana panas…
• Cara menyusu yang tidak betul. Sekiranya puan-puan tidak ada pengalaman menyusu, maka berlajarlah dari yang mempunyai pengalaman. Bantuan boleh didapati daripada klinik-klinik ibu mengandung atau hospital mesra bayi.
• Tak nak bagi susu ibu sebab anda sibuk bekerja? Takut anak anda tak nak kat pengasuh? haaa..sekarang ni ada caranya... kalau anda betul2 sayangkan bayi anda... lihat di bawah...



Tak Bohong! Memang boleh masuk dalam freezer. Saya pun pernah buat… Walaupun mendapat tentangan daripada family awal-awal dulu… Kata mereka nanti anak kembung.. anak sakit… susu tak elok… Saya teruskan juga… Hasilnya, anak-anak saya mendapat susu ibu sehingga 5-6 bulan walaupun orang rumah bekerja. Mudah aje.. guna breast pump, masukkan dalam bekas plastik kecik… letak tarikh.. masukkan di dalam freezer (beku). Susu dalam freezer boleh tahan 3 bulan!
• Susu ibu di dalam suhu bilik tahan 4-8 jam
• Susu ibu di dalam fridge bawah tahan selama 5 hari - 1 minggu (letak kat belakang)
• Susu ibu di dalam freezer tahan selama 3 bulan – 6 bulan. (Wow! Tak tahu pun!)
• Untuk mencairkan susu beku, jangan guna microwave, air panas, atau air menggelegak. Cuma rendamkan di dalam air suam kuku atau air biasa sebelum digunakan, atau letakdi fridge bawah beberapa jam sebelum direndam di dalam air suam. Kemudian boleh transfer di dalam botol...


Di zaman teknologi, bidang perubatan juga telah berubah. Kajian demi kajian menunjukkan bahawa Ibu menghasilkan susu yang sangat baik untuk anak mereka. Kasihan sekiranya, para ibu tidak menganugerahkan susu ciptaan tuhan kepada anak mereka disebabkan oleh kejahilan mereka sendiri atau kejahilan ibu-bapa mereka. Pantang-larang tidak berubah sejak zaman berzaman… tetapi ilmu pengetahuan sentiasa ke hadapan...

1 comment:

Seni Islam said...

salam..asyik2 susu ibu..susu ibu...pas dh la y english sje je wat kle kuning,,,xnk bg org y xpndai bc ye..tau laa.....wak tu tere BI...huhuhu:D

Coretan anda?