kalau tak jelas sangat tulisan tu, tekan ctrl +, kalau rasa tulisan tu kecik sangat, tekan ctrl - ....mekaseh! enjoy your reading!

Tuesday, August 12, 2008

SUDUT KESIHATAN - blood group [kumpulan darah]

arini alia bru je abes satu paper repeat [anatomy]
pergh..selesai la sudah satu madah yg susah itu..huhu
skrg nk tumpu untuk physiology pulak..
anyway dihari bsejarah ini, sempatlah kiranya alia nk wish mabruk
utk keluarga ustaz hafiz samuri n kak salwa, dikurniakn cahaya mata pertama..
n to kak salwa..sorry sbb mase akak call suh teman g spital, alia tgh exam..
[sorry for not being there for u, dear]

today's best topic to discuss together ialah BLOOD GROUP..
smgt nk pergi exam physio lah ni..ahaha

CLASSICAL A-B-O SYSTEM.
1. Group A - darah merah ada antigen A, antibodi (beta [β] agglutinin)
2. Group B - darah merah ada antigen B, antibodi (alpha [α] agglutinin)
3. Group AB - darah merah ada kedua-dua antigen A dan B, tiada antibodi(agglutinin)
4. Group O - darah merah tiada antigen, antibodi (beta [β] dan alpha [α] agglutinin)



jadi, blood group dinamakan berdasarkan kehadiran antigen pada permukaan darah merah



kumpulan darah kita akan ada kena mengena dengan kumpulan darah anak-anak kita dan keturunan kita!! mari kaji jadual ni..



sekarang baru kita tahu kita ni ikut darah siapa..hehe mak ke ayah?? :D

anyway sbelum tu kite kne la buat test utk mgetahui kita ni darah ape.
pengujiannya mudah..x mnyakitkn pun :P

Anti-A = Bertindak balas dgn darah A menghasilkn gumpalan2 kecil.
Anti-B = Bertindak balas dgn darah B menghasilkn gumpalan2 kecil.
Anti-D = Mengesan rhesus darah.rhesus positif akan menghasilkn gumpalan pada darah.

lihat rajah :-




Rh

Rh terbahagi kepada dua.positif dan negatif.individu yang Rh positif bermaksud mempunyai Rh agglutinogens, manakala Rh negatif bermaksud tiada Rh agglutinogens.
Rh sgt penting dlm kehidupan. kurangnya pemeriksaan kumpulan darah dan rhesus anda memberi implikasi yang merbahaya.

-KEPENTINGAN Rh DALAM KEHIDUPAN-
1. Blood Transfussion[Pendermaan darah] - sekiranya penderma darah ber Rh negatif menderma kepada individu ber Rh positif, gumpalan darah akan terhasil dan hemolysis(darah pecah) akan berlaku kepada darah yang disalurkn oleh si penderma.
2. Erythroblastocyst Foetalis - merupakan penyakit keturunan yang hanya effect foetus(bayi). jika ayah adalah Rh positif manakala ibu adalah Rh negatif, bayi yang pertama dihasilkan ber Rh positif. sedikit sahaja darah bayi yang mungkin ter salur kepada ibu semasa proses kelahiran mengakibatkn penghasilan anti Rh(antibodi) oleh badan ibu.semasa kelahiran anak kedua, darah ibu bertindak melawan sel darah anak mengakibatkn darah bayi pecah.kematian didalam kandungan akan terjadi.sekiranya bayi msih hidup ketikan dilahirkn, peratusan untuk bayi menderita penyakit anaemia(kurang darah merah) sangat tinggi.

TREATMENT untuk Eryhtroblastocyst Foetalis
1. usual treatment - menggantikan darah bayi dengan Rh negatif sementara Rh positifnya dibuang.

2. passive immunization - suntikan anti Rh antibodi kepada ibu untuk menghalang antibodi terhasil semasa kelahiran pertama.

AMALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT~ pesanan khas khidmat penaja :P

P/s : Alia berdarah A rhesus +ve.. korang lak cmne? :D

2 comments:

pacak said...

i have linked u..link me ok

aleeya1612 said...

erk....cmne nk link anda? dah la private profile...da xley nk tau ur url utk website...isk3~ baik bagitahu je url anda~~!! :D

Coretan anda?